Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, January 19, 2010

Lembab nak mampus!

Lantik Pengerusi JKKK baru segera

JERANTUT FERI – Penduduk yang tinggal di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerantut Feri memohon pihak berkenaan membuat pemilihan dan lantikan baru bagi jawatan pengerusi JKKK untuk memudahkan pentadbiran kampung.

Wakil penduduk, Mohd Nawawi Zulkifli, 30, berkata, jawatan pengerusi JKKK diambil alih sementara oleh pengerusi lama setelah beliau melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Menurutnya, masalah berkenaan menyebabkan jawatankuasa yang baru tidak dapat dibentuk dan menyebabkan pengurusan kampung terjejas.

“Majoriti penduduk bersetuju dengan pengunduran pengerusi JKKK lama dan mengemukakan pencalonan yang baru.

“Kekosongan jawatan itu menyukarkan pelbagai urusan penduduk termasuklah urusan menandatangani pelbagai borang keperluan sekolah dan urusan lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Mazuan Rozi Osman, 33, berkata, penduduk kampung di sini mengharapkan pihak berkenaan mempercepatkan lantikan baru untuk membolehkan jawatankuasa dibentuk, dan segala mesyuarat bagi tujuan kemajuan dan pembangunan kampung dapat dilaksanakan.

Menurutnya, ketiadaan JKKK menyebabkan urusan kampung tergendala dan pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan berikutan ketiadaan pemantauan dan kerjasama daripada JKKK sebagai tulang belakang komuniti di sini.

“Tiga nama calon bagi menggantikan pengerusi yang lama telah diusulkan, dan kami mengharapkan ia diberi pertimbangan sewajarnya.

“Ianya penting supaya urusan pentadbiran kampung dapat dilakukan dengan baik, dengan segala informasi dari semasa ke semasa dapat disampaikan kepada setiap penduduk di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zainal Karib Osman, 34, berkata, jawatankuasa yang baru amat diperlukan memandangkan sesi persekolahan yang baru dibuka menuntut banyak kerjasama dan komitmen daripada mereka untuk urusan cop pengesahan dan sebagainya.

Menurutnya, diharapkan pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan proses perlantikan baru JKKK untuk penduduk kampung berkenaan, supaya tiada lagi masalah berbangkit kemudian hari.

Kami kata:- Perlantikan JKKK ni pun penting ni.Sebab apa?Sebab sini lah nak letak sedara-mara atau orang kuat dalam sesuatu pasukan.Ini kerana untuk merancang menguasai CAWANGAN dengan kuasa yang ada.Tapi itu dah jadi perkara biasa sebab UMNO memang duk pikir nak tolong sedara-mara dia je.Tak percaya?Kenapa lambat sangat nak buat keputusan?Sebab apa?Gempa bumi ke?Banjir besar ke?Tapi sebenarnya cuma nak tentukan orang yang akan dipilih nanti akan mengikut segala kata2 dari orang atasan tanpa mengira tentang orang setempat.Kita tengok,orang2 Feri beruntung ke tidak!

No comments: