GTP tentu hala tuju negara: Dr Mahathir
Perlu bukti keberkesananan untuk raih sokongan
PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) akan menjadi kekuatan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan hala tuju negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan GTP perlu dibuktikan keberkesanannya terlebih dulu, jika Perdana Menteri berhasrat mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
"Saya percaya GTP satu pendekatan baru yang cukup inovatif dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama dan ia pasti menarik perhatian rakyat untuk lebih tahu," katanya pada sidang media selepas memberi ucapan pada Majlis Bicara Perdana di sini, semalam.
"Keyakinan rakyat datang daripada kejayaan demi kejayaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata sokongan kepada GTP bukan hanya harus datang daripada kakitangan kerajaan yang melaksanakan program ini tetapi juga daripada rakyat.
Kami kata:-GTP ni nampaknya adalah lebih untuk meraih kembali rakyat terbanyak yang telah menukar pilihan kepada parti lain selain BN dalam PRU12 hari tu.Jadi selama sejak merdeka dulu,tiadakah niat dalam hati pemerintah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat terbanyak ni?Takkan dah hampir terterap baru nak berubah.Jadi selama ni apa yang diperjuangkan oleh BN atau UMNO?Untuk selesa perut saja ke?Rakyat memang patut sentiasa diberi perhatian.Sebab rakyat telah menyokong kerajaan dan berkorban utk negara.Tapi kenapa baru sekarang kerajaan nak sedar.Selepas berbagai perkara dan ketidakadilan berlaku.Adakah mereka merasakan mereka akan ditukar?Moga perubahan yang dirancangkan ini menjadi kenyataan!Jangan kita lupa,RAKYAT ADALAH RAJA PEMIMPIN!
No comments:
Post a Comment