Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, January 14, 2010

Dah berapa lama dah!!!!!!!!!

Lebih sedekad hidup bergelap

KAMPUNG SEMPADAN – Sebuah keluarga penoreh getah di sini merayu pihak berkenaan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumahnya yang bergelap semenjak 1999, iaitu ketika mereka mula berpindah di Batu 32, Kampung Sungai Malik, Kampung Sempadan dekat sini.

Penoreh berkenaan, Che Asmah Ismail, 47, berkata, dia dan suami berpindah dari estet Kemayan di Triang ke kampung itu setelah suaminya, Ngah Ramli Mat Yunus, 54, membeli tanah yang dijual penduduk di kawasan itu.

“Sepanjang lebih 11 tahun kami menetap di sini, kami tidak menerima kemudahan bekalan air bersih dan elektrik. Air diperolehi daripada sambungan dari rumah jiran berdekatan dan membayar secara bulanan kepadanya, selain daripada air tadahan hujan.

“Sehingga kini juga, api pelita dan lilinlah yang menerang malam kami kerana permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik berhadapan dengan beberapa masalah, ditambah kekurangan kewangan membuatkan bekalan tidak dapat diberikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.:

Che Asmah berkata, setiap urusan dengan pihak berkenaan dilakukan suaminya yang juga bekerja di kilang batu bata di Damak, untuk menampung keperluan selain menoreh getah.

Menurutnya, masalah yang berlaku ialah kegagalan mereka sekeluarga menyediakan geran tanah menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan.

“Ketika membeli tanah ini, pelan kami sudah sediakan namun kami tidak mampu untuk memanggil pihak berkenaan untuk menyukat tanah bagi mengeluarkan geran, kerana ia menuntut pembayaran hasil dan cukai juga terpaksa dikeluarkan, sedangkan kami tidak mempunyai wang yang cukup.

“Ketiadaan geran tapak rumah menyebabkan, pihak berkenaan tidak dapat menyediakan bekalan elektrik sedangkan pada ketika yang sama wakil rakyat juga telah turun melawat, manakala di rumah saya sendiri pendawaian elektrik juga sudah dibuat,” katanya.

Menurutnya, selain itu dia dan juga adik-adiknya yang lain berhadapan dengan masalah penggunaan komputer, kerana hanya boleh mempelajari ilmu IT berkenaan ketika di sekolah atau di luar rumah.

“Ketiadaan bekalan elektrik mengganggu pembelajaran, namun saya amat bersyukur saya dan dua lagi berjaya menamatkan pengajian hingga ke menara gading, tetapi saya juga risau dengan masa depan adik bongsu saya yang terpaksa melalui nasib sama mengulang kaji pelajaran bertemankan api pelita.

Hisamsul berkata, dahulu terdapat lima batang tiang elektrik di pasang namun tidak tahu mengapa sehingga kini tiada sambungan dibuat dan ia tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah keluarga ini semalam mendapati pendawaian elektrik telah siap dan hanya tunggu untuk disambungkan ke tiang utama, namun tidak dapat dilakukan berkenaan tiada bekalan diberikan.

Sinar Harian turut difahamkan, terdapat lagi beberapa rumah berhampiran yang tidak dapat akses kepada bekalan elektrik sejak lebih sedekad lalu.


Kami kata:-Kg Sempadan ni yang dekat Lanchang tu ke?Tapi suami dia kerja kat DAMAK.JAdi ini termasuk dalam PARLIMEN JERANTUT,DUN DAMAK ni!Mana pergi AHLI PARLIMEN dengan ADUN DAMAK,DATUK LAU LEE?Makan gaji buta ke.DAMAK ni tak ada orang lain pernah menang.Sepanjang masa BARISAN NASIONAL.Sejak merdeka lagi ni.Tak cukup kuasa lagi ke?Tak dalam pengalaman lagi ke?Ke memang tak nak tolong orang MELAYU?Jangan sampai orang tolak awak esok!Sahabatku dalam UMNO,lihatlah contoh yang telah diberi ini dengan teliti.Nilailah dengan mata dan hati yang terbuka!Jangan kita nak cepat panas aje!

No comments: