Selama berpuluh tahun sejak merdeka lagi,berbagai penafian dan tipu helah UMNO dan rakan mereka yang lain dalam BN berjaya menutup mata dan mulut rakyat apabila bercakap tentang kuasa dan pengaruh samada Melayu atau bangsa lain di Malaysia.
Apabila PAS,PKR dan DAP mula menjalinkan kerjasama dan membentuk Pakatan Rakyat ramai atau sebahagian besar AHLI UMNO akan berkata bahawa PAS sudah hilang pegangan dan matlamat mereka.
Dan ada yang menuduh bahawa PAS sudah menjadi KUDA TUNGGANGAN DAP dan PKR.
Cuba kita ambik masa dan baca keratan berita di bawah.....
Perwakilan perlu berhati-hati tak singgung perasaan kaum lain
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Anggota perwakilan yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 minggu depan dinasihatkan agar tidak menyinggung perasaan kaum lain apabila membicarakan agenda Melayu.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang memberi ingatan itu hari ini berkata, dalam konteks gagasan 1Malaysia, agenda Melayu masih boleh dikembangkan dengan baik tanpa mengguris perasaan kaum lain yang terdapat di negara ini.
"Di sebalik luahan sentimen yang ingin kita nyatakan, jangan lupa bahawa kita dibumbungi dengan dasar 1Malaysia.
- Bernama
Kalau baca ikut ISI dalam laporan berita di atas,apakah yang cuba disampaikan oleh Ketua Penerangan UMNO yang satu itu?Cuba kita cari JAWAPAN.
Dan kalau ramai nak tengok siapa yang sebenarnya jadi KUDA TUNGGANGAN bangsa lain,kami jemput TUAN2 dan PUAN2 supaya dapat lah hadir ke Jerantut dan lihat apa yang berlaku di sekitar Bandar Jerantut hingga sekarang.
Banyak mana tanah orang MELAYU yang telah berjaya DISELAMATKAN oleh pemimpin UMNO dan BN di Jerantut ini.
SILAKAN DATANG!!!!!!
3 comments:
sapeeee? Hidup Tn Sriii Lim
Tan Sri Lim?Bukan ramai lagi ke??Hehehehhehe
sama je kedua dua parti orang melayu ni...UMNO keldai PAS pun Keldai. PAS jadi tungangan DAP...UMNO? Siapakah Umno tampa kaseh sayang MCA..
Post a Comment