Bangunkan tapak pekan sari lama
JERANTUT FERI – Penduduk di sekitar kawasan Jerantut Feri dekat sini memohon pihak berkenaan untuk membangunkan lokasi tapak pekan sari lama dengan unit kedai, untuk membolehkan generasi muda mengembangkan bidang keusahawanan.
Wakil penduduk, Mazuan Rozi Osman, 33, berkata, kini ruang yang digunakan untuk berniaga dulunya tidak lagi digunakan semenjak tapak pekan sari itu berubah lokasi iaitu di tepi jalan utama.
Menurutnya, ruang berkenaan kini menjadi tempat meletak kenderaan dan haiwan menumpang teduh dengan keadaan tersebut menjejaskan pandangan selain pembaziran kawasan.
“Dianggarkan terdapat kira-kira 4,800 jumlah penduduk bagi keseluruhan kawasan Jerantut Feri, yang mana pertambahan penduduk dengan kemudahan seperti jumlah kedai adalah tidak seiring.
“Lokasi tinggal itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat sebelum ini, namun tidak diketahui sama ada ia mahu dirobohkan atau dibina dan diperkemas strukturnya dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mazuan berkata, selain jumlah penduduk yang bertambah terdapat pelbagai projek keusahawanan yang dijayakan generasi muda khususnya di kawasan ini, yang mana ketiadaan lokasi tetap untuk menjadi tempat pemasaran mengundang masalah.
Menurutnya, lokasi tinggal itu sepatutnya dibangunkan oleh pihak berwajib dengan menjadikan ia beberapa pintu unit kedai, supaya ia boleh disewa dan digunakan penduduk untuk tujuan perniagaan dan aktiviti ekonomi lainnya.
Kami kata:-Cadangan ni baik.Tapi kalau dah nak start buat esok,jangan pulak ada yang ambik kesempatan duk pilih kaum kerabat dia je belaka.Mula dari roboh,hingga ke buat bangunan baru,sampailah ke berniaga esok jangan bolot ke keluarga dan sahabat dia aje!Ini tidak.kalau ada peluang projek,semua bagi kengkawan belaka.Orang lain tak merasa.Tapi itu kalau pun kalau dibawa keatas dan diluluskan.Tapi takpe,ADUN Tahan tu kan HERO SEMALAYA!Mesti boleh lepas punya!Macam masjid Feri tu lah.Orang lain mintak,orang lain dapat nama.Betul?
No comments:
Post a Comment