Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Sunday, January 17, 2010

Kita tengok seterusnya.........

IPT tidak boleh sekat kebebasan bersuara siswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.

“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.


Kami kata:- Hah!Tengok ni menteri cakap apa.Universiti ni kadang2 lebih SUDU DARI KUAH.Orang belum buat apa2,dia dah cakap dulu.Apa gunanya kebebasan kalau masih dipenjara dengan terlalu banyak syarat.Syarat itu perlu,tapi janganlah sampai mengongkong kreativiti pelajar Universiti tu.Tak berkembang otak nanti.Terbantut pulak pemikiran mereka2 ni!

3 comments:

SPU said...

Salam dik, bagus menulis tentang persekitaran kita sendiri. Terima kasih juga kerana CnP posting saya berkenaan Rumah Rehat Jerantut tu. Kita harap ada pihak yang akan mendengar dan mengubah sesuatu. pabila kita tidak mampu mengubahnya dengan tangan, maka kita cuba mengubahnya dengan mulut dan kata-kata kita. Terima kasih juga kerana selalu melawat blog saya. Utk pengetahuan adik, saya juga penulis blog Beranikan Hati http://braveheart-blogger.blogspot.com yang mana pembacanya lebih ramai dari SPU kerana saya membawa isu yang lebih nasional. Tidak ita ita menyokong siapa dan apa, teruskan menulis dan bersuara demi rakyat. Salam ~ SPU @ bh

bRAVEhEART said...

PEMBETULAN:
Salam dik, bagus menulis tentang persekitaran kita sendiri. Terima kasih juga kerana CnP posting saya berkenaan Rumah Rehat Jerantut tu. Kita harap ada pihak yang akan mendengar dan mengubah sesuatu. Apabila kita tidak mampu mengubahnya dengan tangan, maka kita cuba mengubahnya dengan mulut dan kata-kata kita. Terima kasih juga kerana selalu melawat blog saya. Utk pengetahuan adik, saya juga penulis blog Beranikan Hati http://braveheart-blogger.blogspot.com yang mana pembacanya lebih ramai dari SPU kerana saya membawa isu yang lebih nasional. Tidak kira kita menyokong siapa dan apa, teruskan menulis dan bersuara demi rakyat. Salam ~ SPU @ bh

nurmani said...

spu and braveheart ,blogger yg sama! terkena kawan. heh heh aok yek member lama.