Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, April 25, 2012

Muhyiddin mahu umat Islam bersatu????????


 

TUMPAT: Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi tumpuan kepada perpaduan ummah dengan menghindarkan daripada perbuatan yang membawa kepada perpecahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau berkata, walaupun wujud pandangan politik yang berbeza tetapi dalam soal agama dan penyatuan ummah perlu diutamakan oleh seluruh masyarakat Islam. 

(laporan penuh di sini)

Sekarang Tan Sri Muhyiddin mahu semua umat Islam bersatu.Kenapa baru sekarang?Bukakah sepatutnya sudah lama ianya perlu dan sepatutnya dilaksanakan?

Semasa PAS mula-mula menang di Kelantan tahun 1990,macam-macam yang dikata oleh orang UMNO kepada PAS.Tok Guru tak reti memerintah,Kelantan takkan tahan lama dan BUKTI yang BESAR UMNO ni menyokong perpaduan Melayu ialah MEMBERHENTIKAN bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Dan semasa PAS menang di Terengganu pulak,Kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO telah MENGHENTIKAN ROYALTI minyak PETROLEUM kepada Kerajaan PAS Terengganu.Ini lah dia bukti yang UMNO SANGAT MAHUKAN PERPADUAN MELAYU!

Dan kedua-dua negeri tersebut,penduduk majoritinya adalah MELAYU!

Macam mana agak-agak?

No comments: