Felda tetap diarah bayar RM11j kepada 354 peneroka
PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini semalam, menolak rayuan Felda.
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan Felda membayar ganti rugi terhadap kesemua peneroka.
Zaki berkata, tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan. Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.
Felda mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.
Jumlah itu meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.
Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.
Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga. - Bernama
Di dalam writ saman, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual.
Ketika prosiding semalam kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi pekarangan mahkamah Istana Keadilan di sini.
Kami kata :-Ini cerita tentang berjayanya rakyat bawahan membawa perubahan dan menangkis ketidakadilan pihak berkuasa.Dalam tahun lepas,ada juga kes PEMBERONTAKAN peneroka di Felda Padang Piol.Tapi tak lama sangat tempohnya. Mungkin orang Felda Padang Piol ni baik2 dan sabar@ orangnya.Tapi dari cerita ni kita kena tahu yang golongan bawahan boleh berjaya kalau kita bersatu dan bekerjasama.Jangan diharap sangat kepada orang2 besar nak bawa hal kita ke depan.Deme dah kaya,bukan ada masa nak pandang orang rancangan macam kita ni. Lebih baik dia cari anak dara orang pulak,tambah lagi satu.Boleh?
1 comment:
Salam,
Beginilah hakikat kehidupan; berkelulusan tinggi bukan menjamin akan menjadi penulis blog yang baik, penulis blog yang baik bukan menjamin menjadi penulis blog yang popular, penulis blog yang popular juga bukan semestinya penulis yang baik. Bagaimanapun keseluruhannya adalah, penulis blog adalah mengenai bakal alam secara semula jadi ditambah dengan usaha yang gigih. Menulis menyatakan kebenaran bukan kerana mengharap ganjaran, menulis kerana perjuangan bukan kerana nama....
Post a Comment