Semasa cuti hari raya baru-baru ini,saya berpeluang beraya di rumah sahabat saya yang tinggal di Kg Bukit Mat Daling.Beliau turut membawa saya ketempat yang dikatakan akan DITERANGKAN untuk satu projek pembangunan baru.Di bawah disertakan gambar-gambar semasa lawatan kami itu.....
Ini adalah kawasan tadahan air dan disalur ke kampung yang bedekatan.
Inilah antara paip yang menyalurkan air ke Kg Bukit Mat Daling......
Di sini dapat dilihat pokok telah mula ditebang untuk projek tersebut.....
Manakala gambar ini mungkin menunjukkan tempat para pekerja dalam projek ini akan berehat sepanjang projek ini berjalan.
Ini pula gambar ZON PENAMPAN di sekitar kawasan tersebut.....
Tidak jauh dari situ,aliran anak sungai mengalir lesu disebabkan pembersihan kawasan oleh pekerja projek........
Dan ini antara pokok-pokok yang telah ditanda dan akan diBUANG!
Menurut maklumat dari orang kampung,projek ini telah bermula sebelum bulan Ramadhan lagi.Yang menjadi kerguan,tidak ada papan tanda dinaikkan dan pemberitahuan atau pengumuman tentang projek yang akan di jalankan.
Walaupun menurut pekerja di situ terdapat perancangan yang teliti tentang kerja-kerja yang akan dilakukan,penduduk kampung TETAP RISAU akan kerja yang BESAR KEMUNGKINAN akan menganggu SISTEM SALIRAN air di kampung mereka.
Mereka di sini tidak menggunakan air paip seperti di luar,cuma bekalan air bukit lah yang menjadi sumber mereka memasak,minum,membasuh pakaian dan mandi.Mereka bereka yang mereka amat risau sekiranya bekalan air di tempat mereka akan menjadi KOTOR dan TIDAK SELAMAT digunakan.
Jadi saya,yang cuma suara kecil di Jerantut ini ingin membawa permasalahan penduduk KG BUKIT MAT DALING ke pengetahuan PIHAK BERKUASA.Semoga nasib penduduk KG Bukit Mat Daling akan tetap terpelihara dan terbela.Sekiranya usaha ini mendapat perhatian, Alhamdulillah.Sekiranya tidak,penduduk di KG Mat Daling akan bangun MEMBUAT PERUBAHAN!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment