Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Friday, July 1, 2011

Sibuk buat kerja apa?????

Peniaga kerugian RM400


MENTAKAB – Sekumpulan tujuh individu yang berlagak sebagai satu keluarga disyaki melarikan pelbagai jenis barangan dari sebuah stesen minyak, di sini, baru-baru ini termasuk empat tong minyak enjin dengan anggaran kerugian lebih RM400.

Tujuh individu itu dianggotai tiga lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak berlagak pelanggan memasuki kedai serbaneka milik sebuah stesen minyak dengan melarikan empat tong minyak enjin, biskut, syampu dan pelbagai barangan lain minggu lalu.


Kejadian pada 24 Jun lalu itu hanya disedari pemilik stesen minyak itu kelmarin ketika membuat pemeriksaan stok barangan dalam premisnya.

Menurutnya yang enggan dikenali berkata, ketika membuat pemeriksaan, dia mendapati beberapa barangan seperti minyak enjin telah hilang.

“Saya kemudian melihat rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut melihat barangan tersebut dilarikan sekumpulan penjenayah yang berlagak seperti sebuah keluarga,” katanya.

Pemilik premis berkata, ketika kejadian pada malam 26 Jun itu, seorang pekerjanya bertugas dalam premis menjaga kaunter bayaran manakala dua lagi pekerjanya menjaga pam minyak.

Menurutnya, ketika itulah sekumpulan tujuh individu itu memasuki premis di mana salah seorang lelaki tua menunggu di luar.

“Mereka berpura-pura membeli barangan dan mengarahkan juruwang memasak mi segera dan ketika itulah tiga wanita ahli kumpulan terbabit melarikan barang dalam premis saya.

“Kesemuanya memakai baju yang besar-besar supaya dapat mengaburi mata pekerja saya, apabila diperiksa, barangan seperti minyak enjin bersaiz tong empat liter, biskut dan syampu dilarikan penjenayah terbabit,” katanya.

(Berita penuh)

K.K:-Kejadian jenayah bertambah dan berleluasa?di manakah agaknya pihak keselamatan?

Pada kami,daripada sibuk orang yang pakai baju warna kuning tu,baik pergi tangkap penjenayah macam kat atas ni!

1 comment:

Anonymous said...

bukan lah nok menyebelah ke pasukan kwsalamatan sahaja, sepatutnya kita pemilik premis yang terlebih dahulu menjaga harta benda sendiri, doh jika ada cctv pun tok leh nok lihat penjanayah oleh perkerja kita, nok salahkan kat orang pulak, senang jer cadangan saya sesiapa yang hendak polis jaga harta benda se cara berterusan, polis dok yah buat keja lain , dok terpacak kat umah atau kedai kita, iklan jer kat media masa beri gaji mahal mahal, ramai lah polis polis mintak keje dengan kita.

hok nak jaga baju kuning tu bukan apa, takut demo buat gila di jalanan ganggu ketenteraman manusia lain, pakai lah baju kuning sebanyak mana pon, duk dalam rumah sendiri, tok da polis nak kacau.