TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang. "Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng. Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini. Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas) Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat. Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni. (Cerita lanjut di sini) K.K:-Kami sebenarnya tidak terkejut atas dakwaan dan perkhabaran yang dikeluarkan oleh PARA DEMONSTRAN di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas.Dan kami dengan ini menyokong juga tindakan DEMO itu atas nama KEBEBASAN! Dan untuk kesekian kalinya,DEMO yang bertujuan mempertahankan orang MELAYU ini diadakan bagi membantah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang ini. Dan kami juga menyokong supaya ditunjukkan bukti kepada semua orang tentang KEZALIMAN telah diperkatakan. Dan kalau nak cantik lagi kita buat satu LIVE TELECAST! Beri masa kepada kedua-dua PIHAK iaitu Peserta DEMO di Penang dan WAKIL Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang bercakap dan mengeluarkan hujjah dan fakta mereka. Lebih cantik kalau SIARAN ini ditayangkan disemua STESEN TELEVISYEN,berbayar atau tidak.Buatlah waktu PRIMETIME.Ramai sikit yang boleh tengok! Dan dalam siaran itu,kalau betul caranya akan kita saksikan KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Pulau Pinang tersebut. Kita boleh!(Buat live telecast tersebut) |
Hit Counter
Monday, July 4, 2011
Siarkan kezaliman Pakatan Rakyat
Tunjukkan di mana kezaliman kami - Guan Eng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment