Sebelum dari ini terdapat banyak penafian tentang kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam Operasi SPRM.Berbagai salah laku telah diperkatakan.Ada yang sehingga mencapai tahap laporan kepada pihak polis dan sebagainya.
Dan antara yang tertinggi adalah tahap sehingga ada 2 orang manusia yang masuk HIDUP ke pejabat SPRM dan keluar hanya tinggal jasad sahaja.
SPRM tubuh Jawatankuasa Eksekutif Transformasi
KUALA LUMPUR 24 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi bagi menambah baik kualiti operasinya.
SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata suruhanjaya itu akan dianggotai pegawai pengurusan tertingginya, anggota jawatankuasa dan panel SPRM serta pakar undang-undang.
Penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif diambil SPRM yang memandang serius cadangan penambahbaikan yang dicadangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, kata kenyataan itu.
Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi struktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan dan memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik.
Dan adakah sehingga kini masih ada pihak yang mahu meletakkan kesalahan atas nama pihak pembangkang dimana mereka-meraka ini diktakan membuat tuduhan melulu terhadap kelemahan SPRM?
Adakah masih ada lagi pihak yang mahu menafikan bahawa SPRM juga melakukan kesalahan?
Ke Teoh Beng Hock mungkin dianggap selesai oleh sesetengah pihak.Bagaimana pula hasilnya nanti dengan kes Sarbaini?Adakah ianya juga akan memperolehi hasil yang sama?
Macam kata-kata seorang dari sahabat yang saya kenal pernah kata."Nak buat macam mana,dah takdir dia maut jatuh bangunan.Itu semua adalah takdir!"
Adakah ini akan terjadi seterusnya?????
3 comments:
Dua kes Teoh Beng Hock dan Sarbaini jatuh bangunan adalah satu cerita lucu abad ini
Bila keluar kes ini, belum siap siasatan macam2 andaian dilakukan seperti terjatuh, cuba malarikan diri, terjun sendiri dan mati kerana terkejut.
Terkejut? jatuh ?
Saya cadangkan bangunan SPRM tidak diluluskan sebagai bangunan selamat kerana MUDAH sangat orang jatuh bangunan.
Hehehehehehe.....
Orang kena siasat kalau dah kantoi macam ni la,,, pikiran buntu,,, malu kepada keluarga dan masyarakat...apa lagi terjun laaa.. tu perkara basic.
Kalau temubual siasatan dibuat di ground floor pun, , orang kena siasat tu entah2 cari longkang kat mana2 nak terjun
Bayang kan lah kalau kau kantoi buat jahat tiba2 kena siasat 2x 5 kau pun
Post a Comment