PTPTN: Syarat buka akaun SSPN dikenakan semula tahun depan
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat itu dikenakan semula untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kita menggalakkan semua peringkat umur menabung walaupun masih bayi. Proses membuka akaun juga kita sudah mudahkan. Kalau dulu 14 hari, hari ini mengambil masa sehari sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar PTPTN bersama IPT, pelancaran semula SSPN dan penyerahan pembiayaan pendidikan daripada institusi kewangan kepada PTPTN di sini hari ini.
P/S:Kalau sebelum ni,memang dah lama kerajaan,ketua kampung,mak ayah,guru-guru dan orang tua berpesan kepada orang-orang muda supaya menyimpan untuk kemudahan di masa hadapan.
Kami ni bukannya apa.Bagus menyimpan tu.Nak-nak pulak kalau mula dari kecil lagi.Bila dah besar esok mungkin boleh lah beli cincin macam Rosmah Mansor tu.Nak masuk belajar mana-manapun tak jadi masalah besar.Memang bagus!
Tapi adakah kita sebagai orang MELAYU dan ISLAM ini sedar tentang beberapa perkara?Pada masa dulu,memang dah ada bantuan belajar kepada para pelajar yang BIJAK atau PANDAI ni.Nama dia BIASISWA kami rasa.
Tapi kemana menghilangnya perkara itu?Adakah telah LAPUK DEK PANAS DAN TELAH LEKANG DEK HUJAN?Kenapa benda yang dikira sebagai kemudahan atau BANTUAN kepada orang MELAYU ini telah hilang?Ke mana ianya menghilang?Adakah ianya telah ditelan oleh BUMI seperti harta QARUN?
Dan pada kami yang paling penting,SIAPAKAH yang menghilangkannya?Kenapa mereka berbuat begitu?Adakah mereka ini tidak sayang kepada RAKYAT MELAYU di MALAYSIA ni?
Entah lah!!!!!
3 comments:
SAUDARA,
SAUDARA MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM TAPI SAUDARA SUKA MEMFITNAH ORANG.
BUKAN CINCIN ROSMAH TAPI CINCIN KEPUNYAAN SYARIKAT LUAR NEGARA YANG MENGADAKAN PAMERAN UNTUK DIJUAL.
TULISLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA NAFSU DAN KEPENTINGAN SEBAB SAUDARA AKAN DITANYA DAN DI PERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT KELAK.
SAYA SOKONG SAUDARA DAN SELALU BACA TULISAN SAUDARA.JADI JANGANLAH KERANA CIKGU BARD PKR BUAT FITNAH SAUDARA HENDAK PANJANGKAN PULA. SAYA TEGUR SAUDARA KERANA SAYANGKAN SAUDARA.
WASSALLAM.
rENTAKA PUAKA:TULISLAH DENGAN KEBENARAN KERANA KEBENARAN ADALAH KEMANISAN DI AKHIRAT.SAYANG KAMU.
biasiswa bnyk tp melayu yg malas cari. sedangkn cina sungguh2 nak dptkn biasiswa walaupun mereka mampu biaya pelajaran anak mereka.
Terima kasih atas teguran yang membina.Dan tak lupa juga kesudian membaca.
Post a Comment