"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Antaranya:-
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,
Peringatan Seri Paduka mesti dihormati: Muhyiddin
MELAKA TENGAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadualkan pada 9 Julai ini tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, nasihat Tuanku Mizan sebagai ketua negara itu mesti dihormati dan tidak boleh pula dilihat sebagai satu usaha Istana untuk campur tangan. "Jangan pandang remeh (peringatan Yang di-Pertuan Agong), mesti dihormati kerana ini nasihat ketua negara. Jangan juga dilihat sebagai campur tangan dalam urusan negara.
(Laporan lanjut)
i)Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan(Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 18 Januari 1993:-
Tuan Yang Dipertua,
Oleh kerana begitu mudah raja-raja menyerahkan Singapura,Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu,maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara.Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua,sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia.Di merata-rata tempat sistem beraja ditamatkan terus.(Perenggan ke 7)
K.K:-Kalau rajin sila lah cari dalam web mana-mana pun.Banyak cerita pasal benda ni!
No comments:
Post a Comment