Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Sunday, July 24, 2011

Adakah ianya masih tidak benar??????

Sebelum dari ini terdapat banyak penafian tentang kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam Operasi SPRM.Berbagai salah laku telah diperkatakan.Ada yang sehingga mencapai tahap laporan kepada pihak polis dan sebagainya.

Dan antara yang tertinggi adalah tahap sehingga ada 2 orang manusia yang masuk HIDUP ke pejabat SPRM dan keluar hanya tinggal jasad sahaja. 


SPRM tubuh Jawatankuasa Eksekutif Transformasi

KUALA LUMPUR 24 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi bagi menambah baik kualiti operasinya.

SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata suruhanjaya itu akan dianggotai pegawai pengurusan tertingginya, anggota jawatankuasa dan panel SPRM serta pakar undang-undang.

Penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif diambil SPRM yang memandang serius cadangan penambahbaikan yang dicadangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi struktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan dan memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik.

(Baca lanjut di sini)

Dan adakah sehingga kini masih ada pihak yang mahu meletakkan kesalahan atas nama pihak pembangkang dimana mereka-meraka ini diktakan membuat tuduhan melulu terhadap kelemahan SPRM?


Adakah masih ada lagi pihak yang mahu menafikan bahawa SPRM juga melakukan kesalahan?


Ke Teoh Beng Hock mungkin dianggap selesai oleh sesetengah pihak.Bagaimana pula hasilnya nanti dengan kes Sarbaini?Adakah ianya juga akan memperolehi hasil yang sama?


Macam kata-kata seorang dari sahabat yang saya kenal pernah kata."Nak buat macam mana,dah takdir dia maut jatuh bangunan.Itu semua adalah takdir!"


Adakah ini akan terjadi seterusnya?????

Thursday, July 21, 2011

Ke mana hilangnya HAK MELAYU?

PTPTN: Syarat buka akaun SSPN dikenakan semula tahun depan



PUTRAJAYA: Pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikenakan semula syarat perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bermula tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat itu dikenakan semula untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). 


"Kita menggalakkan semua peringkat umur menabung walaupun masih bayi. Proses membuka akaun juga kita sudah mudahkan. Kalau dulu 14 hari, hari ini mengambil masa sehari sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar PTPTN bersama IPT, pelancaran semula SSPN dan penyerahan pembiayaan pendidikan daripada institusi kewangan kepada PTPTN di sini hari ini. 

(Berita lanjut di sini)

P/S:Kalau sebelum ni,memang dah lama kerajaan,ketua kampung,mak ayah,guru-guru dan orang tua berpesan kepada orang-orang muda supaya menyimpan untuk kemudahan di masa hadapan.

Kami ni bukannya apa.Bagus menyimpan tu.Nak-nak pulak kalau mula dari kecil lagi.Bila dah besar esok mungkin boleh lah beli cincin macam Rosmah Mansor tu.Nak masuk belajar mana-manapun tak jadi masalah besar.Memang bagus!


Tapi adakah kita sebagai orang MELAYU dan ISLAM ini sedar tentang beberapa perkara?Pada masa dulu,memang dah ada bantuan belajar kepada para pelajar yang BIJAK atau PANDAI ni.Nama dia BIASISWA kami rasa.



Tapi kemana menghilangnya perkara itu?Adakah telah LAPUK DEK PANAS DAN TELAH LEKANG DEK HUJAN?Kenapa benda yang dikira sebagai kemudahan atau BANTUAN kepada orang MELAYU ini telah hilang?Ke mana ianya menghilang?Adakah ianya telah ditelan oleh BUMI seperti harta QARUN?


Dan pada kami yang paling penting,SIAPAKAH yang menghilangkannya?Kenapa mereka berbuat begitu?Adakah mereka ini tidak sayang kepada RAKYAT MELAYU di MALAYSIA ni?


Entah lah!!!!!

Siapa punya kuasa sebenarnya???????

Tiga individu saman kerajaan Kelantan kerana haramkan judi

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan PAS Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lalu.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.


Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.


(Berita Harian

P/S:Kalau dari pemahaman kami,maka dengan ini nyatalah bahawa mana-mana kerajaan negeri tidak berhak atau tidak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat hiburan seperti ini.

Kalau ikut berita ni,kuasa adalah terletak dalam KUASA PARLIMEN.Jadi kalau macam tu,apa tunggu lagi AHLI PARLIMEN yang ISLAM tu semua.Pakat undi lah supaya semua benda ini ditutup pada bulan Ramadhan ni.(Lagi cantik kalau tutup terus!)

Pada yang berkenaan tu,takkan senyap aje!Dengan kuasa yang telah diberi kepada kamu,cepatlah laksanakan TUGAS dan TANGGUNGJAWAB kamu tu! 

Monday, July 4, 2011

Siapa yang DERHAKA pada Raja-raja??????

Wasiat Raja-raja Melayu:-
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Antaranya:-

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Peringatan Seri Paduka mesti dihormati: Muhyiddin

MELAKA TENGAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berhubung perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijadualkan pada 9 Julai ini tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, nasihat Tuanku Mizan sebagai ketua negara itu mesti dihormati dan tidak boleh pula dilihat sebagai satu usaha Istana untuk campur tangan. 

"Jangan pandang remeh (peringatan Yang di-Pertuan Agong), mesti dihormati kerana ini nasihat ketua negara. Jangan juga dilihat sebagai campur tangan dalam urusan negara. 
(Laporan lanjut)

i)Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan(Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 18 Januari 1993:-


Tuan Yang Dipertua,

Oleh kerana begitu mudah raja-raja menyerahkan Singapura,Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu,maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara.Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua,sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia.Di merata-rata tempat sistem beraja ditamatkan terus.(Perenggan ke 7)  

K.K:-Kalau rajin sila lah cari dalam web mana-mana pun.Banyak cerita pasal benda ni!

Keadilan yang buta?????

Kami biasa melihat gambar patung yang melambangkan sistem keadilan,diikat matanya dan terdiam kaku di tapak tempat letaknya.




Adakah ini ada kena mengena dengan PERKARA di bawah????


Lapan peserta demonstrasi di Pulau Pinang bebas

PULAU PINANG 2 Julai - Kesemua lapan orang yang ditahan polis kerana berarak dan berhimpun membantah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini semalam, telah dibebaskan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat sejak malam tadi selepas diambil keterangan.

"Mereka dibebaskan semalam dan hari ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi Karnival Jom Cegah Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.

Semalam, polis menahan tujuh orang berusia antara 27 hingga 46 tahun kerana berarak dan berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bersama 1,500 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

(Cerita lanjut)

K.K:-Setelah tak berapa lama,ramai daripada mereka yang terlibat dengan DEMO di Pulau Pinang tempohari telah pun DIBEBASKAN.Tahniah kepada mereka dan terima kasih kepada pihak POLIS yang menjalankan tugas dengan baik.


Tapi kalau mereka yang terlibat dengan DEMO sudah boleh dibebaskan,apa cerita dengan mereka-mereka yang telah ditahan atas kesalahan CUMA MEMAKAI BAJU BERSIH YANG BERWARNA KUNING?

Mereka ini bukan ditangkap atas sebab terlibat dalam DEMO haram,tapi memakai baju BERSIH sahaja!
Jadi di mana keadilan kepada mereka-mereka ini pula?


Ataupun ini memang tindakan atas arahan KUASA POLITIK dan bernafas POLITIK?????

Tukang tilik terbaru???????

Pas diramal kalah teruk - Ibrahim

 SUNGAI PETANI 2 Julai - Pas diramalkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sekiranya bertegas mahu berkomplot dengan dalang utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kekalahan Pas itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan orang Melayu sudah muak dengan parti tersebut.

"Orang Melayu sebelum ini memang kecewa dengan sikap Pas kerana diperkuda dan menjadi alat kepada DAP serta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Saya percaya Pas akan dihukum oleh orang Melayu terutamanya golongan majoriti senyap dalam PRU nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Khas Perkasa di Sekolah Menengah Vokasional 2 di sini hari ini.

Lebih 1,200 ahli dan perwakilan Perkasa daripada 12 daerah di Kedah menghadiri mesyuarat terbabit.

(Baca sini)

K.K:-Tuan Ibrahim Katak ni kalau bercakap memang sedap memanjang. Kalau dulu dia ni kami respek juga sesikit.Nampak macam nak ada perubahan.

Tapi tak lama lepas tu,memang tak berubah juga.Mungkinkah sekarang Pak Berahim ni nak mencari suaka politik dari UMNO dan BN?
Dia kena ingat yang kerusi yang dia menang tu atas EHSAN PAS(bukan wang EHSAN!)Jadi dia duk sibuk kata PAS akan kalah dan dihukum oleh orang lah,didenda oleh ahli la,macam-macam.

Kita pakat tengok lepas ni.PAS saja ke kena HUKUM atau dengan dia-dia sekali kena LIPAT!

Siarkan kezaliman Pakatan Rakyat

Tunjukkan di mana kezaliman kami - Guan Eng
 TASEK GELUGOR, 2 Julai:  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng.

Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.

Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. 

Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni.

(Cerita lanjut di sini

K.K:-Kami sebenarnya tidak terkejut atas dakwaan dan perkhabaran yang dikeluarkan oleh PARA DEMONSTRAN di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas.Dan kami dengan ini menyokong juga tindakan DEMO itu atas nama KEBEBASAN!

Dan untuk kesekian kalinya,DEMO yang bertujuan mempertahankan orang MELAYU ini diadakan bagi membantah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang ini.
Dan kami juga menyokong supaya ditunjukkan bukti kepada semua orang tentang KEZALIMAN telah diperkatakan.

Dan kalau nak cantik lagi kita buat satu LIVE TELECAST! Beri masa kepada kedua-dua PIHAK iaitu Peserta DEMO di Penang dan WAKIL Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang bercakap dan mengeluarkan hujjah dan fakta mereka.
Lebih cantik kalau SIARAN ini ditayangkan disemua STESEN TELEVISYEN,berbayar atau tidak.Buatlah waktu PRIMETIME.Ramai sikit yang boleh tengok!

Dan dalam siaran itu,kalau betul caranya akan kita saksikan KEZALIMAN dan KETIDAKADILAN kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Pulau Pinang tersebut.
Kita boleh!(Buat live telecast tersebut)

Sunday, July 3, 2011

Adakah ini benar????


 
PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.
Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

”NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

(Sumber dari HARAKAH


K.K:-Berita yang ini sebenarnya sudah lama kami dengar.Dan sebenarnya telah nampak usaha Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara dari PM Najib.

Tapi macam biasa,khabar ini akan dinafikan dengan muka manis dan berbagai cara lagi.Tapi dalam berita malam tadi,jelas ada kebimbingan dari PM sendiri tentang perlunya SETIA kepada UMNO dan BN walaupun sesetengah individu tidak dipilih menjadi calon. 

Mungkin tak ramai yang melihat perkara ini,kerana Malaysia sekarang banyak diriuhkan dengan Himpunan BERSIH.Tapi berapa kali Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tentang BERSIH 2 berbanding PM sendiri?

Adakah benar seperti kata seorang tokoh VETERAN UMNO yang mengatakan bahawa PM Najib sekarang sebenarnya bersendirian?Tentu sekali VETERAN ini berkata atas pengalaman dan pengetahuannya selama berada dalam UMNO.

Yang lebih nampak menyokong PM adalah Naib Presiden,Hishamudin Tun Hussein.Adalah tidak menjadi pelik kerana mereka itu BERSAUDARA.Kedua-dua bapa mereka ini pernah menjadi PM.Dan Najib sendiri sudah jadi PM,cuma mungkin menunggu masa Hishamudin sahaja menaiki takhta PM itu.

Adakah UMNO ini PARTI WARISAN?Tiadakah AHLI UMNO yang layak menjadi pimpinan berbanding ANAK-ANAK bekas PIMPINAN UMNO sahaja?

Dan adakah benar yang PM Najib sekarang sebenarnya bersendirian tanpa bantuan dari TPM??????

Tak perlu tunggu PR memerintah..........

Operasi KTMB Stesen Tanjung Pagar, Bukit Timah dihentikan

KAKITANGAN KTMB, Mohd Helmy Rahim menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen Tanjong Pagar, semalam.
KAKITANGAN KTMB, Mohd Helmy Rahim menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen Tanjong Pagar, semalam. 
 
Tren terakhir ke Singapura jam 11 malam selepas 60 tahun perkhidmatan

SINGAPURA: Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini, akan tamat mulai tengah malam ini, apabila perkhidmatan ke republik itu berakhir di Woodlands Train Checkpoints mulai esok. 



Tren terakhir KTMB akan meninggalkan Stesen Tanjung Pagar mulai jam 11 malam ini menjadi noktah perkhidmatan stesen kereta api Tanjung Pagar, yang turut dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan itu.


Pengurus Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, yang turut bersedih mengenangkan tamatnya operasi KTMB di situ, turut berbangga kerana menjadi antara 67 kakitangan termasuk di Stesen Keretapi Bukit Timah itu.

“Tentunya saya turut bersedih, apatah lagi sepanjang hampir 15 tahun bertugas di stesen ini, semua kakitangan di sini sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.


K.K:-Sebelum dari ini banyak suara BESAR dan KECIL dari terutama dari salah sebuah yang paling kuat MEMPERJUANGKAN bangsa dan TANAH AIR mengatakan bahawa sekiranya PR menang dan memerintah Malaysia akan berlaku segala kepincangan.

Anataranya adalah cerita RAMALAN tentang akan berkurangnya tanah Melayu di bumi yang bertuah ini.Ini kata yang keluar dari banyak mulut PEMIMPIN UMNO.Tuduhan ini seperti tiada hentinya.

Seolah-olah pemimpin dalam PR akan memberi semua tanah kepada kaum selain Melayu.

Bagaimana pulak tanah di Tanjung Pagar ini?Adakah ianya masih milik kita?Apa tindakan yang telah diambil oleh UMNO dan BN?Apakah cukup dengan berdiam diri.

Terletak paling hampir dengan negeri kelahiran UMNO itu sendiri,di mana TPM juga dari negeri tersebut.Tidak adakah tindakan yang boleh diusahakan?

Mungkin mereka beruntung dengan KECOHnya hal Himpunan BERSIH,maka berita ini tidak KELIHATAN sangat. Mereka lebih fokus kepada BERSIH dan rakyat akan terus lupa dengan peristiwa ini.

Jadi dimana UMNO dan BN dalam memperjuangkan 'TA'nya itu iaitu TANAH AIR?Adakah ini contoh yang baik dalam hal mempertahankan TANAH AIR????

Belum terbukti PR menggadai Tanah kepada orang luar.Tapi BN dan UMNO sudah nampak dengan jelas!

Sedarlah wahai bangsaku!!!!! 

Friday, July 1, 2011

Kawasan Ahli Parlimen merangkap Duta ke Amerika.......

Gadai nyawa pergi kebun

PULAU TIOMAN - Demi sesuap nasi, 15 penoreh getah di Kampung Juara, di sini, terpaksa melupakan bahaya yang menanti mereka ketika menggunakan pontun setiap kali menyeberangi Sungai Mentawak bagi mengutip hasil getah.

Seorang penoreh, Rabidi Alimat, 40, berkata, penoreh getah yang rata-ratanya sudah berusia di kampung itu terpaksa menyabung nyawa setiap kali melalui sungai terbabit berikutan tidak mempunyai jalan darat sejak lebih 20 tahun lalu.


Menurutnya, rata-rata penoreh hanya bergantung harap kepada hasil getah, namun mereka terpaksa bergadai nyawa setiap kali ke kebun terutama jika air Sungai Mentawak naik mendadak ketika air pasang.

“Kami tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa setiap kali pergi dan pulang dari kebun memandangkan tiada kemudahan jalan perhubungan seperti jambatan atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Rabidi berkata, sejak awal pagi, mereka akan keluar ke kebun dan terpaksa menggunakan pontun atau bot rendah yang terapung untuk membawa mereka menyeberangi sungai.

Rakannya, Abbar Mat Sor, 60, berkata, sungai sepanjang 30 meter itu dipercayai dalam dan tidak mustahil ia boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini berlaku seperti risiko terjatuh dan lemas.

“Pernah seorang penoreh nyaris terjatuh ke dalam sungai, namun tindakan pantas rakan-rakan lain yang ketika itu berada di tempat kejadian sempat memaut tangan mangsa,” katanya. 


(Cerita lanjut


K.K:-DUN ini adalah di bawah naungan UMNO dan BN.Ahli Parlimennya pula adalah salah seorang MP yang dikira rapat dengan Perdana Menteri.

Tapi malang sikit kerana MP parlimen ini duduknya di Amerika Syarikat.Jadi mungkin tak terfikir orang di tempat dia ni masih guna jalan air untuk pergi menoreh dan mencari rezeki buat ahli keluarga yang lain.

Apa nak jadi agaknya kawasan ini?????

Sibuk buat kerja apa?????

Peniaga kerugian RM400


MENTAKAB – Sekumpulan tujuh individu yang berlagak sebagai satu keluarga disyaki melarikan pelbagai jenis barangan dari sebuah stesen minyak, di sini, baru-baru ini termasuk empat tong minyak enjin dengan anggaran kerugian lebih RM400.

Tujuh individu itu dianggotai tiga lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak berlagak pelanggan memasuki kedai serbaneka milik sebuah stesen minyak dengan melarikan empat tong minyak enjin, biskut, syampu dan pelbagai barangan lain minggu lalu.


Kejadian pada 24 Jun lalu itu hanya disedari pemilik stesen minyak itu kelmarin ketika membuat pemeriksaan stok barangan dalam premisnya.

Menurutnya yang enggan dikenali berkata, ketika membuat pemeriksaan, dia mendapati beberapa barangan seperti minyak enjin telah hilang.

“Saya kemudian melihat rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut melihat barangan tersebut dilarikan sekumpulan penjenayah yang berlagak seperti sebuah keluarga,” katanya.

Pemilik premis berkata, ketika kejadian pada malam 26 Jun itu, seorang pekerjanya bertugas dalam premis menjaga kaunter bayaran manakala dua lagi pekerjanya menjaga pam minyak.

Menurutnya, ketika itulah sekumpulan tujuh individu itu memasuki premis di mana salah seorang lelaki tua menunggu di luar.

“Mereka berpura-pura membeli barangan dan mengarahkan juruwang memasak mi segera dan ketika itulah tiga wanita ahli kumpulan terbabit melarikan barang dalam premis saya.

“Kesemuanya memakai baju yang besar-besar supaya dapat mengaburi mata pekerja saya, apabila diperiksa, barangan seperti minyak enjin bersaiz tong empat liter, biskut dan syampu dilarikan penjenayah terbabit,” katanya.

(Berita penuh)

K.K:-Kejadian jenayah bertambah dan berleluasa?di manakah agaknya pihak keselamatan?

Pada kami,daripada sibuk orang yang pakai baju warna kuning tu,baik pergi tangkap penjenayah macam kat atas ni!