Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Sunday, June 26, 2011

Tolak permohonan maaf menteri



ALOR SETAR - Keluarga bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, yang mendakwa diarah membotakkan kepalanya semasa menjalani latihan, menolak permohonan maaf oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam.

Bapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya.


“Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal.


“Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi.

“Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu,” katanya.

Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati.


(sumber dari sini

K.K:Kalau sebelum dari,ini banyak hal atau komplen pasal pimpinan PR dalam menyantuni atau melayan orang ramai samada dalam suasana biasa atau PRK.

Antaranya ialah kes Cikgu Normala semasa PRK di Johor bebaru ini.Macam-macam kata-kata yang dikeluarkan oleh Pimpinan BN terutama sekali dari orang yang bukan MUSLIM macam PIMPINAN MCA.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.


Sekarang ni pulak ada sorang lagi pemimpin bukan ISLAM yang tidak menghormati orang Melayu/Islam dalam hal diatas.


Ternyata pemimpin seperti ini tidak IKHLAS dan JUJUR dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak!Cukup tidak bersopan!

Dan dalam hal yang seperti ini,adakah orang Melayu akan diam sahaja?Mungkin juga.Sebab kita mungkin sudah ditakdirkan untuk berdian diri setiap kali bangsa kita dipermainkan oleh orang LAIN!

Teoh Beng Hock mati,semua orang cina marah.Sarbani meninggal,berapa orang yang pertikai?

Tak tau lah apa nak jadi dengan bangsa Melayu ni!

1 comment:

Anonymous said...

jangan dok tanya dah kata entah lah,tak tau lah apa nok jadi dengan BANGSA MELAYU INI ?, jawapan nya ada pada setiap kita orang orang melayu, termasuk lah semua pemimpin POLITIK MELAYU, AHLI PARTI PARTI POLITIK MELAYU JUGA RAKYAT BIASA YANG BERBANGSA MELAYU, KERANA APA KITA GADAIKAN SEMUA INI, KERANA KUASA DAN HABUAN DI DUNIA! FIKIR FIKIRKAN LAH !!!!.