Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, June 28, 2011

Seruan kerajaan:-UBAH GAYA HIDUP!

 
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.
 (Cerita lanjut di sini)


K.K:-Biasanya rakyat bawahan ni kalau beli rumah atau sewa rumah yang agak mahal,kurang dah masalah dalam rumah tu.Ini sampai berpuluh ribu RM baiki setiap bulan.Apa kejadahnya rosak sampai tahap banyak tu?

Sewa pulak dengan Perbadanan Putrajaya sampai berjuta-juta setahun.Apa rasionalnya perbelanjaan sebanyak itu untuk dua buah rumah sahaja?Agak-agak berapa banyak rumah rakyat biasa yang boleh dibina dan dijual dengan wang yang sebanyak itu dalam masa setahun?

Ramai anak-anak RAKYAT MALAYSIA tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran hanya kerana tidanya biasiswa dan perbelanjaan untuk menyambung pelajaran mereka.Tapi pimpinan negara nampaknya tidak mengambil hal itu dan mereka terus bermegah dengan berbelanja dengan jumlah yang cukup besar hanya untuk membayar sewa rumah dan membaiki rumah mereka setiap bulan.
Sungguh beruntung rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang SANGAT MENGUTAMAKAN rakyat bawahan mereka!

Tahniah rakyat MALAYSIA!


Mereka kata ubah gaya hidup ye?Kami kata,UBAH KERAJAAN!

No comments: