8 penyokong perhimpunan haram ditahan di Ampang
KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang, di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata semua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini."Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan berikutan itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi hari ini.
(Berita Harian)
K.K:-kemungkinan saya dan rakan-rakan akan turut bersama dalam Himpunan Bersih pada tarikh yang akan menjelang sikit hari lagi.Tapi mungkin pergi sebagai reporter tak bertauliah sahaja.Tapi mungkin juga tak pergi.Tengoklah macam mana.
Tapi apa yang dirancangkan adalah sesuatu yang besar dan mungkin lebih BESAR dari Bersih yang pertama.Bersih yang pertama dulu memang saya pergi.Itu pun dah kira besar dah.
Tapi kali ni saya rasa lain sikit.Liputan oleh Media Massa dan Media-media lain agak hebat!Mungkin perancangan dan Roadshow yang dibuat oleh Pimpinan PR boleh membawa perubahan dalam faktor kehadiran.
Kalau dilihat dari segi amaran,macam-macam arahan dari pihak keselamatan yang keluar.Tapi orang ramai yang buat tak tahu je.
Tapi diatas ni agak melucukan sebenarnya.Pakai baju BERSIH sebelum hari perhimpunan pun dah ada yang kena tangkap.Ini apa hal?Kata rakyat Malaysia dah mula menyokong BN?Jadi apa yang perlu dibimbangkan?Buat tak tahu aje lah!
Pada saya,ketegangan yang telah pun bermula akan membawa berbagai kesan semasa Himpunan BeRSIH itu nanti.Akan ada pulak Barisan PATRIOTIK dan barisan PERKASA.Makin hebatlah Himpunan tu nanti.kalu bagi kebenaran lagi ramai orang akan datang.
Dan pada hari tersebut,nak juga kita tengok pakaian yang berbagai warna.KUNING,MERAH,BIRU, KELABU dan berbagai lagi!Heheheheheheh
Itu baru lah WARNA-WARNI MALAYSIA!!!!
1 comment:
buat jer kat stadium bola sepak shah alam, atau di kelantan, berucaplah berapi api sampai terkeluar anak tekak tak da orang nak marah, tak ada pemandu teksi, bas kereta penumpang lain mahu pun para peniaga semua saya rasa tudak suka dengan keadaan ini, nok buat juga boleh, tapi pehak penganjur hendaklah membayar pendapatan harian gulungan yang mencari makan dengan berniaga. senang senang, beraraklah beramai ramai di perkarangan bangunan dewan undangan negeri di selangor, kedah, penag juga di kelantan, baru betul beb, hidup ne jangan menyusahkan orang lain jika kita tak dapat untuk memberi senang pada mereka?
Post a Comment