Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, June 29, 2011

Sebab apa?

Polis siasat PSM kerana cuba hidupkan fahaman komunis


KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) selepas dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini. 


"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. 

"Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong," katanya. 

(Berita Penuh)


K.K:-Kami ni bukanlah nak menyokong Fahaman Komunis ni.Sebabnya komunis tidak percaya kepada Tuhan dan Agama.Mintak jauh lah ye!


Tapi kenapa tangkapan yang agak besar dan pantas ini berlaku ketika hampirnya ketika himpunan BERSIH hendak diadakan?Adakah motif tangkapan ada kena-mengena dengan Himpunan BERSIH ini?


Ini kerana pimpinan parti PSM ni pastinya akan turut serta dalam Himpunan itu nanti.Mereka akan turut membawa penyokong mereka turut sama dalam perhimpunan itu.Jadi kalau pimpinan sudah ditangkap,mungkin kehadiran ahli PSM akan berkurangan.


Dalam undang-undang Malaysia,HAK dan PANDANGAN individu atau kumpulan seharusnya diberi perhatian.Kalau nak bercakap dan memberi pendapat pun tak boleh,mana pergi hak yang telah dijamin tersebut?


Manusia ni biasanya akan cuma bertindak kalau rasa kedudukan mereka tergugat.Adakah tindakan ini atas rasa tergugat atau benar-benar tentang keselamatan?


Kenapa masih belum ada tindakan terhadap mereka yang dituduh mencuri enjin JET dan menjualnya kepada negara luar?

Bukankah itu lebih merbahaya berbanding Himpunan bersih itu sendiri?

2 comments:

Anonymous said...

ishh! apa lah punya bingai awak ni, injen jet bukan fahaman komunis dn injen jet hanya libatkan sebilangan kecil orang saja sdg kan fahaman komunis boleh libatkan orang ramai, patut tangkap juga mat sabu yng jadi hero himpunan bersih tu

N9 TAHAN said...

Enjin jet diguna pada jet untuk menjaga keselamatan negara.kalau jet tak boleh terbang,ada orang datang nak serang negara,takkan nak tahan dengan dulang je bang woi!berapa ramai yang boleh mati kalau kena serang dengan negara luar?jet pejuang ada,tapi tak boleh pakai.

Kalau enjin jet pun boleh hilang,macam mana pulak dengan RAHSIA negara yang lain?Bukankah itu lebih merbahaya kepada keselamatan negara?

Kalau maklumat keselamatan negara pun boleh hilang,macam mana nak jaga keselamatan negara?

Macam mana kalau rahsia negara ini dijual sebahagian orang yang mencuri maklumat ini kepada negara luar?Adakah itu tidak merbahaya?

Siapa yang bingai?