Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan Pulau Pinang JAHAT?????

Kerajaan Pulau Pinang nafi jual tanah wakaf Masjid Jalan Tengah


GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya menerusi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tanah wakaf Masjid Jalan Tengah, Jalan Burma di sini dan menjualnya kepada pihak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim, berkata tanah masjid berkenaan di Lot 205 yang telah didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 5 Januari 1993 itu masih menjadi hak MAINPP.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan pihak tertentu... saya tegaskan tanah itu masih milik MAINPP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa "MPPP menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, mengundang kemarahan kariah masjid berkenaan". 


K.K:Kalau kena kat orang lain,laju je berita macam ni keluar.Kami pun takkan sokong orang yang buat salah.Tapi akhirnya ada clearance dari kerajaan negeri barulah hal ni tak jadi kecoh.


Baru-baru ni ada kes Jual Pasir kat Johor,kenapa berita tu sekejap je keluar?Tak ada keluar dalam TV pun rasanya.Kenapa?Pemimpin Johor buat semua betul ke?


Dah la jual air ke Singapore murah,beli semula jauh lebih mahal.Itu bukan kira tak berapa pandai ke?Ke itulah perancangan ekonomi yang terbaik?


Memang la kerajaan BN ni kalau diaorang buat semua betul belaka.Kalau orang lain buat semua salah memanjang.Tu belum kira tanah kat Iskandar lagi tu!


Tapi apa nak buat!MELAYU KAN MUDAH LUPA!

1 comment:

Anonymous said...

memang melayu mudah lupa, apatah lagi bila bertelagah sesama bangsa untuk mengejar kuasa, pangkat dan harta, lupa asal usul kita dari agama apa?, sayang jadi melayu di bumi tanah melayu ini.