Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, June 30, 2011

Untung sungguh rakyat Sarawak......

PM umum RM5.8 juta untuk naik taraf jalan dan bina rumah panjang

 


TENOM 30 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2.8 juta untuk menaik taraf jalan raya di kawasan daerah kecil Kemabong, dekat sini. 

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan rumah panjang suku kaum Murut di daerah Tenom untuk tujuan mempromosi kraftangan dan mengekalkan tradisi suku kaum tersebut.

Berucap dalam program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di sini, beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan permohonan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.

"Permohonan-permohonan lain yang telah dikemukakan Datuk Rubin tadi, saya akan semak terlebih dahulu,” katanya di tapak program tersebut di Padang Pekan Kemabong.

K.K:-Untung sungguh rakyat Sarawak.Dapat lah mereka ni RM5.8 Juta untuk buat jalan dan rumah panjang.


Agak-agak dalam rumah panjang tu berapa ramai yang duduk agaknya?Dan jalan tu pulak berapa ramai yang guna agaknya?


Tapi PM dengan TPM lagi UNTUNG!Sewa rumah setahunje dah sampai berpuluh-puluh juta!itu baru dua orang je yang punya rumah tu!


Hehehehehehehehe.......

Provokasi!!!!!!!!

Bersih boleh menyebabkan pertumpahan darah


 



 


KUANTAN 30 Jun - Polis digesa mengambil tindakan menghalang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihak yang terbabit akan bertindak agresif hingga menimbulkan kekecohan dan pergaduhan dalam perhimpunan itu. - Utusan

K.K:-PROVOKASI?


Rakyat Malaysia jangan lupa!Menteri Besar inilah yang menghalakan PUNGGUNGNYA kepada orang ramai ketika PRK SANGGANG(sekarang KERDAU) selepas tahun 1999 dahulu.


Ingat lagi tak PROVOKASI tu?

Mazlan fitnah FELDA?????

Felda belanja RM3.5 bilion pinjaman KWSP

 

KUALA LUMPUR 30 Jun — Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbelanjaan itu adalah RM2 bilion untuk projek penanaman semula kelapa sawit dan RM1.5 bilion untuk memiliki saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn. Bhd.

"Saya mahu menjelaskan bahawa yang kita guna pinjaman itu baru RM3.5 bilion, pinjaman yang diluluskan ialah RM6.5 bilion. Sama ada kita buat keputusan untuk mengambil RM3 bilion lagi baki pinjaman itu akan diputuskan kemudian.

"Semasa kita membuat keputusan untuk meminjam, harga kelapa sawit tidak berapa tinggi nilainya, sekarang harga kelapa sawit dan getah sudah tinggi, jadi ada kemungkinan Felda akan mengkaji sama ada akan mengambil baki RM3 bilion pinjaman itu,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama


K.K:- Kalau sebelum dari ini Datuk Ahmad Maslan pernah menafikan yang FELDA mempunyai masalah kewangan yang kritikal.Tetapi sekarang dalam akhbar hari ini ada menyatakan yang beliau membuat penjelasan tentang jumlah dan kegunaan pinjaman yang telah dibuat oleh pihak FELDA dari KWSP.


Antara yang menjadi persoalan di kepala ramai orang(kalau yang ambil berat!) kenapa MENTERI yang seorang ini BeRBOHONG atau MENIPU tentang pinjaman yang telah dibuat ini?Apakah tujuan beliau berbuat begitu?Atas arahan siapakah beliau berbuat begitu?


Dalam Islam kalau berbohong itu berdosa hukumnya.Orang yang tak berapa pandai agama macam kami pun tahu benda ni.Tapi kenapa PIMPINAN negara yang dikira agak tinggi sanggup menipu RAKYAT?


Sebelum ini juga FELDA dikata amat kukuh dan berjaya.Kenapa mereka meminjam dari KWSP?Apa tujuan mereka berbuat demikian?Kalau duit atau kewangan FELDA kukuh,untuk apa mereka pinjam dari KWSP?


Sebelum ini Saudara Mazlan Aliman dikatakan membuat FITNAH tentang perkara ini.Sekarang adakah ianya masih dikira sebagai fitnah?Apa tindakan yang akan diambil?Adakah rakyat masih percaya yang Presiden ANAK itu menipu?

Adakah rakyat akan terus percaya kepada penipuan ATAS DARAT pemimpin seperti ini?Kalau pemimpin atas boleh buat macam ni,agak-agak pemimpin kerajaan yang kecil sikit di bawah ni tak buat ke?


Adakah ianya akan jelas kelihatan?????

Wednesday, June 29, 2011

Kerajaan Pulau Pinang JAHAT?????

Kerajaan Pulau Pinang nafi jual tanah wakaf Masjid Jalan Tengah


GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya menerusi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tanah wakaf Masjid Jalan Tengah, Jalan Burma di sini dan menjualnya kepada pihak ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim, berkata tanah masjid berkenaan di Lot 205 yang telah didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 5 Januari 1993 itu masih menjadi hak MAINPP.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan pihak tertentu... saya tegaskan tanah itu masih milik MAINPP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa "MPPP menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, mengundang kemarahan kariah masjid berkenaan". 


K.K:Kalau kena kat orang lain,laju je berita macam ni keluar.Kami pun takkan sokong orang yang buat salah.Tapi akhirnya ada clearance dari kerajaan negeri barulah hal ni tak jadi kecoh.


Baru-baru ni ada kes Jual Pasir kat Johor,kenapa berita tu sekejap je keluar?Tak ada keluar dalam TV pun rasanya.Kenapa?Pemimpin Johor buat semua betul ke?


Dah la jual air ke Singapore murah,beli semula jauh lebih mahal.Itu bukan kira tak berapa pandai ke?Ke itulah perancangan ekonomi yang terbaik?


Memang la kerajaan BN ni kalau diaorang buat semua betul belaka.Kalau orang lain buat semua salah memanjang.Tu belum kira tanah kat Iskandar lagi tu!


Tapi apa nak buat!MELAYU KAN MUDAH LUPA!

Pelik lah Muhyiddin ni!

Rakyat masih percaya kerajaan BN: Muhyiddin


WASHINGTON: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat percaya bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan tidak akan terjebak dengan perang psikologi pembangkang yang kononnya akan dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Itu perang psikologi mereka mulakan untuk membetulkan fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia main psikologi menang, sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melawat University Maryland di sini, hari ini. 

Muhyiddin yang berada di Washington bagi lawatan kerja empat hari bermula Ahad, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilaporkan berkata pembangkang boleh menawan 11 negeri pada pilihan raya umum akan datang. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO, berkata pembangkang boleh mendakwa mempunyai kemampuan untuk menang pada pilihan raya umum akan datang dan mendapat kerusi banyak tetapi yang membuat pilihan adalah rakyat. 

(Berita Penuh


K.K:-Dengan tarikh Perhimpunan BERSIH yang semakin dekat,banyak berita yang telah kita dengar dan lihat dalam media arus perdan milik BN.
 
Kata Muhyiddin,rakyat tetap sokong BN dan UMNO. Tapi kenapa pergerakan Himpunan Bersih seakan dihalang dan cuba digagalkan?Adakah mereka ini ada perkara yang ingin disembunyikan?

Biasanya,kalau lawan yang tidak seberapa kuat kita tidak akan gelabah sampai tahap PERANG PSIKOLOGI.Macam orang main bola,setakat jumpa dengan team yang lemah kita buat tak tahu je.

Cuba lawan ngan Liverpool ke,Manchester United ke,mesti pasukan kita GEMPAR lebih sikit tak????

Betul ke ni? 

Sebab apa?

Polis siasat PSM kerana cuba hidupkan fahaman komunis


KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) selepas dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini. 


"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. 

"Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong," katanya. 

(Berita Penuh)


K.K:-Kami ni bukanlah nak menyokong Fahaman Komunis ni.Sebabnya komunis tidak percaya kepada Tuhan dan Agama.Mintak jauh lah ye!


Tapi kenapa tangkapan yang agak besar dan pantas ini berlaku ketika hampirnya ketika himpunan BERSIH hendak diadakan?Adakah motif tangkapan ada kena-mengena dengan Himpunan BERSIH ini?


Ini kerana pimpinan parti PSM ni pastinya akan turut serta dalam Himpunan itu nanti.Mereka akan turut membawa penyokong mereka turut sama dalam perhimpunan itu.Jadi kalau pimpinan sudah ditangkap,mungkin kehadiran ahli PSM akan berkurangan.


Dalam undang-undang Malaysia,HAK dan PANDANGAN individu atau kumpulan seharusnya diberi perhatian.Kalau nak bercakap dan memberi pendapat pun tak boleh,mana pergi hak yang telah dijamin tersebut?


Manusia ni biasanya akan cuma bertindak kalau rasa kedudukan mereka tergugat.Adakah tindakan ini atas rasa tergugat atau benar-benar tentang keselamatan?


Kenapa masih belum ada tindakan terhadap mereka yang dituduh mencuri enjin JET dan menjualnya kepada negara luar?

Bukankah itu lebih merbahaya berbanding Himpunan bersih itu sendiri?

Ini yang rakyat dapat!!!!!

Transformasi Taman Tasik Perdana tingkat kualiti hidup rakyat: PM

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata proses transformasi Taman Tasik Perdana kepada Taman Botani Perdana adalah sebahagian projek Greater Kuala Lumpur yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat terutama di Lembah Klang.


Perdana Menteri berkata, usaha menaik taraf dan menjenamakan semula taman ini membuktikan komitmen kerajaan meningkatkan kualiti hidup warga kota supaya dapat menghirup udara lebih bersih di ibu kota. 
 
"Ini mesti menjadi usaha yang patut dilakukan kerana kita mahu memberi jaminan rakyat Malaysia dan keluarga dapat menikmati kualiti hidup sebaik mungkin," katanya berucap merasmikan penjenamaan semula Taman Tasik Perdana kepada Taman Botani Perdana sebentar tadi. 


 K.K:-Semalam dah keluar cerita pasal belanja yang dikeluarkan untuk maitainence rumah PM dan TPM secara purata dalam setahun.Ini pula berita pasal menaiktaraf Taman Tasik Perdana di tengah bandaraya Kuala Lumpur pulak.

Usaha dari pihak yang mahukan Taman seperti ini dinaiktaraf adalah sangat baik.agak-agak berapa belanja yang akan dikeluarkan dalam menaiktaraf Taman dalam Bandar ini agaknya?


Adakah ianya akan jadi seperti mana kerajaan membelanjakan sehingga RM40000 untuk sebuah laptop?Ataupun ianya akan sama mahal sepertimana yang dibelanjakan untuk membaiki rumah PM dan TPM setiap bulan?


Jadi beruntunglah rakyat Malaysia yang akan mempunyai taman yang dinaiktaraf untuk mereka berkongsi beramai-ramai,sedangkan pemimpin mereka membelanjakan duit berpuluh juta hanya untuk menyewa rumah Rasmi Kerajaan dan cuma diduduki oleh beberapa orang sahaja!

Tuesday, June 28, 2011

Seruan kerajaan:-UBAH GAYA HIDUP!

 
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.
 (Cerita lanjut di sini)


K.K:-Biasanya rakyat bawahan ni kalau beli rumah atau sewa rumah yang agak mahal,kurang dah masalah dalam rumah tu.Ini sampai berpuluh ribu RM baiki setiap bulan.Apa kejadahnya rosak sampai tahap banyak tu?

Sewa pulak dengan Perbadanan Putrajaya sampai berjuta-juta setahun.Apa rasionalnya perbelanjaan sebanyak itu untuk dua buah rumah sahaja?Agak-agak berapa banyak rumah rakyat biasa yang boleh dibina dan dijual dengan wang yang sebanyak itu dalam masa setahun?

Ramai anak-anak RAKYAT MALAYSIA tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran hanya kerana tidanya biasiswa dan perbelanjaan untuk menyambung pelajaran mereka.Tapi pimpinan negara nampaknya tidak mengambil hal itu dan mereka terus bermegah dengan berbelanja dengan jumlah yang cukup besar hanya untuk membayar sewa rumah dan membaiki rumah mereka setiap bulan.
Sungguh beruntung rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang SANGAT MENGUTAMAKAN rakyat bawahan mereka!

Tahniah rakyat MALAYSIA!


Mereka kata ubah gaya hidup ye?Kami kata,UBAH KERAJAAN!

Monday, June 27, 2011

Jahat sungguh Israel ni!!!!!!!

Israel ancaman wartawan sertai flotila Gaza

BAITULMAQDIS: Israel hari ini mengancam untuk mengharamkan wartawan antarabangsa sehingga sedekad daripada memasuki negara itu jika mereka menyertai flotila yang merancang melanggar sekatannya ke atas Semenanjung Gaza.

Amaran itu menunjukkan kebimbangan Israel terhadap flotila antarabangsa selepas setahun misi serupa berakhir dengan kematian sembilan aktivis Turki ditembak komando tentera laut rejim itu.
Tidak diketahui bila flotila kali ini akan belayar tetapi pihak penganjur membayangkan ia mungkin bermula minggu depan. 

(Berita Harian

K.K:Memang Israel ni JAHAT dan ZALIM.Semua orang Islam dan mungkin juga masysrakat dunia sudah tahu akan KEJAHATAN dan KEZALIMAN mereka ini.


Orang nak datang bagi bantuan pun tak boleh!JAHANAM ISRAEL!


Tapi agak-agak sebab apa Israel nak tahan orang yang nak datang hantar bantuan ni?Adakah mereka tidak suka kepada bantuan yang seperti ini?Atau adakah mereka tidak bersetuju dengan cara BANTUAN ini?Atau cuma mereka rasa merekalah yang berkuasa dalam DUNIA ini?Yang mana satu pilihan anda?


Jadi pada yang nak hantar bantuan tu,jangan mudah putus asa.Teruslah berusaha,jangan patah balik.Saudara seagama (bagi Islam) dan penduduk di sana amat memerlukan bantuan kita.


Tapi saya nak tanya 2 perkara pada wakil yang nak pergi tu:-
1.PERMIT dah mintak ke belum?


2.Pakai baju warna apa pergi sana?Kuning ke?


Heheheheheheheheheh!

Dah kena???

8 penyokong perhimpunan haram ditahan di Ampang

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang, di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata semua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini. 

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan berikutan itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi hari ini.

(Berita Harian)

K.K:-kemungkinan saya dan rakan-rakan akan turut bersama dalam Himpunan Bersih pada tarikh yang akan menjelang sikit hari lagi.Tapi mungkin pergi sebagai reporter tak bertauliah sahaja.Tapi mungkin juga tak pergi.Tengoklah macam mana.

Tapi apa yang dirancangkan adalah sesuatu yang besar dan mungkin lebih BESAR dari Bersih yang pertama.Bersih yang pertama dulu memang saya pergi.Itu pun dah kira besar dah.


Tapi kali ni saya rasa lain sikit.Liputan oleh Media Massa dan Media-media lain agak hebat!Mungkin perancangan dan Roadshow yang dibuat oleh Pimpinan PR boleh membawa perubahan dalam faktor kehadiran.


Kalau dilihat dari segi amaran,macam-macam arahan dari pihak keselamatan yang keluar.Tapi orang ramai yang buat tak tahu je.

Tapi diatas ni agak melucukan sebenarnya.Pakai baju BERSIH sebelum hari perhimpunan pun dah ada yang kena tangkap.Ini apa hal?Kata rakyat Malaysia dah mula menyokong BN?Jadi apa yang perlu dibimbangkan?Buat tak tahu aje lah!


Pada saya,ketegangan yang telah pun bermula akan membawa berbagai kesan semasa Himpunan BeRSIH itu nanti.Akan ada pulak Barisan PATRIOTIK dan barisan PERKASA.Makin hebatlah Himpunan tu nanti.kalu bagi kebenaran lagi ramai orang akan datang.


Dan pada hari tersebut,nak juga kita tengok pakaian yang berbagai warna.KUNING,MERAH,BIRU, KELABU  dan berbagai lagi!Heheheheheheh


Itu baru lah WARNA-WARNI MALAYSIA!!!!

Sunday, June 26, 2011

Tolak permohonan maaf menteri



ALOR SETAR - Keluarga bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, yang mendakwa diarah membotakkan kepalanya semasa menjalani latihan, menolak permohonan maaf oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam.

Bapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya.


“Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal.


“Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi.

“Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu,” katanya.

Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati.


(sumber dari sini

K.K:Kalau sebelum dari,ini banyak hal atau komplen pasal pimpinan PR dalam menyantuni atau melayan orang ramai samada dalam suasana biasa atau PRK.

Antaranya ialah kes Cikgu Normala semasa PRK di Johor bebaru ini.Macam-macam kata-kata yang dikeluarkan oleh Pimpinan BN terutama sekali dari orang yang bukan MUSLIM macam PIMPINAN MCA.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.


Sekarang ni pulak ada sorang lagi pemimpin bukan ISLAM yang tidak menghormati orang Melayu/Islam dalam hal diatas.


Ternyata pemimpin seperti ini tidak IKHLAS dan JUJUR dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak!Cukup tidak bersopan!

Dan dalam hal yang seperti ini,adakah orang Melayu akan diam sahaja?Mungkin juga.Sebab kita mungkin sudah ditakdirkan untuk berdian diri setiap kali bangsa kita dipermainkan oleh orang LAIN!

Teoh Beng Hock mati,semua orang cina marah.Sarbani meninggal,berapa orang yang pertikai?

Tak tau lah apa nak jadi dengan bangsa Melayu ni!

Saturday, June 25, 2011

Rakyat diminta berkorban????????

Rakyat diminta beli barangan Malaysia bantu ekonomi negara

SANDAKAN: Kerjasama dan peranan aktif rakyat diperlukan terhadap kempen Beli Barangan Malaysia bagi membantu mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata, kempen itu yang pada tahun lepas mencapai nilai jualan sebanyak RM26 juta merupakan satu daripada aktiviti nilai tambah yang mampu membantu merangsang ekonomi negara.



"Kita perlu sentiasa mempunyai persepsi positif bahawa jenama produk tempatan mempunyai kualiti yang setaraf atau lebih tinggi dari produk luar negara," katanya pada perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia peringkat negeri Sabah di sini, malam tadi.

Ismail Sabri berkata, ekonomi negara telah kembali pulih selepas mampu menangkis kelembapan ekonomi global, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus pada tahun lepas melepasi sasaran 7 peratus.


BERNAMA 

(Berita penuh di sini)

K.K:Bukan main lagi menteri yang seorang ini berkata-kata.peranan dan sumbangan aktif rakyat sentiasa diperlukan untuk memajukan negara yang tercinta ini.

Siapa yang biasanya digalakkan untuk membeli dan menyokong barangan buatan Malaysia?Rakyat yang sentiasa DIDAHULUKAN!Banyak alasan akan diberi bagi menyokong kempen kerajaan yang seperti ini.jadi rakyat dengan pebuh taat dan bangganya akan turut sama menyumbang dalam kempen CINTAI NEGARA seperti di atas.

Tapi bagaimana dengan pimpinan kita?Adakah mereka juga turut menyumbang dalam kempen seperti ini?Cuba bayangkan kalau seperti rumah Khir Toyo yang sedang dibicarakan sekarang.

Agak-agak dalam rumah dia yang harga berjuta-juta RM tu,berapa banyak perabut buatan Malaysia?Berapa helai baju yang dia pakai dibuat dan dikeluarkan di Malaysia?Kalau ada pun mungkin barang makanan aje dari Malaysianya!Itu belum kira lagi rumah menteri-menteri,TPM dan PM sendiri!

Cuba tengok di Jerantut ni pulak.Berapa banyak kenderaan buatan Malaysia yang digunakan oleh YB dan OKU(Orang Kuat UMNO)?AJK bahagian sendiri ramai yang pakai barang buatan luar.Jadi adakah kempen sebenarnya tidak berhasil?Adakah orang-orang seperti ini tidak CINTA KEPADA MALAYSIA?Jadi di mana rasa kasih dan cinta mereka kepada NEGARA?

Jadi orang miskin dan orang bawahan sajalah yang memperjuangkan barangan buatan Malaysia ni.Orang atas tak berapa ramai

Dan akhirnya,hati saya bertanya.Siapa yang sebenarnya cintakan tanah air?

Friday, June 17, 2011

Cerita kawan saya...............


 Pagi tadi saya berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang sahabat lama saya di Kg Simpang Tebing Tinggi.Dah lama juga tidak berjumpa,jadi banyak jugalah perkara yang dibualkan.Semua cerita keluar.Ada cerita pasal orang-orang yang dah tak ada.Cerita pasal orang ini yang baru bernikah,cerita pasal orang yang lain pulak dapat ahli keluarga baru dan macam-macam lagi.

Dan akhirnya kawan saya ini membuka cerita pasal tidak puas hatinya dia pasal kemajuan di kampung beliau. Aik?Ingat tak ada?Ada rupanya!

Kawan saya ini mengeluh pasal beberapa perkara.Antaranya ialah baris deretan KEDAI orang-orang kampung yang terletak betul-betul di Simpang Tebing Tinggi.Kedai yang ada sudah agak buruk dan tidak menarik.Keadaan itu dah macam HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.Itu kata dia lah,bukan kata saya!

Dia kata"Kawasan ni bukan duduk jauh kat dalam sana.Tepi jalan besar saja.Tapi kenapa macam tak ada perubahan langsung?"katanya.Dia ternyata tidak berpuashati tentang perkara ini.

Satu lagi yang menjadi sungutan beliau ni adalah pasal talian INTERNET.Katanya dia sudah lama memohon tapi sampai sekarang pun belum lagi diperolehi.Talian telefon sudah ada,tetapi sangat susah nak masuk talian internet.Saya pun naik heran kenapa!

Dia suruh saya bayangkan.Saya pun cubalah bayangkan!(Dah macam cerita filem pulak!)Kampung ini terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar JERANTUT.Tapi agak susah untuk mendapat kemudahan seperti di bandar?

Itu belum kira lagi jalan yang menuju ke perkampungan yang kedalam sikit macam Kg Sajang,Kg Batu 100 dan yang seangkatan dengannya.Dari dulu macam tu lah juga!(Marah betul dia ni!)

YB(Yang Bingai) pun dah lebih 2 penggal berkuasa di DUN ini.Sudah jadi Datuk pun dia tu!Tapi keadaan tetap tidak berubah.Tetap sama macam dahulukala,kata kawan saya ni.Dia kata,tak tau lah bila nak berubah.Mungkin tunggu YB mati baru nak dapat agaknya.(Kalau ada PRK lah maksudnya tu!)

Saya tak mahu lah komen banyak.Dia tak tau pun saya sokong mana.Jadi karang dia kata saya ni nak memandai-mandai pulak.

Tapi itu adalah serba sedikit pandangan orang yang tinggal di belah Jerantut Hilir sana.Ada orang kampung yang komplen,tapi tak ramai yang dengar.

Pada saya,saya tak boleh tak kata banyak.Saya tiak mengundi di sini.Kalau saya mengundi di sini memang saya takkan pangkah dah Yang Bingai tu.Nak memandai-mandai pasal kampung orang lain pun,tak berapa sesuai rasanya sebab saya tak duduk di situ.

Jadinya saya cuma boleh mendengar dan menulis tentang cerita orang kampung(Melayu/Islam) di sebelah sana.Apa-apa yang akan berlaku adalah tanggungjawab dan peranan YB tempat itu dan penduduk kampung sekitar itu sahaja.

Nak berubah ke,tidak ke adalah kuasa yang ada pada tangan mereka.Itu pun tak banyak,5 tahun sekali aje!

Thursday, June 16, 2011

Pandai ke Pandir Si Zahrain ni??????

Dewan Rakyat tolak usul bantah perhimpunan BERSIH

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan, kononnya bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengambil ketetapan untuk menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan Bersih itu dan akan sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

(Baca lanjut di sini)


KK:-Sejak dah jadi wakil BEBAS ni,semakin berani pulak Grup Petualang ni.Dengan ketuanya Presiden mereka Pak Berahim Al Kataki,dengan Timbalan mereka si Zul Kulim dan beberapa lagi orang kanan Konsensus Bebas ni.

Masa dulu takde pulak nak marah dengan pembangkang.Semua kira betul je.

Masa tu mungkin ikhlas berjuang,sekarang tidak lagi!(Bak kata Iklan sabun cuci dulu-dulu!)

Mungkin mereka ini adalah tergolong dalam mereka yang sentiasa kecewa dan tidak berpuashati dengan orang lain.

Sorang nya pernah di buang dari jadi Ketua Bahagian UMNO.Sorang lagi pernah ditolak permohonan Projek menggunakan lesen RM2.Dan seorang lagi mungkin frust sebab tak dapat perhatian yang secukupnya.

Tapi biasanya orang yang begini tak kemana perginya.Tengok sahaja dah banyak contoh yang berlaku.Mereka-mereka ini akhirnya tenggelam diatas JASA mereka sendiri.

Kita tunggu dan lihat sahaja!

Wednesday, June 15, 2011

Dengan kartun pun nak bergaduh.........

Kartunis saman polis, kerajaan kerana rampas bukunyaKUALA LUMPUR: Seorang kartunis hari ini memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain kerana menahan serta merampas 66 buku dan sebuah lukisan kartun miliknya.

Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan syarikat miliknya, Sepakat Efektif Sdn Bhd menamakan Asisten Superintendan (ASP) Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 September 2010, jam 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

(Cerita lanjut di sini)


KK:-Ini adalah salah satu keajaiban dan kesungguhan RAKYAT MALAYSIA di zaman yang serba maju dan canggih ini.

Polis di atas arahan kerajaan yang memerintah melakukan kerja dengan tegas dan penuh komitmen.

Cuba anda bayangkan yang POLIS sangat mempunyai masa untuk membaca dan mencari maklumat berkaitan dengan KARTUN yang dilukis oleh penyokong pembangkang.Kata mereka ada bahagian yang dilukis dalam buku ini bunyinya agak menghasut.Kalau tak percaya boleh baca laporan paper di atas sana.

saya bukan lah nak kata apa.Tapi nampaknya PDRM ni ada banyak masa nak kaji pasal buku KARTUN.dengan kadar JENAYAH yang makin meningkat,mereka lebih tertumpu pada menangkap penulis dan BUKU KARTUN???

Adakah mereka ini cuma jadi SURUHAN dan TALIBARUT KERAJAAN yang memerintah?Apa sahaja arahan dari kerajaan boleh mengenepikan permasalahan dan tugas sebenar mereka?

Yang mana lebih penting?Menjaga keselamtan RAKYAT TERBANYAK atau menjaga keselamatan KERAJAAN yang memerintah?

Ada orang tahu ke jawapan dia?

Ulamak Bakal CALON UMNO DUN Tahan??????

Dua-tiga hari ini ramai pimpinan UMNO yang mempersoalkan kemana arah tujuan PAS selepas ini.Ini adalah berikutan terdapatnya perubahan dalam ORGANISASI PAS peringkat Pusat.Ramai yang mengatakan bahawa GOLONGAN ULAMAK telah ditolak dan GOLONGAN PROFESIONAL sekarang telah menguasai PARTI dan kepimpinannya.

Sebenarnya kenapa ramai AHLI dan PIMPINAN UMNO yang berbunyi seolah-olah mereka ini berada dalam PAS?Seolah-olah mereka ini sangat sayangkan GOLONGAN ULAMAK dan orang yang berlatarbelakangkan agama?

Mungkin lepas ini akan ada lebih ramai GOLONGAN ULAMAK dalam UMNO.Sehinggakan ada berita dalam akhbar ARUS PERDANA menyarankan supaya Ustaz Nasaruddin Mat Isa masuk UMNO dan menubuhkan sayap ULAMAK dalam UMNO.

Adakah ini bermakna UMNO masih kurang mereka yang berpengetahuan agama dalam Partinya?Adakah mereka masih memerlukan Ustaz-ustaz dari PAS itu sendiri?Ini bahaya lah untuk PAS kalau betul berlaku!

Tapi dulu ada seorang INSAN yang bernama Nakhaie Ahmad dibawa masuk ke dalam UMNO.Beliau pada ketika itu adalah NAIB PRESIDEN PAS.Dan akhirnya apa yang terjadi kepada beliau?Beliau ditugaskan di JAKIM.Dan akhirnya beliau dianugerahkan gelaran Datuk dan tidak terlibat sedikit pun dalam UMNO itu sendiri secara langsung.

Jadi disini saya melihat bahawa orang yang berlatar belakang kan agama itu kurang atau tidak penting pun dalam UMNO.Mungkin mereka ini akan ditugaskan membaca doa dan membawa tahlil dalam majlis tertentu.Dan mungkin setakat itu sahaja TUGAS mereka!

Tahun 2004,Bekas Qadhi Jerantut dipilih menentang Almarhum Cik Malik.Beliau menang dengan majoriti selesa.Tapi itulah sekali orang AGAMA dipilih.Selepas itu?Tidak ada kali keduanya buat mereka di Jerantut ini.

Tapi baru-baru ini,ada khabar yang mengatakan seorang lagi Ustaz atau yang berlatarbelakang kan AGAMA akan dipilih menjadi CALON UMNO DUN TAHAN.Betul ke?Untung lah orang DUN TAHAN,dapat Ustaz pulak sebagai bakal YB demenya.

Dan saya sebagai pengundi di DUN TAHAN ingin mengucapkan TAHNIAH kepada USTAZ tersebut diatas pemilihan beliau sebagai salah seorang bakal CALON BN di DUN TAHAN.Semoga USTAZ berjaya di dunia dan akhirat!

Kita tengok pulak sejauh mana pergerakan USTAZ yang seorang ini di dalam UMNO Jerantut!

Heheheheheheh!

Tuesday, June 7, 2011

Kena akui bahawa telahan PR tidak TEPAT!!!!!!


Beberapa minggu yang lepas,ramai pemimpin dan pengikut PR membuat telahan yang harga minyak RON95 akan naik pada bulan Jun ini.Ramai yang berkata demikian kerana telah berlaku beberapa kali kenaikan harga RON97 bermula dari awal tahun lagi.Ternyata mereka SILAP!

Minyak RON95 tidak naik!

Tapi kadar elektrik yang NAIK!

Tahniah kepada kerajaan BN kerana tidak mengikut telahan dari pihak PR.Mereka tidak menaikkan harga RON95 tetapi menaikkan TARFIF ELEKTRIK.Memang kerajaan BN amat STRATEGIS!

Kalau sebelum ni,ramai rakan dari BN yang mengatakan mereka tidak pakai RON97.Jadi mereka tidak kisah akan kenaikan harga minyak tersebut.Mereka siap kata orang PAS ni kaya sebab pakai RON97.

Sekarang tarif elektrik sudah naik.Siapa yang tak pakai ELEKTRIK?Orang bandar,orang kampung,orang kaya,orang miskin,orang FELDA,orang kampung tradisional dan lain-lain semua pakai elektrik.Jadi sekarang siapa yang terkecuali?

Mungkin lepas ni kena ada pulak kelas elektrik.Kalau naik pun mungkin ELEK97 je,ELEK95 tak naik.Baru lah ada nampak prihatin kepada rakyat.Kalau orang miskin mungkin boleh pakai ELEK95,tak mahal sangat.

Bukan saya nak kata apa.Kalau ahli UMNO dan BN ada ke yang dapat diskaun kalau harga elektrik naik macam ni?Semua orang akan kena,tak kira penyokong BN ataupun PR!

Jadi siapa yang untung????