Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, December 18, 2010

Kg Kuala Sat..............

Mohon ganti masjid uzur, rosak

JERANTUT 15 Dis. - Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Masjid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai Tembeling itu sudah mengalami kerosakan di bahagian dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor.

Selain itu, ketiadaan ruang memasak, tempat mengambil wuduk dan tandas rosak menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para jemaah dan musafir yang singgah di situ.

Kedudukan masjid itu juga sesak apabila berdekatan dengan kedai runcit, bangunan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Asrama Desa Sekolah kebangsaan (SK) Kuala Sat mengundang persekitaran yang kurang ceria.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, rumah ibadat itu dikelilingi semak-samun, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran yang kotor dan berbau busuk.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kuala pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian.

(Berita lanjut di sini)

Kami kata:-Ini berita yang saya baca dalam akhbar harian,Utusan Malaysia.Hari tu keluar cerita tentang sampah di bandar Jerantut.Kali ni pulak tentang masjid Kg Kuala Sat yang semakin uzur dan BELUM mendapat perhatian dari pihak yang terbabit.Terima kasih kepada WAKIL PEMUDA PAS disana,Saudara Amran.

Sekarang ada sebuah masjid yang perlukan pembelaan dari orang yang berkenaan.Kita tengok siapa yang paling cepat bagi bantuan!Dun Tahan kan ada jawatankuasa bertindak!

3 comments:

chenerong ular said...

Salam N9, jangan risau beritau penduduk kuala sat?, nanti WZWH akan luluskan peruntukan juta juta untuk bina mesjid tersebut, DSN dah beri lampu hijau , wookahkahkah.........

N9 TAHAN said...

Berapa juta pulak kali ni? Hehehehehehehe

Anonymous said...

Dun Tahan akan merebut peluang untuk mendapatkan juta juta tu. Bukan untuk membangunkan kawasan tersebut tapi untuk mendapatkan kontrek di kawsan tersebut aje huhu.