Tengahari tadi saya menghantar teman ke stesyen keretapi Jerantut.Kawan ni nak balik ke Kelantan.Sambil menunggu keretapi,sempat juga saya menjamu selera makan sarapan + tengahari (BRUNCH-kata orang la!) yang sangat menyelerakan.
Dan semasa berbual bersama rakan saya itu,saya mendapat ilham berkenaan dengan keretapi ni.Cuba perhati dan amati gambar di bawah.....
Pada ketika ini keretapi belum sampai.Nampaknya hari ni tidak ramai orang yang menunggu, mungkin mereka masih mampu menaiki kenderaan sendiri dan mengisi RON 97 dan 95 yang telah naik harga baru-baru ni.Masing-masing dengan hal dan PERANCANGAN masing-masing.Dan setelah beberapa lama........
Apabila tibanya keretapi yang ditunggu,semua individu tersebut naiklah keretapi(termasuk kawan PENULIS) dan meneruskan tujuan ke DESTINASI masing-masing.
Ini bukan cerita pasal keretapi sebenarnya.Tapi saya ingin merujuk kepada TULISAN orang CERDIK PANDAI JERANTUT iaitu WZWH yang telah diangkat oleh SPU (baca sini)dalam blognya hari ini.
Cerita tentang Jerantut yang perlu seorang SENATOR bagi menambahkan kemajuan di PARLIMEN Jerantut ini.Kalau tengok sejarahnya,Jerantut pernah ada Menteri,Timb. Menteri dan EXCO kerajaan negeri.Tapi perubahan bandar kecil ini adalah lebih lembab dari Temerloh dan Mentakab(cuma membuat BEBERAPA perbandingan).Agak-agaknya apa pula yang boleh dibuat oleh BAKAL SENATOR tersebut????
Yang boleh kata kat sini,ini mungkin perancangan halus bagi melepaskan PUCUK MASING-MASING!Apabila GILIRAN orang yang menunggu sampai,maka BERLEPASLAH dia dengan KERETAPI yang ditunggunya.Dan orang yang lain pulak terus menunggu KERETAPI dengan ARAH lain pulak TIBA.
Kalau nama-nama yang di calonkan dalam BLOG WZWH telah naik keretapi SENATOR ini,maka akan tinggallah ORANG LAIN yang mungkin naik KERETAPI CALON AHLI PARLIMEN pulak!Siapa agaknya nama orang menunggu KERETAPI AHLI PARLIMEN tu agaknya?Bos dia kah?Sedara-mara dia kah?
Dan ini saya kira cumalah satu cara untuk MENGUSIR dengan TERHORMAT CALON-CALON RECYCLE yang pernah dicadangkan sebagai bakal CALON AHLI PARLIMEN JERANTUT.Jadi,takkan GENG-GENG RECYCLE ni tak perasan kut?
Memang WZWH ni BIJAK ORANGNYA!Bijak,bijak.Heheheheheheh
3 comments:
Haha, cantik tu. Apa dia boleh buat? Dulu masa jadi YB pun dia tak buat apa-apa melainkan untuk diri sendiri saja. Melepaskan pucu masing2, ayat yang baik dan tepat sekali.
Salam.Kalau bagi ke YB PAS boleh berubah ke jerantut ni?
Belum cuba belum tahu.Cubalah lah sekali.
Post a Comment