Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Monday, December 6, 2010

Jerantut di mata DUNIA!

Sampah sarap cemari Bandar Baru Inderapura

JERANTUT 5 Dis. - Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir individu membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan berlaku pencemaran bau di Bandar Baru Inderapura di sini.


Tinjauan Utusan Malaysia semalam di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu mendapati banyak tempat pembuangan sampah haram wujud terutama berdekatan dengan kedai makan, pusat beli-belah dan rumah kongsi pekerja binaan.


Pelbagai program dan kempen kebersihan dilaksanakan pihak berkuasa tetapi hanya sia-sia kerana belum ada perubahan sikap di kalangan pemilik premis dan orang ramai.


Lebih menyedihkan apabila ada individu yang berani mencabar peraturan penguatkuasaan dengan melonggokkan sampah walaupun Majlis Daerah Jerantut (MDJ) meletakkan papan tanda larangan dan amaran denda.


Seorang penduduk, Muhamad Razman Sidek, 39, berkata, dia kesal dengan senario itu kerana masyarakat sepatutnya lebih peka terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar terutama di bandar Jerantut yang berstatus Bandar Taman Negara.

Berita penuh di sini....


Tuan tanah:-Mula-mula baca berita ni,ingatkan KEBAIKAN yang dibicarakan.Rupa-rupanya benda lain!


Cerita tentang BANDAR KOTOR ni dah banyak kali dikeluarkan oleh Blogger Tempatan(bukan picisan) seperti SPU.Tapi nampaknya macam tak ada tindakan dan kesudahan.


Bagaimana kita ingin berbangga dengan TAMAN NEGARA sedangkan GATEWAY ke Taman Negara itu sendiri kotor dan tidak terurus.Ini bukan kata saya,ini kata orang yang pernah berkunjung ke sini.


Jadi apa tindakan?Ke nak tunggu KUCING TUMBUH TANDUK baru nak bertindak?????

3 comments:

sembang kedai kopi said...

Salam.Nak buat macam mana memang bangsa malaysia pengotor.Haprak

N9 TAHAN said...

Salam kembali SKK.itulah yang payahnya.Kalau orang kata kita ni tak senonoh,mesti kita marah.Tapi nampaknya orang Jerantut ni tak malu kalau Bandarnya dikatakan KOTOR!Saya sangat sedih dengan aggapan yang demikian,nak pulak orang yang berkunjung ke sini.

Anonymous said...

isu sampah ni tak habis habis dimana mana. Jerantut setelah menerima perubahan pesat, terutama setelan BN merampas kembali DUN Tahan begitu rancak membangun. Apabila pembangunan banyak, sampah pun banyak. Namun mengapa pihak majlis tempatan semasa perancangan pembangunan bandar tidak memikirkan masalah sampah ni. Alam Flora yang diberi tanggungjawab tidak dapat menampung keperluan membuang sampah. Tak de kah jalan positif dari pihak politik pemerintah dan majlis tempatan...???