Sedang saya membaca beberapa blog yang saya kira dari Jerantut,saya terjumpa dengan blog yang baru hari ini di utarakan.Nampaknya makin ramai orang Jerantut celik IT.Minta pada saudara SPU untuk link kan blog ini.Terima kasih.
Tanah di jerantut sama di sabah???
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Satu rombongan rakyat pedalaman Sabah hari ini mengadu kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung rampasan tanah mereka oleh kerajaan negeri.
Mereka yang terdiri dari 25 orang, hadir ke parlimen dan turut menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS itu.
Turut serta bersama mereka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS, Mazlan Aliman.
Pada sidang media sebelum itu, Hamzah yang mengetuai rombongan itu memberitahu, tanah tersebut diteroka oleh masyarakat peribumi Sabah seawal pemerintahan Usno lagi.
Mereka juga memohon tanah itu dan membayar premium, namun sehingga sekarang katanya tiada jawapan.
"Apabila BN di bawah Musa Aman mengambil alih pemerintahan negeri, jabatan hutan bertindak membakar rumah masyarakat peribumi.
(cerita lanjut IDEA KITA)
Kami kata:-benarkah apa yang di katakan oleh Penulis ini?Siapakah yang terlibat dalam perancangan ini?Orang Melayukah dia?????
16 comments:
Apa yang saya perlu tanya adalah, benarkah warga-warga pribumi ini adalah warga Sabah yang tulen dan bukan pendatang haram?
Mereka ada dokumen pengenalan diri yang sah dan dokumen yang menunjukkan bahawa tanah itu kepunyaan mereka?
salam.. teman dah link kan blog ni di Aku Budak Balun!
Allahuakbar!
hal ini perlu disiasat bagi memastikan kesahihannya.
mungkin yang membuat aduan adalah kumpulan PATI yang rumah mereka dibakar dan dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam usaha kerajaan membawa keluar semua PATI dari Sabah. kemudian PAS mengambil kesempatan ini kononnya pribumi sabah dihalau, rumah dibakar sedangan yang terlibat adalah pendatang tanpa izin..
Saya setuju supaya segala bentuk siasatan.Jangan cuma mendapat ilham dari khabar angin sahaja.Jadi,pihak yang berwajib,tunggu apa lagi?
Aku Budak Balun,terima kasih.Allahuakbar!
Perkara ni harus disiasat dan jika terbukti dakwaan penduduk benar, kembalikanlah hak mereka.
Sebagai pemerhati luar tak boleh jugalah kita terus buat kesimpulan. setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya...Jadi berilah ruang utk hal ni disiasat.
Agak kesian nasib penduduk yang terlibat... Cuma yang tak best ialah perkara ni sampai ke tangan ahli politik. Jadi tak mustahil perkara ni akan dipolitikkan.
huhuhu.. harap hal ni bukan gimik politik lagi!
Apapun saya tetap berharap agar hal ni dapat ditanggani dengan baik.
Itulah cara yang terbaik........
tanganilah hal ini.
Sukar untuk dipercayai, kerana warga PATI yang berada di sabah sangat ramai malah, ramai dari kalangan mereka yang sudah lama tinggal di negeri ini juga telah menyerupai masyarakat pribumi, dari pertuturan dan perwatakan mereka juga seolah-olah masyarakat pribumi. Apapun siasatan sepatutnya dijalankan terlebih dahulu.
Mustahil Jabatan Hutan menjalankan tugas tanpa memastikan perkara sebenar. Bertindak sehingga membakar rumah itu tidak logik.
apa yang berlaku? benarkah apa yang telah dikhabarkan? Kajian terperinci adalah diperlukan.
Post a Comment