Assalamualaikum.
Dah lama saya tak menulis.Maaf,sibuk dengan urusan anak yang masuk meneruskan persekolahan pada awal tahun ni.Jadi kurang masa untuk berjalan-jalan dan menulis.Tapi sejak 2,3 hari kebelakangan ni,saya tersedar satu perkara.
Sudah masuk 2 minggu saya pergi ke kedai-kedai runcit untuk membeli minyak.(kadang-kadang tak sempat simpan stok!)Tapi baru sekali sahaja saya berjumpa dengan kedai yang ada menyimpan stok minyak masak dalam paket.Jadi saya kena juga beli minyak masak dalam botol yang harganya agak mahal.
Dan sekarang baru saya sedar.Minyak masak mungkin akan sampai tahap macam EMAS.Bukan mahalnya tu,tapi susah nak dapat!Itu di Jerantut.Tempat lain saya kurang tahu.Saya sebagai orang yang berpendapatan sederhana sebenarnya agak terasa apabila bekalan bahan makanan atau masakan berkurangan.Dan budget saya akan 'LARI' kalau asyik ulang beli minyak dalam BOTOL ni.Orang lain saya tak tahulah.Mungkin dapat diskaun bila beli minyak dalam botol agaknya.
Yang menjadi kehairanan saya ialah,kita antara adalah negara pengeluar terBESAR minyak sawit.Tapi kenapa bekalan susah nak dapat?Mungkin sebab saya orang kecil.Kalau ORANG BESAR atau ada kaitan dengan orang besar mungkin lebih senang nak dapat.Macam permit MELOMBONG BIJIH di belah Kg Baru sana tu.Dengar ceritanya ada sedara-mara BEKAS ORANG BESAR yang dapat permit!YE KE? Untunglah dia!
Balik semula pada minyak masak.Dalam Jerantut banyak rancangan FELDA dan tanah persendirian yang tanam sawit.Dalam Pahang ni lagi banyak.Ada juga Yang Boroi dapat tanah pun tanam sawit juga.Kenapa tak cukup lagi agaknya????
Mungkin minyak sawit nak jadi macam GULA.Mula-mula banyak,lepas tu sikit.Last sekali NAIK HARGA!Manalah tau kan!!!!!!!
Tapi kita tak perlu bimbang.Bukankah kita ini RAKYAT MALAYSIA yang mana KITA DIDAHULUKAN!
No comments:
Post a Comment