Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, August 24, 2010

Wanita Pejuang?


Dari pembacaan kami dalam 2,3 hari ini,kewujudan Blog-blog yang membawa dan memperjuangkan mesej politik makin bertambah.Tak kiralah dari belah Pro-Kerajaan atau Pro-Pembangkang.Ada yang melihat perkembangan ini sihat dan tak kurang ada yang melihat kewujudan mereka ini bakal mengganggu-gugat kedudukan sesetengah pihak dalam arena politik di Jerantut ni.Salah satu Blog(YANG MUNGKIN DIANGGAP PICISAN OLEH SESETENGAH PIHAK!) ialah ORANGBUKANORANG.

Isu yang diketengahkan adalah menarik dan dapat membuka mata sesetengah orang(walaupun bukan semua!)Yang penting suara rakyat bawahan bakal menjadi lebih besar dan makin didengari hendaknya.

Dalam posting terbarunya,penulis menceritakan tentang bagaimana SEGEROMBOLAN Wanita UMNO bahagian Jerantut sedang merancang beberapa plot yang mungkin dirasakan bijak dalam menentukan GOLONGAN mereka terus berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan BAHAGIAN yang paling PANAS ini.

Dari isi yang diutarakan,nyatalah GOLONGAN wanita ini tidak langsung memperjuangkan hak dan kepentingan orang setempat sahaja.Mereka cuma mementingkan mengisi dan MENGENYANGKAN(BBrruuppp!) tembolok mereka sahaja.Jadi apa lagi yang tinggal untuk orang Jerantut?

Nampaknya mereka benar-benar menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka untuk MENGAUT dan MEMPEROLEH apa yang mereka mahu.Apa yang menjadi tumpuan mereka adalah terus memberi kelebihan kepada kaum kerabat mereka sahaja!

Jadi di sini,kami ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk dan pengundi dalam Jerantut!
Untuk kesekian kalinya,anda telah dan akan terus DITIPU!TAHNIAH!

No comments: