Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, August 18, 2010

Cerita apakah ini?????

Musang hitam pudar dikesan di kawasan konsesi balak


P/S:-Gambar ni cerita musang berjanggut.Tiada kena-mengena dengan artikel!Heheheheheh!


KUCHING 18
Ogos - Musang hitam pudar, antara haiwan karnivor yang paling sukar ditemui di dunia, telah dikesan di sebuah kawasan konsesi balak di Baram, Sarawak.

Pengarah Program Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr.Melvin T. Gumal berkata, lebih 10 imej haiwan itu dirakam kamera bersembunyi yang dipasang di Unit Pengurusan Hutan Selaan-Linau (FMU) sejak 2004.


"Musang pudar hitam adalah haiwan yang amat sukar ditemui. Haiwan karnivor kecil ini juga ditemui di Brunei dan Sabah. Tapi, jumlah yang direkodkan tidaklah sebanyak yang ditemui di kawasan tanah tinggi Sarawak. Mungkin hanya dua atau tiga sahaja (di Brunei dan Sabah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sepanjang menjalalankan kaji selidik di kawasan Baram Atas sejak 2004 bagi memantau haiwan itu yang wujud di kawasan konsesi balak dikenali sebagai Selaan-Linau FMU, WCS Malaysia telah menemui 14 spesies, termasuk musang pudar hitam.


Musang ini berwarna coklat pekat di bahagian belakang dan berwarna putih di bahagian bawah tubuhnya. Sebahagian tapak kakinya pula ditumbuhi bulu. - Bernama


Kami kata:-Maaf,sudah lama tidak menulis.Editor ke LUAR NEGERI.Pegi Selangor je,bukan UK ke US ke!Cerita tentang MUSANG ni menarik perhatian.Rupanya banyak juga jenis MUSANG ni!Duduk pulak kat kawasan KONSESI BALAK.Memang istimewa MUSANG jenis ni.


Mungkin ramai yang tidak tahu,sebenarnya di kawasan Parlimen Jerantut ni ada juga musang jenis ni.Tapi ada yang kurus,ada yang gemuk.Memang kerja dia duduk di kawasan konsesi balak je.Sebab apa?Dia minat agaknya kat kawasan balak ni!


Jadi,kami rasa elok juga dibuat kajian dekat area Jerantut ni.Mana lah tahu?Jumpa pulak spesis MUSANG BARU yang suka duduk di area KONSESI BALAK!Kan ke boleh jadi cerita hangat tu!SELAMAT MEMBURU!

No comments: