BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.
"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.
Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.
Justeru, katanya, tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.
Beliau berkata memang sepatutnya sebagai Ketua Agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.
Dr Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.
Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.
ULASAN :Terlebih dahulu Dato' Abdullah Md Zin menasihati perempuan yang dalam gambar tengah berucap tu...Jambul dia tu bukan aurat ke ? sebab dia orang islam sama seperti Dato' juga,...kenapa ? Tak berani nak tegur ke? sama-samalah kita doa semoga allah beri hidayah kepadanya...:)
Dipetik dari http://fadhlibrahim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment