Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, August 26, 2010

Cerita pasal DOA....

UMNO Pulau Pinang nafi politikkan isu




BAGAN DATOH - Mereka yang mendakwa UMNO Pulau Pinang sengaja membuat fitnah kerana terdesak dalam keadaan politik di Pulau Pinang berhubung isu khutbah perlu menarik balik tuduhan berkenaan, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, UMNO Pulau :Pinang tidak pernah berhasrat mempolitikkan hal ehwal agama di Pulau Pinang.

“Penafian yang dibuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditempelak oleh siri laporan polis sebagaimana yang dicabar Timbalan Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman dan juga Exco Agama Islam Pulau Pinang, Malek Kassim,” katanya .kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Raja Dihilir Perak, di Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Nipah Darat di sini, malam semalam.

Menurutnya, beliau tidak pernah berniat menuduh Pas menjadi dalang kes berkenaan walaupun khatib yang membaca khutbah iaitu Zakaria Ahmad adalah adik Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.

Kami kata:-Sebenarnya hal ni boleh kata dah agak lama berlaku.Tapi kalau hal-hal berdoa dan beramal ibadat ni memang selalu menjadi pertikaian sesetengah orang Islam dan juga orang bukan Islam.

Kami juga ada terbaca dalam Blog Rakan DPP Jerantut tentang hal ni.Moga hal ini cepat selesai dan kita akan terus beribadat dengan tenang dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Lagi pula kita sudah semakin hampir ke penghujungnya!

No comments: