Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, August 10, 2010

Dia buat lagi........

Telah beberapa tahun PRU12 berlalu di negara kita ini.Macam-macam yang telah kita dengar sebelum dan semasa PRU tersebut berlangsung.Macam-macam janji yang telah ditabur,berbagai sumpah yang kita dah dengar.Dan akhirnya pilihanraya pun berlalu dan pemenang semua telah diketahui.

Mana yang menang pun terus melaksanakan segala janji yang ditabur.Banyaklah jalan baru yang dibina,tar baru yang diturap dan pembangunan lain yang berjalan.Ada juga pusat kegiatan sukan dan Gelanggang Futsal seperti yang terdapat di FELDA Padang Piol.Memang bertuah sekali orang dalam DUN Tahan ni!

Dan banyak juga cerita tentang Yang Boroi telah dapat didengar oleh orang ramai.Ada cerita tambah CAWANGAN(budak abis sekolah),ada cerita tambah HARTANAH,ada cerita handphone berbunyi masa tengah bercakap dan macam-macam lagi la.Itu belum kira lagi cerita pasal Kelulusan Tinggi dari luar negara!Lagi ada macam-macam versi(episode).

Dan yang terbaru,N9 mendapat cerita tentang sebidang tanah yang menjadi tumpuan SESEORANG yang berkuasa.Dengar ceritanya tanah ini terletaksudah hampir di hujung jajahan DUN TAHAN.Ala,tanah yang nak menghala ke Lipis sana!

Keluasan tanah ini adalah lebih kurang 95 ekar.(LUAS TU!)Kawasan tanah ini diberitakan sedang dibersihkan untuk diusahakan oleh orang TERTENTU.Tanah ini dengar ceritanya dimiliki oleh atau atas nama Isteri PEMBESAR ini dan seorang TOKEY Cina dari Mentakab(Bukan nama sebenar!)Ianya adalah mendapat berkenan dari orang yang berpengaruh dan berkuasa di sebelah sana.

Khabar ini adalah dari sumber yang boleh dipercayai,dan sumber itu adalah dari kalangan penduduk dan pengundi DUN TAHAN juga.Jadi kita nantikan,apakah tindakan yang akan diambil.Adakah cerita ini benar atau sebaliknya.Bukan apa,takut nanti ada pulak yang buat report polis,payah juga nak buat siasatan ni!

1 comment:

Anonymous said...

ishk dia buat lagih? nampaknya dia ni tak reti betul. Hantu tanah nih memang ganas... Pejabat tanah tu dah tak boleh kawal lagi. Woiit... pejabat tanah Hang Checklah apa stori nih orang fdah gempar orang cina guna pembesar melayu lanyak tanah nih.