Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Friday, August 20, 2010

Suara dari Ulu Tembeling........




Ini saya CNP dari blog uragdrrulug




Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur....Menggunakan kata-kata Arwah Abang Hashim Manggi ketika berucap dlm Ucapan Penangguhan Dlm Persidangan Umno Bahagian Jerantut lebih kurang 10 tahun yang lepas " Inilah golongan pemimpin yang menjadi "PENGKHIANAT" kepada kami penduduk Ulu Tembeling.Hasil hutan dipunggah dengan rakusnya manakala kami dibiarkan dalam kedaifan. Kuala Aur,Cheneh dah jadi padang jarak padang tekukur...... Imbuhan kepada semua JKKK hanya 2 atau 3 orang yang kenyang. Orang kampung telan air liur.. yang mengaku jadi PEMIMPIN.... Gun Semua fikir-fikirkan.....


Ini adalah suara sebahagian (KECIL ATAU BESAR,itu tidak penting!) penduduk yang menetap dan tentu sekali mengundi dalam kawasan DUN N9 TAHAN dalam Parlimen Jerantut.

Kalau dilihat pada penulisan pembaca ini,jelas dinyatakan bahawa usaha MEMUNGGAH dan MELICINKAN KHAZANAH yang terdapat dalam hutan Hulu Tembeling telah lama berlaku.Ramai penduduk telah menyaksikan yang kawasan KAMPUNG dan HUTAN mereka telah diteroka dengan sewenang-wenangnya cuma untuk sesetengah pihak terus memperolehi kekayaan.

Dun ini dulu pernah dimenangi (kalaupun tidak dikuasai)oleh PAS.Kami mengenali ADUN dari Pas itu dan kami kenal keluarganya.Allahyarham tidak mempunyai harta yang dikira luar JANGKAUAN.Cuma cukup dengan apa yang ada.

Tapi melihat kepada keadaan sekarang,mereka yang dikira BERKUASA di sini pada ketika ini mengumpul kekayaan yang AGAK LUARBIASA.tapi tidak hairan lah kalau YB itu dari BN.Dahulu orang kampung seperti di Bantal,Gusai dan Mat Daling mungkin tidak akan bertanya.Dari mana YB dapat duit banyak?Macam mana dia boleh jadi kaya?

Tapi sekarang mungkin sudah sedikit berbeza.Ramai orang kampung marah dengan tindakan yang kadang kala dilihat tidak COCOK DIMATA mereka.Tapi adakah PILIHAN orang sebelah HULU TEMBELING akan berubah?Itu kami kurang pasti.Kita TUNGGU dan LIHAT sahaja!

No comments: