NGO mahu PDRM diberi nafas baru
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri wajar mengkaji semula penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan organisasi pasukan keselamatan itu mendapat nafas baru bawah pentadbir muda.
Sehubungan itu, pandangan segelintir wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini meminta kementerian itu supaya menyambung semula kontrak Musa adalah cadangan yang dangkal dan tidak masuk akal.
Setiausaha Agung Persatuan Teater Klasik Perak (PTKP), Kamarul Airi Arifin berkata, seharusnya pendapat dari kebanyakan wakil NGO lebih seimbang dan tidak berpihak kepada mana-mana individu atau organisasi bagi mengelak wujud unsur kurang sihat.(Cerita lanjut di sini)
Kami kata:-Rasanya KPN kali ni banyak sangat keistimewaannya.Sudah beberapa kali khidmatnya disambung setelah sampai waktu dia berpencen.Kami tak tahu kenapa,tapi seolah-olah KPN yang satu ini adalah INSAN yang sangat ISTIMEWA kepada KERAjaan yang memerintah hari ini.
Adakah mungkin JASA yang dicurahkan kepada KERAjaan hari ini adalah sangat besar dan tidak akan terbalas dengan penghargaan biasa?Ataupun beliau ini adalah seorang yang SANGAT mulia dan tidak boleh ditandingi oleh insan lain?Ataupu beliau ini adalah SEORANG yang cukup CEKAP membantu dalam segala PERANCANGAN Kerajaan UMNO BN bagi memastikan mereka semua terus berkuasa?
Mungkin jawapan terakhir itulah yang SEBENARNYA!Dan mungkin juga MALAYSIA ini sudah tidak ada orang yang LEBIH SESUAI menjadi KPN selagi Musa Hassan masih BERNAFAS!
No comments:
Post a Comment