Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, June 30, 2010

Apa cerita???

Penduduk tuntut janji pilihan raya

FELDA SUNGAI RETANG – Penduduk Felda Sungai Retang menuntut janji diberikan untuk pembinaan sebuah dewan orang ramai jenis A dan sebuah gelanggang futsal, seperti diluluskan pada 2007 iaitu sebelum pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Retang, Suran Jaffar berkata, dewan orang ramai jenis A dengan kos RM600,00 dibina di sebuah Felda berdekatan, manakala gelanggang futsal dengan kos RM400,000 yang seharusnya dibina di Sungai Retang, juga dibina di Felda berdekatan itu.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa kelulusan dan janji diberikan terdahulu tidak ditunaikan, menyebabkan kemudahan yang sepatutnya diterima penduduk Sungai Retang, yang turut boleh dikongsi oleh sembilan kampung tradisional berdekatan lainnya, gagal diperoleh.

“Saya kecewa dan dukacita apabila dimaklumkan kedua-dua kemudahan itu dibina bukan di Felda Sungai Retang, sedangkan Sungai Retang turut meminta dan ada hak kepada kemudahan berkenaan untuk manfaat bukan sahaja warga Feldanya, malahan kampung tradisi berhampiran.

“Apa yang berlaku juga menyebabkan penduduk mula hilang percaya kepada kepimpinan, kerana janji diberikan tidak ditunaikan menyebabkan harapan penduduk untuk mendapat kemudahan itu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Suran yang juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Retang berkata, kini keluhan penduduk terhadap keperluan kemudahan itu sering diutarakan dengan kepimpinan kampung juga telah mengusulkan permohonan kedua kepada Perdana Menteri sendiri iaitu pada 17 Februari 2010 lalu.

“Justeru, tuntutan semula penyediaan dua kemudahan iaitu dewan jenis A dan gelanggang futsal itu bernilai RM1.8 juta yang amat dinantikan penduduk untuk ia dibina sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Felda Sungai Retang juga antara lokasi peti undi yang baik, namun apabila kemudahan yang sepatutnya diterima tidak disediakan seperti sepatutnya, menyebabkan akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati, ”katanya.

Beliau berkata, dua kemudahan itu antara yang dinantikan penduduk dan generasi muda di Felda serta kampung tradisi berdekatan, yang perlu diberi perhatian serius pihak yang berkenaan untuk manfaat semua.

Kami kata:-kami rasa kami tahu sebab apa FELDA Sg Retang tak dapat semua yang dimohon.Macam Padang Piol,peti undi kat situ kan PAS yang menang.Jadi keutamaan akan diberi untuk menarik undi di Padang Piol.Sebab itulah Sg retang tak dapat.Jadi kami nak cadang kat sini,bagi je undi tu pada PAS pada PRU yang akan datang.Insyaallah,Masa akan datang banyaklah Projek dapat ke Sg Retang.Macam diPerak lah.Bila MB Zambry bagi kelebihan pada ADUN LOMPAT,kan ramai yang tak setuju!Amacam?Tunggu apa lagi?


No comments: