JKKK harus bijak mentadbir - wan Amizan
|
|
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, adalah diyakini JKKK dapat membantu kerajaan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
Selain itu, katanya, JKKK harus bijak mentadbir supaya persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir dapat dileraikan dengan tenang dan profesional.
"Terlalu banyak pandangan yang tidak betul. Banyak tanggapan dan pemikiran yang bercelaru di kalangan rakyat. Oleh itu, kita perlu dekati rakyat.
"Peringkat pengurusan JKKK terutamanya ketua kampung yang menjadi pengerusinya, hendaklah turut bertemu 'anak buah' dengan menasihati mereka, mengadakan aktiviti dan mengunjungi surau, masjid, kenduri-kendara dan rumah ahli kariah setempat," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan ahli JKKK/Pengerusi Biro JKKK dan penyerahan tugas di Kampung Jerantut Feri di sini.
Kami kata:-OOOooooo.Patutlah ramai Tok Empat mengeluh sebelum ni.Kena pecat lah,kena buanglah.Orang tak pilih semula lah.Rupanya nak lantik ORANG BARU.Ada juga orang lama tak?
Tapi,apa-apahal pun tahniah lah pada Pengerusi JKKK yang telah dilantik untuk mengisi Jawatan Tok Empat ni.Tapi ingatan kami,janganlah PILIH BULU ketika memberi kelulusan atau sokongan masa orang kampung nakmohon apa-apa.Ini kang tidak,asyik duk pilih dan sokong orang yang rapat dengan dia je.Itu belum kira yang nyokong pembangkang lagi tu.Silap gaya,nak hidup pun susah!
2 comments:
Salam N9 Tahan,
Tahniah, saya suka posting saudara kerana memberi peringatan kepada Tok Empat supaya berlaku adil kepada anak buah. Tidak kira sedara, kroni atau parti sebab Tok Empat pada semua orang.
N9, kawan setuju dengan pandangan tuan ini, walau bagaimana pun selagi bergelar manusia, tidak akan lari dari kelemahan..... berdoalah, memohon kpd Allah agar yang diberi tanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan amanah..
Post a Comment