FELDA SUNGAI RETANG – Seorang peneroka yang melakukan tanam sendiri kelapa sawitnya kecewa apabila Felda sehingga kini masih lagi tidak memulangkan baki bayaran setelah tanam semula dilakukan.
Peneroka terbabit, Salamun Latip, 60, berkata, tanam semula kelapa sawit itu dilakukan pada 2002, dengan sejumlah RM16,201 telah dipotong Felda melalui sistem tabung peneroka selama ini.
“Setelah melakukan tanaman semula secara sendiri, Felda memulangkan wang tabung berjumlah RM8,100.50,” katanya.
Menurutnya, terdapat baki berjumlah RM8,100.50 lagi tidak dipulangkan dan dikatakan akan diberikan dalam bentuk input pertanian.
“Bermula 2002 saya tidak mendapat bantuan baja. Kesannya, saya mengalami kerugian apabila pokok kepala sawit tidak dapat mengeluarkan hasil dengan baik.
“Saya sudah memaklumkan Felda untuk menolak menerima input pertanian seperti baja, racun mahu pun anak pokok, sebaliknya mahukan ia diberi dalam bentuk tunai, kerana terdapat peneroka lain yang menerima penuh duit tersebut tanpa input pertanian,” katanya.
Salamun berkata, duit tunai itu diperlukan untuk membolehkan dia membeli sendiri input pertanian tanpa bergantung kepada Felda, kerana beza harga input pertanian yang dibeli sendiri jauh lebih murah berbanding disediakan Felda.
Menurutnya, terbaru dia membeli baja 50 beg dengan 50 kilogram setiap satu, pada harga RM65 dengan jumlah keseluruhan adalah RM650.Pembelian di kedai luar itu adalah kali ketiga dilakukan menggunakan wang sendiri.
“Saya kesal apabila dikatakan baja dari kedai luar tidak sama dengan kualiti dibekalkan Felda, sedangkan jenama yang dibekalkan Felda dan kedai luar itu adalah sama. Cuma bezanya harga Felda jauh lebih tinggi berbanding kedai luar.
“Beza harga ini juga menyebabkan peneroka menanggung kerugian, ditambah bekalan baja juga tidak dihantar ke ladang kelapa sawit sebaliknya memerlukan peneroka mengambil sendiri di Pejabat Felda,” katanya.
Salamun berkata, berhubungan dengan tuntutan wang dan masalah berkaitan, dia kini telah memfailkan tuntutan pada 27 Mei 2010 lalu supaya Felda membayar semula baki wangnya.
Menurutnya, ia adalah notis kali kedua yang menuntut Felda membayar kerugian kepadanya sepanjang tempoh dia melakukan tanam semua sendiri, iaitu berjumlah RM12,837.00.
“Saya membuat tuntutan baki bayaran dan kerugian kepada Felda dan bersedia untuk mengadakan perbicaraan di mahkamah, jika masalah hak peneroka ini tidak diatasi seperti sepatutnya,” katanya.
Kami kata:-Rupanya masih ada masalah yang belum selesai!Kalau ikut kata Pengerusi dan Ahli Pengarah yang lain,Felda memang telah menjalankan kerja yang cekap.Tapi kenapa perkara ini masih berlaku?Adakah ianya hanya seperti menanam tebu dipinggir bibir?Ceh!Rasa macam filem zaman Hang Tuah pulak!
No comments:
Post a Comment