Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Thursday, June 3, 2010

Penjawat awam saje ke?????

418,200 penjawat awam babit rasuah



Cuepacs kerjasama dengan SPRM pastikan kakitangan kena tindakan

TEMERLOH: Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah tahun lalu, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Beliau berkata, angka itu membimbangkan dan Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan kakitangan yang terbabit dikenakan tindakan tegas.

"Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogok penjawat awam.

"Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, semalam.

Omar berkata, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Kami kata:Tahniah dan terima kasih kepada CUEPACS atas saranan dan tindakan yang akan diambil kepada semua pesalah tanpa mengira pangkat dan darjat.Tapi,betul-betul ke ni?

1.Kalau cuma penjawat awam saja yang dikenakan tindakan,macamana pula dengan yg bukan penjawat awam.Maksud saya oleh BADAN dan PENGUASA yang lain.Cuba baca apa yang saya BACA di blog SPU....
(komen pembaca)

pegawai malang jerantut said...

salam, kami dipejabat tanah tidaklah seburuk yang diduga. Kami menjalankan tugas mengikut peraturan dan undang2.Jika ada kelemahan kami akui bukan keseluruhan ianya hanya segelintir. Ini masalah manusia terdapat dimana-mana. Jika ada pihak samada datang secara sendiri atau melalui wakil rakyat kami tetap melayannya dengan baik dan cuba menyelesaikan dengan secepat mungkin. Bagaimanapun memang kami akui ada yang terlepas pandang.

Berdasarkan pengamatan kami beberapa tahun kebelakangan ini wakil rakyat tuan-tuan tidak pernah sekali pun membawa masalah permohonan tanah penduduk untuk kami siasat dan selesaikan kecuali mereka hanya hadir dalam mesyuarat jawatan kuasa Tanah Daerah sahaja.

Setahu kami ada diantara wakil tuan-tuan sering berjumpa kami hanyalah untuk menyelesaikan banyak permohonannya peribadi dan bukan masalah penduduk.

April 29, 2010 3:21 PM

Jadi apa tindakan yang patut diambil?Adakah cukup cuma berdiam diri?Ataupun sekadar LEPAS TANGAN?

Komen pembaca diatas juga sebenarnya yang pemimpin(sesetengah) cuma pentingkan diri masing-masing,bukan rakyat yang telah memilih mereka.

Jadi siapa lagi yang hendak diharapkan oleh orang biasa(penjawat awam ataupun bukan!) dalam meneruskan ketelusan dan hak-hak mereka?BN?Mungkin tidak?

1 comment:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Saudara N9 Tahan,
Ceupacs patut rujuk kepada SPRM dulu sebelum buat pengumuman. Pegawai kerajaan yang didakwa jumlahnya telah merosot dari 300 kes ke 200 lebih kes.
Berkenaan dengan wakil rakyat semuanya bekerja keras cuba menyelesaikan masalah permohonan tanah samada secara individu dan berkelompok.
Dato' Ahmad Shukri, Dato' Wan Amizan, Dato' Lau Lee adalah wakil rakyat Jerantut yang kuat bekerja.
Dalam perundangan, wakil-wakil rakyat "biasa" bukan EXCO boleh berniaga, mempunyai syarikat, mempunyai harta. Mereka pun ada hak sama macam kita.