Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, December 18, 2010

Kg Kuala Sat..............

Mohon ganti masjid uzur, rosak

JERANTUT 15 Dis. - Seramai 700 ahli kariah Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu yang sudah uzur dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Masjid yang terletak berhampiran dengan tebing Sungai Tembeling itu sudah mengalami kerosakan di bahagian dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor.

Selain itu, ketiadaan ruang memasak, tempat mengambil wuduk dan tandas rosak menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan para jemaah dan musafir yang singgah di situ.

Kedudukan masjid itu juga sesak apabila berdekatan dengan kedai runcit, bangunan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Asrama Desa Sekolah kebangsaan (SK) Kuala Sat mengundang persekitaran yang kurang ceria.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, rumah ibadat itu dikelilingi semak-samun, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran yang kotor dan berbau busuk.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Kuala pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian.

(Berita lanjut di sini)

Kami kata:-Ini berita yang saya baca dalam akhbar harian,Utusan Malaysia.Hari tu keluar cerita tentang sampah di bandar Jerantut.Kali ni pulak tentang masjid Kg Kuala Sat yang semakin uzur dan BELUM mendapat perhatian dari pihak yang terbabit.Terima kasih kepada WAKIL PEMUDA PAS disana,Saudara Amran.

Sekarang ada sebuah masjid yang perlukan pembelaan dari orang yang berkenaan.Kita tengok siapa yang paling cepat bagi bantuan!Dun Tahan kan ada jawatankuasa bertindak!

Tuesday, December 14, 2010

Keadilan dalam PENTADBIRAN??????

Beberapa hari yang lepas,penulis berkunjung ke rumah seorang sahabat yang menetap di Kg Bukit Genting yang letaknya dalam kawasan yang digelar Jerantut Hilir.penulis pasti ramai penduduk Jerantut yang tahu tentang kedudukan kampung terbabit.

Dan semasa berkunjung ke situ,penulis sempat bertemu beberapa orang lagi sahabat handai yang agak lama tidak bertemu muka.Ada yang masih menetap di situ dan ada juga yang telah bermastautin ditempat lain.

Satu perkabaran terkini yang saya dengar dari penduduk kampung ialah PEMBUKAAN TANAH BARU dan PERMOHONAN BARU untuk mendapatkan tanah bagi tapak rumah di kawasan yang berhampiran dengan SEKOLAH kampung tersebut iaitu SK TEBING TINGGI.

Tanah yang SEPATUTNYA dibuka itu boleh DIPOHON oleh PENDUDUK SETEMPAT yang masih belum atau tidak mempunyai tanah bagi tapak rumah mereka.Tapi atas sebab apa,ramai diantara mereka yang TIDAK MENGETAHUI Permohonan telah di buka.

Menurut cerita orang PENGHULU yang BERTANGGUNGJAWAB tidak mengumumkan HAL ini kepada penduduk setempat.Dia lebih mendahului RAKAN-RAKAN dan SAUDARA MARA belah WAN dia tu.Jadi melepas lah orang KG Bukit Genting dan kawasan yang sekitarnya.

Sahabat ini turut memberitahu yang ada INDIVIDU yang MENETAP di Kuala Lumpur turut diluLUSKAN permohonannya.Jadi apa sudah jadi?Bagaimana pula dengan sedara-mara pembesar sepertiTok Empat kawasan yang terlibat.Adakah mereka juga mendapat LABA dari hal ini.

Nampaknya,pentadbiran dan pengurusan di Jerantut ini masih lagi bersifat hanya MEMENTINGKAN golongan tertentu sahaja.JADI beruntunglah mereka-mereka yang ada hubungan dengan ORANG-ORANG BESAR ini.

Dengan ini maka akan jadilah kita seperti adegan dalam FILEM TAMIL dimana yang miskin akan terus papa kedana dan kaya akan terus MENGUMPUL HARTA!

Yang pasti mereka ini TENTUNYA OKU(Orang Kuat UMNO)!Untung betul MEREKA!
Tapi,jangan sampai tanah kubur tak ada sudahlah.Payah pulak nak kebumi esok!

Saturday, December 11, 2010

Cerita lucu dan pelik..............

Kereta Putera Charles diserang pelajar bantah kenaikan yuran




LONDON: Perusuh bertempur dengan polis di luar Parlimen dan menyerang kereta yang membawa pewaris takhta, Putera Charles, ketika kerajaan campuran Britain melepasi ujian besar pertama dalam undian untuk menaikkan yuran universiti.

Berpuluh pegawai polis dan penunjuk perasaan cedera apabila bantahan pelajar di tengah London itu bertukar ganas ketika kerajaan menang tipis undian di Parlimen.
Charles dan isteri, Camilla, terperangkap dalam protes itu apabila kereta mereka diserang dan dilempar cat ketika melalui kawasan itu untuk ke sebuah pawagam. Pasangan diraja itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

(Cerita dalam Berita Harian)

Kami kata:-Ini sudah dikira sangat MELAMPAU!Tapi sapa kita nak marah pada mereka.

Orang Malaysia ni semua baik-baik belaka.Tak ada pun yang marah sampai tahap begini walaupun kenaikan harga MINYAK dan BARANGAN melambung-lambung naik.jadi nampak sangat lah orang putih ni tak berapa nak ada adab.


Dulu masa Raja Perak nak ishtihar kerajaan baru Perak pun tak ramai yang sanggup buat demikian.Dengar kabar member di perak yang baring atas jalan tu pun cuma provokasi pihak TERTENTU.Tak tau lah betul ke tidak?


Tapi,asasnya Sistem Demokrasi Berparlimen ni bukan ke diambil dari NEGARA INI?Entah-entah ISA dan undang-undang lain pun diambil dari NEGARA INI?Sistem Ekonominya ke,Sistem Pendidikannya ke,atau ada lagi sistem lain?

Kalau negara ini buat begini,kenapa Malaysia lain sikit?Bukan apa,kadang-kadang rasa pelik juga. Tapi apa nak kata?

Orang dan RAKYAT Malaysia TAK MUNGKIN buat sampai JADI MACAM NI kalaupun YURAN PELAJARAN mereka NAIK BERLIPAT KALI GANDA!

Wednesday, December 8, 2010

Bila pulak giliran aku??????

Tengahari tadi saya menghantar teman ke stesyen keretapi Jerantut.Kawan ni nak balik ke Kelantan.Sambil menunggu keretapi,sempat juga saya menjamu selera makan sarapan + tengahari (BRUNCH-kata orang la!) yang sangat menyelerakan.

Dan semasa berbual bersama rakan saya itu,saya mendapat ilham berkenaan dengan keretapi ni.Cuba perhati dan amati gambar di bawah.....


Pada ketika ini keretapi belum sampai.Nampaknya hari ni tidak ramai orang yang menunggu, mungkin mereka masih mampu menaiki kenderaan sendiri dan mengisi RON 97 dan 95 yang telah naik harga baru-baru ni.Masing-masing dengan hal dan PERANCANGAN masing-masing.Dan setelah beberapa lama........


Apabila tibanya keretapi yang ditunggu,semua individu tersebut naiklah keretapi(termasuk kawan PENULIS) dan meneruskan tujuan ke DESTINASI masing-masing.

Ini bukan cerita pasal keretapi sebenarnya.Tapi saya ingin merujuk kepada TULISAN orang CERDIK PANDAI JERANTUT iaitu WZWH yang telah diangkat oleh SPU (baca sini)dalam blognya hari ini.

Cerita tentang Jerantut yang perlu seorang SENATOR bagi menambahkan kemajuan di PARLIMEN Jerantut ini.Kalau tengok sejarahnya,Jerantut pernah ada Menteri,Timb. Menteri dan EXCO kerajaan negeri.Tapi perubahan bandar kecil ini adalah lebih lembab dari Temerloh dan Mentakab(cuma membuat BEBERAPA perbandingan).Agak-agaknya apa pula yang boleh dibuat oleh BAKAL SENATOR tersebut????

Yang boleh kata kat sini,ini mungkin perancangan halus bagi melepaskan PUCUK MASING-MASING!Apabila GILIRAN orang yang menunggu sampai,maka BERLEPASLAH dia dengan KERETAPI yang ditunggunya.Dan orang yang lain pulak terus menunggu KERETAPI dengan ARAH lain pulak TIBA.

Kalau nama-nama yang di calonkan dalam BLOG WZWH telah naik keretapi SENATOR ini,maka akan tinggallah ORANG LAIN yang mungkin naik KERETAPI CALON AHLI PARLIMEN pulak!Siapa agaknya nama orang menunggu KERETAPI AHLI PARLIMEN tu agaknya?Bos dia kah?Sedara-mara dia kah?

Dan ini saya kira cumalah satu cara untuk MENGUSIR dengan TERHORMAT CALON-CALON RECYCLE yang pernah dicadangkan sebagai bakal CALON AHLI PARLIMEN JERANTUT.Jadi,takkan GENG-GENG RECYCLE ni tak perasan kut?

Memang WZWH ni BIJAK ORANGNYA!Bijak,bijak.Heheheheheheh

Monday, December 6, 2010

Jerantut sama dengan Sabah......

Sedang saya membaca beberapa blog yang saya kira dari Jerantut,saya terjumpa dengan blog yang baru hari ini di utarakan.Nampaknya makin ramai orang Jerantut celik IT.Minta pada saudara SPU untuk link kan blog ini.Terima kasih.

Tanah di jerantut sama di sabah???

TANAH DI JERANTUT SENASIB DI SABAH???

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Satu rombongan rakyat pedalaman Sabah hari ini mengadu kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung rampasan tanah mereka oleh kerajaan negeri.

Mereka yang terdiri dari 25 orang, hadir ke parlimen dan turut menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS itu.


Turut serta bersama mereka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS, Mazlan Aliman.


Pada sidang media sebelum itu, Hamzah yang mengetuai rombongan itu memberitahu, tanah tersebut diteroka oleh masyarakat peribumi Sabah seawal pemerintahan Usno lagi.


Mereka juga memohon tanah itu dan membayar premium, namun sehingga sekarang katanya tiada jawapan.


"Apabila BN di bawah Musa Aman mengambil alih pemerintahan negeri, jabatan hutan bertindak membakar rumah masyarakat peribumi.

(cerita lanjut IDEA KITA)

Kami kata:-benarkah apa yang di katakan oleh Penulis ini?Siapakah yang terlibat dalam perancangan ini?Orang Melayukah dia?????

Jerantut di mata DUNIA!

Sampah sarap cemari Bandar Baru Inderapura

JERANTUT 5 Dis. - Perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir individu membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan berlaku pencemaran bau di Bandar Baru Inderapura di sini.


Tinjauan Utusan Malaysia semalam di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu mendapati banyak tempat pembuangan sampah haram wujud terutama berdekatan dengan kedai makan, pusat beli-belah dan rumah kongsi pekerja binaan.


Pelbagai program dan kempen kebersihan dilaksanakan pihak berkuasa tetapi hanya sia-sia kerana belum ada perubahan sikap di kalangan pemilik premis dan orang ramai.


Lebih menyedihkan apabila ada individu yang berani mencabar peraturan penguatkuasaan dengan melonggokkan sampah walaupun Majlis Daerah Jerantut (MDJ) meletakkan papan tanda larangan dan amaran denda.


Seorang penduduk, Muhamad Razman Sidek, 39, berkata, dia kesal dengan senario itu kerana masyarakat sepatutnya lebih peka terhadap kebersihan dan penjagaan alam sekitar terutama di bandar Jerantut yang berstatus Bandar Taman Negara.

Berita penuh di sini....


Tuan tanah:-Mula-mula baca berita ni,ingatkan KEBAIKAN yang dibicarakan.Rupa-rupanya benda lain!


Cerita tentang BANDAR KOTOR ni dah banyak kali dikeluarkan oleh Blogger Tempatan(bukan picisan) seperti SPU.Tapi nampaknya macam tak ada tindakan dan kesudahan.


Bagaimana kita ingin berbangga dengan TAMAN NEGARA sedangkan GATEWAY ke Taman Negara itu sendiri kotor dan tidak terurus.Ini bukan kata saya,ini kata orang yang pernah berkunjung ke sini.


Jadi apa tindakan?Ke nak tunggu KUCING TUMBUH TANDUK baru nak bertindak?????

Hak orang MELAYU.....


Hari ni saya tak begitu pasti suasana dan cuaca di Jerantut.Ini kerana saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas beberapa URUSAN PERIBADI.Cuaca di Kuala Lumpur agak tenang walaupun Polis sudah mula membuat sekatan seAWAL TOL Gombak.Ini mungkin sebab demo bantahan Kenaikan Air ke apa yang di jadualkan diadakan pada petang tadi di Masjid Negara.

Dan saya terpandang tajuk utama dalam satu akhbar ARUS PERDANA yang menampilkan gambar Sultan Selangor dengan kata besarnya JANGAN KACAU HAK MELAYU ke apa ke.Nampaknya hanya sultan-sultan sahajalah yang tinggal dalam memperjuangkan Orang Melayu.

Dan saya teringat tentang kisah di mana ia pernah berlaku kepada beberapa orang rakan saya selepas habis sahaja Peperiksaan SPM kami dahulu.

Salah seorang AYAH kepada sahabat saya ini bergembira dengan pencapaian anaknya yang juga boleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran.Tapi tak lama selepas itu,dia mula termenung.

Saya beranikan diri untuk bertanya kepada PAKCIK ini.Kenapa agaknya pakcik ini termenung? Dia menjelaskan bahawa dia sedang memikirkan tentang BELANJA yang akan digunakan untuk menampung pelajaran anaknya itu.dan seperti saya,dia juga seorang MELAYU!

Dia kata masa tu,BIASISWA dah kurang.Mana lagi nak cari duit untuk tampung pelajaran anaknya yang MELAYU itu.Keistimewaan ini sudah kurang sekarang,katanya.

Keistimewaan apa pulak?Keistimewaan MELAYU itu lah!Apa lagi?Tapi dalam hal ini mungkin ramai tidak berfikir yang ISTIMEWA mereka orang MELAYU itu sudah mula terhakis dengan hilangnya BANTUAN dan BIASISWA kepada ORANG MELAYU itu sendiri!Saya ulang,ORANG MELAYU!

Tapi kenapa tidak ada pun MELAYU yang berbunyi tentang HAL ini? ENTTTTTAAAHHHHHLLLLAAAAAHHHHHH!


Kenapa mereka tidak persoalkan bagaimana BIASISWA ini semakin kurang(diganti dengan PINJAMAN PTPTN)?Siapa yang meluluskan PERLUPUSAN Biasiswa ini?Siapa yang bertanggungjawab?Atas arahan dan kuasa siapa?

Saturday, December 4, 2010

Dah tak de ke?


Ketika ini saya sedang membaca beberapa akhbar Arus Perdana.Banyak juga berita yang menarik hati keluar dalam akhbar ketika ini.

Sebab saya lebih suka membaca tentang politik,saya lebih banyak menumpukan masa membaca seksyen atau bahagian ini.(Bukan pandai sangat,nak kena belajar lah weh!)

Apa yang saya perhatikan banyak berita-berita yang telah keluar sejak awal minggu lepas masih lagi di keluarkan atau PUBLISH dalam paper hari ni.Ada berita tentang PKR cadang hilangkan KETUANAN MELAYU,ada berita tentang PAS tak setuju pemimpin DAP jadi TPM dan berbagai lagi.

Tapi yang pasti tiada adalah berita TENTANG KENAIKAN HARGA PETROL DAN BARANGAN.Padahal ianya baru diumumkan malam semalam,beberapa jam sebelum harga barang-barang tersebut DINAIKKAN.

Kenapa agaknya?Tapi saya rasa kita tak perlu nak buat BICARA UMUM atau bincang secara umum.Memang kerajaan yang ada sekarang sudah begitu.Kalau berita yang menguntungkan mereka,mereka akan ulang berpuluh-puluh hari.Tapi kalau berita itu akan membawa kesan negatif pada mereka akan cepatlah pula berita itu dilupuskan dari dada-dada akhbar.

Siapa yang untung?Siapa yang rugi?Tak tau nak cakaplah.Yang pasti kita sebagai rakyat,tak kira AHLI UMNO,PAS,PKR,MCA,MIC,DAP dan sebagainya kena terima dan hidup dengan segala kenaikan tersebut!

Ke ada kelebihan kalau jadi AHLI BN?Mana lah tau,tunjuk kad AHLI BN boleh dapat DISKAUN HARGA MINYAK?Bagus juga!

Nak tergelak baca!

Kenapa tidak ada tindakan?



ISA wajar diguna terhadap pengkritik Ketuanan Melayu: Peguam

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.
(Berita di sini)

Ulasan:-Apabila kita membuat satu-satu kenyataan dalam akhbar misalnya,beberapa perkara handaklah diteliti terlebih dahulu.Di dalam keratan akhbar ini menyatakan bahawa tindakan perlu diambil kepada mereka-mereka yang mempertikaikan hak dan kuasa Raja-raja Melayu antaranya.

Kita nampaknya sudah lupa yang UMNO dan BN pernah menghina Intitusi Raja Melayu semasa mereka diketuai oleh Tun Dr Mahathir tidaklama dahulu.Kenapa sehingga sekarang tidak ada satupun tindakan yang diambil oleh PERUNDANGAN terhadap mereka yang terlibat?

Dan setelah PRU 12 berakhir,satu golongan(YANG KAMI PASTI DARI UMNO)telah menolak cadangan dan pilihan MB Terengganu yang baru.Itu ialah pilihan pihak Istana Terengganu yang diketuai oleh Sultan Terengganu yang mana pada masa yang sama adalah YDP Agong.

Kenapa tidak ada sedikit pun laporan dan tindakan yang TEGAS diambil ke atas mereka ini?Adakah kerana mereka ini UMNO atau BN?Di manakah keadilan yang sebenarnya?
Ini bukan setakat mengkritik,malahan terus MENGHINA Raja-raja melayu?

Inikah yang dikatakan sebagai 2 SET UNDANG-UNDANG?
-http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

Setiap kali saya baca,rasa nak tergelak saja!

Friday, December 3, 2010

Patutlah dia bunyi kuat sangat!!!!!

Mari kita tengok,sapa yang kena?????

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

P/S:-Pandai sungguh Pihak Berwajib(KERAJAAN) bermain kata-kata.Dia kata subsidi barangan akan mula dikurangkan esok.Kita sebagai Pengguna dan Rakyat kena tahu 1 benda.Ianya adalah SAMA dengan KENAIKAN HARGA bagi barang-barang yang telah disebutkan diatas.

Baru-baru ni harga RON97 naik.(masa BN sibuk menang di GALAS hari tu)Dan sekarang menyusul pula RON 95 dan DIESEL.Kalau semua benda ni naik harga,semua barang lain akan turut naik harga!

Minyak naik kali ni tak ada pulak kait dengan kenaikan harga minyak dunia!Macam mana pulak kena naik minyak padahal harga dunia tak naik pun?Dan untuk masyarakat Malaysia Amnya dan Rakyat Jerantut KHASNYA,kita semua perlu berterima kasih kepada kerajaan yang benar-benar telah membuktikan yang RAKYAT DIDAHULUKAN(rakyat kena dulu!)

Tahniah Rakyat Malaysia!(cerita di sini)

Kami kata:Patutlah deme bunyi kuat benor pasal Ketuanan Melayu.Rupanya ada benda yang lebih penting nak keluar!nak cover yek?