Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, June 30, 2010

Apa cerita???

Penduduk tuntut janji pilihan raya

FELDA SUNGAI RETANG – Penduduk Felda Sungai Retang menuntut janji diberikan untuk pembinaan sebuah dewan orang ramai jenis A dan sebuah gelanggang futsal, seperti diluluskan pada 2007 iaitu sebelum pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Retang, Suran Jaffar berkata, dewan orang ramai jenis A dengan kos RM600,00 dibina di sebuah Felda berdekatan, manakala gelanggang futsal dengan kos RM400,000 yang seharusnya dibina di Sungai Retang, juga dibina di Felda berdekatan itu.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa kelulusan dan janji diberikan terdahulu tidak ditunaikan, menyebabkan kemudahan yang sepatutnya diterima penduduk Sungai Retang, yang turut boleh dikongsi oleh sembilan kampung tradisional berdekatan lainnya, gagal diperoleh.

“Saya kecewa dan dukacita apabila dimaklumkan kedua-dua kemudahan itu dibina bukan di Felda Sungai Retang, sedangkan Sungai Retang turut meminta dan ada hak kepada kemudahan berkenaan untuk manfaat bukan sahaja warga Feldanya, malahan kampung tradisi berhampiran.

“Apa yang berlaku juga menyebabkan penduduk mula hilang percaya kepada kepimpinan, kerana janji diberikan tidak ditunaikan menyebabkan harapan penduduk untuk mendapat kemudahan itu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Suran yang juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Retang berkata, kini keluhan penduduk terhadap keperluan kemudahan itu sering diutarakan dengan kepimpinan kampung juga telah mengusulkan permohonan kedua kepada Perdana Menteri sendiri iaitu pada 17 Februari 2010 lalu.

“Justeru, tuntutan semula penyediaan dua kemudahan iaitu dewan jenis A dan gelanggang futsal itu bernilai RM1.8 juta yang amat dinantikan penduduk untuk ia dibina sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Felda Sungai Retang juga antara lokasi peti undi yang baik, namun apabila kemudahan yang sepatutnya diterima tidak disediakan seperti sepatutnya, menyebabkan akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati, ”katanya.

Beliau berkata, dua kemudahan itu antara yang dinantikan penduduk dan generasi muda di Felda serta kampung tradisi berdekatan, yang perlu diberi perhatian serius pihak yang berkenaan untuk manfaat semua.

Kami kata:-kami rasa kami tahu sebab apa FELDA Sg Retang tak dapat semua yang dimohon.Macam Padang Piol,peti undi kat situ kan PAS yang menang.Jadi keutamaan akan diberi untuk menarik undi di Padang Piol.Sebab itulah Sg retang tak dapat.Jadi kami nak cadang kat sini,bagi je undi tu pada PAS pada PRU yang akan datang.Insyaallah,Masa akan datang banyaklah Projek dapat ke Sg Retang.Macam diPerak lah.Bila MB Zambry bagi kelebihan pada ADUN LOMPAT,kan ramai yang tak setuju!Amacam?Tunggu apa lagi?


Cerita orang FELDA....

Peneroka tuntut baki bayaran

FELDA SUNGAI RETANG – Seorang peneroka yang melakukan tanam sendiri kelapa sawitnya kecewa apabila Felda sehingga kini masih lagi tidak memulangkan baki bayaran setelah tanam semula dilakukan.

Peneroka terbabit, Salamun Latip, 60, berkata, tanam semula kelapa sawit itu dilakukan pada 2002, dengan sejumlah RM16,201 telah dipotong Felda melalui sistem tabung peneroka selama ini.

“Setelah melakukan tanaman semula secara sendiri, Felda memulangkan wang tabung berjumlah RM8,100.50,” katanya.

Menurutnya, terdapat baki berjumlah RM8,100.50 lagi tidak dipulangkan dan dikatakan akan diberikan dalam bentuk input pertanian.

“Bermula 2002 saya tidak mendapat bantuan baja. Kesannya, saya mengalami kerugian apabila pokok kepala sawit tidak dapat mengeluarkan hasil dengan baik.

“Saya sudah memaklumkan Felda untuk menolak menerima input pertanian seperti baja, racun mahu pun anak pokok, sebaliknya mahukan ia diberi dalam bentuk tunai, kerana terdapat peneroka lain yang menerima penuh duit tersebut tanpa input pertanian,” katanya.

Salamun berkata, duit tunai itu diperlukan untuk membolehkan dia membeli sendiri input pertanian tanpa bergantung kepada Felda, kerana beza harga input pertanian yang dibeli sendiri jauh lebih murah berbanding disediakan Felda.

Menurutnya, terbaru dia membeli baja 50 beg dengan 50 kilogram setiap satu, pada harga RM65 dengan jumlah keseluruhan adalah RM650.Pembelian di kedai luar itu adalah kali ketiga dilakukan menggunakan wang sendiri.

“Saya kesal apabila dikatakan baja dari kedai luar tidak sama dengan kualiti dibekalkan Felda, sedangkan jenama yang dibekalkan Felda dan kedai luar itu adalah sama. Cuma bezanya harga Felda jauh lebih tinggi berbanding kedai luar.

“Beza harga ini juga menyebabkan peneroka menanggung kerugian, ditambah bekalan baja juga tidak dihantar ke ladang kelapa sawit sebaliknya memerlukan peneroka mengambil sendiri di Pejabat Felda,” katanya.

Salamun berkata, berhubungan dengan tuntutan wang dan masalah berkaitan, dia kini telah memfailkan tuntutan pada 27 Mei 2010 lalu supaya Felda membayar semula baki wangnya.

Menurutnya, ia adalah notis kali kedua yang menuntut Felda membayar kerugian kepadanya sepanjang tempoh dia melakukan tanam semua sendiri, iaitu berjumlah RM12,837.00.

“Saya membuat tuntutan baki bayaran dan kerugian kepada Felda dan bersedia untuk mengadakan perbicaraan di mahkamah, jika masalah hak peneroka ini tidak diatasi seperti sepatutnya,” katanya.

Kami kata:-Rupanya masih ada masalah yang belum selesai!Kalau ikut kata Pengerusi dan Ahli Pengarah yang lain,Felda memang telah menjalankan kerja yang cekap.Tapi kenapa perkara ini masih berlaku?Adakah ianya hanya seperti menanam tebu dipinggir bibir?Ceh!Rasa macam filem zaman Hang Tuah pulak!

Monday, June 21, 2010

Dengar yang meningkatnya,jangan lupa yang menurunnya!

Nilai aset Felda meningkat RM6.2b menjadi RM15.4b



KUALA LUMPUR 21 Jun – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, nilai aset semasa dan tetap Felda antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion, walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion dalam tempoh yang sama.


Beliau berkata, pada tahun 2004, Felda mencatatkan nilai pemilikan aset berjumlah RM9.17 bilion, manakala pada 2009, meningkat kepada RM15.37 bilion.


"Bagaimanapun kedudukan rizab tunai Felda sedikit merosot iaitu sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh yang sama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini sebagai mengulas laporan sebuah akhbar pembangkang hari ini bahawa rizab tunai Felda telah jatuh merudum.


Ahmad berkata, rizab tunai Felda merosot ekoran pelbagai perbelanjaan seperti RM2.41 bilion yang digunakan untuk pembangunan sosioekonomi. – Bernama


Kami kata:Kalau dinilai pada aset yang ada dalam FELDA,memang masuk akallah kalau aset itu meningkat harga.Macam rumah la juga.Bukan ada yang turun harga.(kecuali beberapa tempat yang sangat teruk kawasannya)Tapi yang orang pertikai tu pasal duit yang telah digunakan.Pembangunan sosioekonomi yang macam mana?Untuk siapa?Atas keputusan siapa?Atau pun cuma diguna tanpa perbincangan,cukup sekadar kuasa VETO dalam FELDA?Kenapa jadi macam tu?

Wednesday, June 16, 2010

Apa yang kami baca dalam akhbar hari ini........

Cerita 1
ADUN Malim Nawar keluar DAP



SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan


Cerita 2
Pembubaran 17 cawangan UMNO Jelutong kekal


PULAU PINANG 14 Jun - Badan Perhubungan UMNO negeri hari ini menafikan dakwaan bahawa 17 cawangan dalam UMNO Bahagian Jelutong yang dibubarkan dua tahun lalu telah diaktifkan semula.

Setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, status kesemua 17 cawangan yang dibubarkan itu masih kekal dan ahli-ahlinya juga telah diserap ke dalam 25 cawangan lain dalam UMNO bahagian terbabit.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu sebelum ini.

''Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah membuat keputusan bahawa 17 cawangan tersebut kekal tutup dan tidak akan dibuka semula.

''Justeru, saya rasa tidak timbul soal ada cawangan yang diaktifkan semula dan sebagainya kerana keputusan mengenainya telah pun dibuat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Kami kata:kedua-dua berita kalau dikira tidak ada kaitan dengan PAS.Tapi kami ada rasa nak tergelak apabila selesai membaca kedua-dua berita ini.Nak tahu apa yang LUCU sangat?Nak terang pun susah.Baca dan fikir sendiri!Pembaca kan semua dah bijak bestari??!!!

Tuesday, June 15, 2010

Cakap je lebih!!!!!

Dr Mahathir, in keynote speech, blames PAS and PKR for Malay disunity

KUALA TERENGGANU: The anticipated 5,000 people failed to turn up at the Melayu Bangkit rally here Monday, and the organisers blamed the FIFA World Cup for the low turnout.

"Probably, they (locals) were all tired after watching the World Cup telecasts, while many of those employed could not get leave," rally organising chairman Razali Idris of Gerakan Kebangkitan Rakyat (People’s Consciousness Movement) told The Star.

However, Razali expressed his delight over the initiatives of 58 Malay non-governmental organisations (NGOs) to ensure their representatives were present at the rally.

The hundreds who turned up heard former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad deliver his keynote speech, in which he warned that the Malays risked becoming marginalised like "Singapore Malays", if they continued to be mired in political diversion and were unable to tackle any crisis effectively.

He said Malays could end up as a minority in their own country if the community was disunited due to the agendas of political parties. He insinuated that Opposition leaders were responsible for Malays' predicament.

Ulasan:-

1.kalau orang kurang datang,macam2 benda nak dijadikan alasan.Kalau orang ramai malas nak hadir nak kena faham lah.Orang tak sokong lah menda hak deme buat tu!Tak reti2 lagi ke?

2.Kalau pembangkang menguasai MALAYSIA pada masa akan datang,apa yang akan terjadi?Adakah tanah di negeri Melayu ini berkurang?Kalau pindah milik tu,MUNGKIN lah.Tapi sekarang ni PR tak menang pun,dah banyak tanah MELAYU yang dah berpindah milik.Tengok Jerantut sudahlah.Pergi lah ke BANDAR JERANTUT tu.Kedai KAUM mana yang banyak?MELAYU ke?Kalau bukan MELAYU,masa bila tanah dan harta negeri ni banyak pindah milik?Masa PAS memerintah ke?Masa bila tu?Sebelum MERDEKA agaknya?Cakap macam orang tak sedar diri!

Sumber dari http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

PM kita derhaka pada Felda ?

Berikut adalah Surat Terbuka oleh Dr. Tan Kee Kwong yang menuduh Najib mufliskan Felda..

Beliau menceritakan apa yang terjadi kepada Felda setelah Najib menguasainya selama 5 tahun.

Telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan Google Translate



Saya menulis surat ini dengan hati yang sangat berat.

Supaya perspektif difahami, selepas jiwa saya lama mencari, saya telah menyertai parti Keadilan pada bulan Ogos 2008.

Dari tahun 1999 hingga tahun 2004, saya adalah Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi kerajaan Barisan Nasional.

Menteri saya, Tan Sri Kasitah Gadam telah mengutuskan saya untuk bertanggung jawab menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai semua hal Felda.

Pada tahun 2004, sebelum Najib mula mencampuri urusan Felda, Felda adalah kebanggaan industri kelapa sawit. Ia mempunyai 75 kilang kelapa sawit, aset bernilai RM 7 Bilion dan wang simpanan berjumlah RM 4,5 Bilion.

Apa yang saya baru saja mendengar amat mengecewakan.

Secara terbuka saya menuduh Najib sendirian yang menghancurkan Felda!

Setakat ini, dari jumlah wang simpanan RM 4.5 Billion itu, hanya baki RM 200 Juta yang tinggal. Bahkan sebenarnya dengan catatan harga CPO selama beberapa tahun terakhir, Felda, jika dikelola dengan baik pasti mempunyai reserve wang tunai sebanyak RM 6 Billion. Apa yang telah berlaku adalah sebaliknya , kini Felda hanya memiliki jumlah yang memalukan.

Ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia telah melantik dirinya sendiri untuk bertanggung jawab atas Felda. Dia memberikan alasan mengarut bahawa arwah ayahnya Tun Razak yang mulakan Felda, maka beliau harus meneruskan tradisi keluarga menjaga Felda.

Bahkan jika arwah Tun Razak tahu apa Najib telah buat terhadap, arwah akan berpaling dalam kuburnya.

Begitu juga dengan bekas Ketua Felda, Tan Sri Raja Alias. Tan Sri Raja Alias melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam menjaga Felda.

Alasan sebenarnya mengapa Timbalan Perdana Menteri yang sangat sibuk ingin menguruskan Felda sendiri sekarang sangat jelas.

Dia ingin mempunyai akses kepada simpanan wang Felda yang besar itu.

Apa yang memakan masa 40 tahun tahun lamanya untuk dibina,dihancurkan oleh Najib dalam masa 5 tahun sahaja.

Rujuk kepada perkara lain, saya baru mendengar di NTV 7 berita bahawa kerajaan BN akan membeli 3 kapal luar biasa untuk Tentera Laut berharga RM 2.2 Bilion!

Hanya beberapa hari lalu Dato Idris Jala mengumumkan bahawa jika kita tidak waspada, kita akan menjadi seperti Greece dalam lingkungan masa 9 tahun.

Jika keadaan sekarang pun sudah begitu teruk, bagaimana Kerajaan boleh menjustifikasikan menghabiskan begitu banyak wang untuk membeli kapal, sedangkan Dato Idris Jala tegaskan kita tidak punyai wang itu?

Jadi sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat HARUS mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam Pemilihan Umum akan datang. Ini adalah keutamaan kita untuk menyelamatkan negara. Jika Pakatan mengambil alih dalam masa 20 tahun itu akan terlalu terlambat, kerana negara sudahpun muflis.

Jadi Rakyat Malaysia buka mata anda untuk melihat bagaimana negara ini dihancurkan oleh tokoh-tokoh politik yang tamak dan korup dari UMNO / BN.

Tendang mereka keluar dari Putrajaya! Daftar sebagai pengundi sekarang!

Sumber dari luar....

Kami kata:-Baca dan nilaikan apa yang telah dan sedang berlaku.....

Sunday, June 13, 2010

Betul ke ni???????Atau cuma dakyah PEMBANGKANG?????

Sekadar renungan buat masyarakat di JERANTUT..........

M'sian Minister bought £8.5 million Holland Park home

Holland Park is one of the most romantic and peaceful parks of central London

There is a rumour going around that a Malaysian Minister bought an £8.5 million home in the Holland Park, London area. At an exchange rate of 4.78 Malaysian Ringgit per Sterling Pound, that comes up to RM40.63 million.

For that kind of money, no Malaysian Minister can afford such a home based on Minister's salary and allowances. For that Minister to buy such a home, it has to come from sources other than his paycheck. One can only imagine his/her wealth.

The rumour told to this blogger came with a name but there will be no name mentioned. It will be more fun to smoke this Minister out of his foxhole. This means 'spreading this rumour' and watching out for initial reactions.

Let's give our own local bred sleuth solver and mystery hound a crack at figuring out the Minister.

Using the available clue, one can start asking question. Move on from there.

First and foremost, let's understand the part of London called Holland Park. Below is an extract from Wikipedia and a suitable map of Holland Park.

Holland Park is a district and a public park in the Royal Borough of Kensington and Chelsea, in west central London in England. It covers an area of about 22 hectares (54.36 acres) and is considered one of the most romantic and peaceful parks of central London.

Holland Park has a reputation as an affluent and fashionable area, known for attractive large Victorian townhouses, and high-class shopping and restaurants. There are many popular shopping destinations located around Holland Park such as High Street Kensington, Notting Hill, Holland Park Avenue, Portobello Market, Westbourne Grove, Clarendon Cross, and Ledbury Road.

Though there are no official boundaries, they are roughly Kensington High Street to the south, Holland Road to the west, Holland Park Avenue to the north and Kensington Church Street to the east. Holland Park Avenue is at the boundaries of four CAS wards: Norland, Holland, Pembridge, and Campden.
To understand the architecture and types of property of this upmarket area, we refer to an extract of the history of Holland Park and accompanying pictures from Wikipedia below:

Holland House in 1812
The district was rural until the 19th century. Most of it was formerly the grounds of a Jacobean mansion called Holland House. In the later decades of that century the owners of the house sold off the more outlying parts of its grounds for residential development, and the district which evolved took its name from the house.

It also included some small areas around the fringes which had never been part of the grounds of Holland House, notably the Phillimore Estate (there are at least four roads with the word Phillimore in their name) and the Campden Hill Square area.

In the late 19th century a number of notable artists (including Frederic Leighton, P.R.A. and Val Prinsep) and art collectors lived in the area. The group were collectively known as "The Holland Park Circle". Holland Park was in most part very comfortably upper middle class when originally developed and in recent decades has gone further upmarket.


Royal Crescent in October 2009

Of the 19th century residential developments of the area one of the most architecturally interesting is The Royal Crescent designed in 1839.

Clearly inspired by its older namesake in Bath, it differs from the Bath crescent in that it is not a true crescent at all but two quadrant terraces each terminated by a circular bow in the Regency style which rises as a tower, a feature which would not have been found in the earlier classically inspired architecture of the 18th century which the design of the crescent seeks to emulate.

The design of the Royal Crescent by the planner Robert Cantwell in two halves was dictated by the location of the newly fashionable underground sewers rather than any consideration for architectural aesthetics.

The stucco fronted "crescent" is painted white, in the style of the many Nash terraces which can be elsewhere in London's smarter residential areas. Today many of these four storey houses have been converted to apartments, a few remain as private houses. The Royal crescent is a listed Grade 2.

Holland Park is now one of the most expensive residential districts in London or anywhere in the world, with large houses regularly listed for sale at over ten million pounds sterling.

A number of countries maintain embassies here. Simon Cowell lives in Holland Park when he is in London. As does the actress Anita Dobson and her husband Brain May the Queen lead guitarist.
Why is our Malaysian Minister so keen on being in the same neighbourhood with Brian May or Simon Cowell?

That gives a clue for his psyche. Our Malaysian Minister need to flaunt his wealth instead of lying low with his allegedly ill gotten gain.

Unless some financially strapped Sir, Lord, or celebrity had to sell their second or third home at fire sale price, our Malaysian Minister did not buy a large house for £8.5 million.

Kami Kata:-Lu pikirlah sendiri.Kalau rakyat susah,bukan mereka nak peduli.Tapi tengok apa yang mereka cuba dapatkan sementara mereka masih berkuasa!

Sumber dari http://pemudajerantut.blogspot.com

Thursday, June 3, 2010

Penjawat awam saje ke?????

418,200 penjawat awam babit rasuah



Cuepacs kerjasama dengan SPRM pastikan kakitangan kena tindakan

TEMERLOH: Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah tahun lalu, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Beliau berkata, angka itu membimbangkan dan Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan kakitangan yang terbabit dikenakan tindakan tegas.

"Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogok penjawat awam.

"Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, semalam.

Omar berkata, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Kami kata:Tahniah dan terima kasih kepada CUEPACS atas saranan dan tindakan yang akan diambil kepada semua pesalah tanpa mengira pangkat dan darjat.Tapi,betul-betul ke ni?

1.Kalau cuma penjawat awam saja yang dikenakan tindakan,macamana pula dengan yg bukan penjawat awam.Maksud saya oleh BADAN dan PENGUASA yang lain.Cuba baca apa yang saya BACA di blog SPU....
(komen pembaca)

pegawai malang jerantut said...

salam, kami dipejabat tanah tidaklah seburuk yang diduga. Kami menjalankan tugas mengikut peraturan dan undang2.Jika ada kelemahan kami akui bukan keseluruhan ianya hanya segelintir. Ini masalah manusia terdapat dimana-mana. Jika ada pihak samada datang secara sendiri atau melalui wakil rakyat kami tetap melayannya dengan baik dan cuba menyelesaikan dengan secepat mungkin. Bagaimanapun memang kami akui ada yang terlepas pandang.

Berdasarkan pengamatan kami beberapa tahun kebelakangan ini wakil rakyat tuan-tuan tidak pernah sekali pun membawa masalah permohonan tanah penduduk untuk kami siasat dan selesaikan kecuali mereka hanya hadir dalam mesyuarat jawatan kuasa Tanah Daerah sahaja.

Setahu kami ada diantara wakil tuan-tuan sering berjumpa kami hanyalah untuk menyelesaikan banyak permohonannya peribadi dan bukan masalah penduduk.

April 29, 2010 3:21 PM

Jadi apa tindakan yang patut diambil?Adakah cukup cuma berdiam diri?Ataupun sekadar LEPAS TANGAN?

Komen pembaca diatas juga sebenarnya yang pemimpin(sesetengah) cuma pentingkan diri masing-masing,bukan rakyat yang telah memilih mereka.

Jadi siapa lagi yang hendak diharapkan oleh orang biasa(penjawat awam ataupun bukan!) dalam meneruskan ketelusan dan hak-hak mereka?BN?Mungkin tidak?

Tuesday, June 1, 2010

JKKKihkihkihkih!

JKKK harus bijak mentadbir - wan Amizan


WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK (duduk, tiga dari kanan) bersama ahli dan pengerusi biro JKKK selepas penyerahan watikah di Jerantut Feri, Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 31 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran pengurusan bagi membantu mereka berperanan dengan lebih proaktif dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, adalah diyakini JKKK dapat membantu kerajaan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, JKKK harus bijak mentadbir supaya persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir dapat dileraikan dengan tenang dan profesional.

"Terlalu banyak pandangan yang tidak betul. Banyak tanggapan dan pemikiran yang bercelaru di kalangan rakyat. Oleh itu, kita perlu dekati rakyat.

"Peringkat pengurusan JKKK terutamanya ketua kampung yang menjadi pengerusinya, hendaklah turut bertemu 'anak buah' dengan menasihati mereka, mengadakan aktiviti dan mengunjungi surau, masjid, kenduri-kendara dan rumah ahli kariah setempat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan ahli JKKK/Pengerusi Biro JKKK dan penyerahan tugas di Kampung Jerantut Feri di sini.

Kami kata:-OOOooooo.Patutlah ramai Tok Empat mengeluh sebelum ni.Kena pecat lah,kena buanglah.Orang tak pilih semula lah.Rupanya nak lantik ORANG BARU.Ada juga orang lama tak?

Tapi,apa-apahal pun tahniah lah pada Pengerusi JKKK yang telah dilantik untuk mengisi Jawatan Tok Empat ni.Tapi ingatan kami,janganlah PILIH BULU ketika memberi kelulusan atau sokongan masa orang kampung nakmohon apa-apa.Ini kang tidak,asyik duk pilih dan sokong orang yang rapat dengan dia je.Itu belum kira yang nyokong pembangkang lagi tu.Silap gaya,nak hidup pun susah!

Sumber dari luar........

10 Dalil Mengapa Wan Amizan Tak Boleh Jadi ADUN Lagi



Rakyat Jerantut, Pemimpin UMNO sekelian. Ini dalilinya:

1. Wan Amizan tidak ada pelajaran.

2. Dia menipu rakyat Jerantut dia kelulusan Post Graduate University Chelsire. Dia tak abis Tingkatan 2 pun.

3. Dia tidak pernah perjuangkan rakyat.

4. Dakwaan WZWH pencacai Wan Amizan yang Wan Amizan bawa projek 260juta bukan utk rakyat. Wan Amizan ada kepentingan dalam seluruh projek berkenaan.

5. Wan Amizan pengamal politik wang yang tegar.

6. Wan Amizan buat apa saja untuk menang termasuklah merasuah perwakilan syabu dan ice dgn dadah dalam Pemuda.

7. Dengan cara membela Pemuda yang tak boleh pakai, penagih dan harap disuap mulutnya Wan Amizan akan menjahanamkan UMNO. Kepimpinan lemah sbb gagal menarik bijak pandai menyertai UMNO.

8. Wan Amizan perampuk tanah dan Bapa Peneroka Tanah Haram Jerantut.
9. Wan Amizan seorang yang rendah moralnya. Kaki dandut, minum, dan syabu.

10. Wan Amizan ada kes bawa lari anak dara orang dan orang berkenaan datang dari DUN yang dia wakili.


Copy dan paste dari http://cawantembaga.blogspot.com/

Kami kata:-Ini bukan lah rekaan Sidang N9 TAHAN.Ini adalah artikel yang kami petik dari blog yang alamatnya tertera di atas.Nampaknya,berbagai tuduhan telah dibuat dan pelbagai perkara telah diperkatakan.Adakah pimpinan di Jerantut ini sudah tidak ada KREDIBILITINYA?Mana kah janji dalam PRU yang lepas dan sebelum2 ini?Kata nak perjuangkan rakyat,tapi nampaknya jelas sekali tidak begitu.Jadi apa gunanya WAKIL RAKYAT yang seperti ini?BANGKAI!