Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, February 10, 2010

Siasat dan ambik tindakan!

Polis selesai siasatan kes Nasir

MELAKA: Polis negeri ini dijangka menyerahkan kertas siasatan kes membabitkan bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan, selewat-lewatnya hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang mengesahkan perkembangan itu berkata, pasukan penyiasat yang dilantik mengendalikan kes itu selesai melakukan tugasan termasuk mendapatkan keterangan Nasir.

“Penyiasat sudah mendapatkan keterangan berhubung kes ini daripada Nasir di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

“Kini dokumen siasatan dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada saya pada Jumaat ini,” katanya, semalam.

Tindakan untuk menyiasat Nasir susulan kenyataannya pada Program Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 2 Februari lalu didakwa berbaur perkauman.

Polis dilaporkan menerima 45 aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu itu sejak hari kejadian, membabitkan 13 dari Perak, sembilan (Melaka), lima (Kedah), empat (Pulau Pinang, Pahang dan Selangor) dan masing-masing tiga dari Negeri Sembilan dan Johor.

Difahamkan juga sekurang-kurangnya 30 saksi dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan wartawan.

Nasir, 61, yang meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri sehari selepas kejadian berkenaan, disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Kami kata:-Perkara ini mungkin tak berapa nampak kalau tidak diperhati.Ucapan yang berbaur perkauman ini sebenarnya boleh mengakibatkan pelbagai tindakan ataupun penyusulan yang mungkin jadi ekstrem atau melampau.Contoh seperti rusuhan kaum,perbalahan dan hina-menghina.Kita tak perlu nak tolak kewujudan bangsa lain selain MELAYU di tanah Malaysia ni.Sebab apa kata macam tu?Sebab orang-orang yang telah meluluskan dan menjalankan JUS SOLI adalah datang dari satu PARTI dengan PERDANA MENTERI sekarang.Jadi perkara ini tidak boleh ditarik semula.Tak perlu keluar ayat seperti'HANTAR MEREKA PULANG KE TONGSAN'atau 'BASAHKAN KERIS DENGAN DARAH CINA'.Sebab apa?Sebab takut esok orang lain yang beria bercakap,orang lain yang kena tangkap!Tapi Nasir ni pergi ke situ atas kapasiti apa?Kalau cuma membaca ucapan,TOLONG SIASAT PENULIS UCAPAN dan mereka yang terlibat dengan UCAPAN itu.UCAPAN SIAPA?WAKIL SIAPA?ARAHAN SIAPA?

No comments: