Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, February 2, 2010

UMNO Kelantan tiada kuasa

JELI 31 Jan. - Badan Perhubungan UMNO Kelantan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakannya yang bertentangan dengan dasar parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam hal ini hanya Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mempunyai kuasa untuk mengambil apa juga tindakan ke atas mana-mana pemimpin yang terlibat.

Sehubungan itu katanya, UMNO Kelantan tidak akan mengambil apa-apa tindakan sebaliknya membiarkan MT UMNO untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

"Kita tidak ada apa-apa kuasa untuk mengambil tindakan. Terserah kepada MT UMNO kalau mahu mengambil tindakan (ke atas Tengku Razaleigh)," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Razaleigh selepas menyertai Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu Khamis lalu untuk mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Pada majlis itu juga, Tengku Razaleigh sekali lagi menegaskan bahawa sebagai individu yang terlibat dengan penubuhan Petronas, beliau tahu kerajaan negeri mempunyai hak menerima royalti berdasarkan Akta Petroleum 1974.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu mendakwa, royalti itu masih tetap milik Kelantan walaupun pada kawasan yang bertindih dengan Thailand dan ini bertentangan dengan pendirian Kerajaan Pusat yang menetapkan Kelantan hanya layak menerima wang ihsan.

Sementara itu Mustapa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh jika berpeluang untuk membincangkan hal tersebut.

"Sebelum beliau berucap kami dah jumpa banyak kali dan bercakap mengenai perkara ini.

"Oleh itu kalau ada peluang kami akan berjumpa lagi untuk menjadikan perkara ini lebih jelas," ujar beliau.

Kami kata:-Orang melayu ni biasanya akan mula bercakap tentang perpaduan apabila mereka atau kumpulan mereka dilanda masalah.Macam selepas PRU12 yang lepas dimana BN hanya menang majoriti sikit berbanding PR.Jadi terdengar bunyi2 yang inginkan perpaduan,inginkan penyatuan.tetapi itu semua pada pendapat kami hanyalah ketika sesuatu perkara yang dilaungkan semasa tersepit.Pada pendapat kami sekiranya Ku LI ingin bersama dengan rakyat Kelantan menuntut ROYALTI bukan IHSAN,biarkan dia.Ini adalah untuk membangunkan rakyat dan negeri Kelantan yang majoritinya orang MELAYU!Kalau kaum lain boleh duduk semeja membincangkan kepentingan bersama,kenapa kita tidak boleh?Berbeza sangatkah kita?meLAYU sangatkah kita?

No comments: