Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Wednesday, February 24, 2010

Kata tak elok?

Shahrizat usahakan cuti 90 hari



BENTONG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan terus memperjuangkan cuti bersalin 90 hari seperti yang sudah dilaksanakan di kebanyakan negara.

Beliau berkata, cuti bersalin 60 hari terlalu singkat jika dibanding kebanyakan negara lain yang memperuntukkan minimum 90 hari dan maksimum sehingga setahun.

“Kita perlu melihatnya dalam pembangunan keluarga dan perkembangan bayi, bukan dengan pandangan sempit.

Kami kata:-Cadangan ini rasanya telah lama diberi oleh PAS melalui Mursyidul Am,Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.Tetapi semasa cadangan ini dikeluarkan oleh PAS dahulu bermacam-macam alasan diberi untuk tidak menerimanya.Tidak produktif la,mengganggu prestasi kerja la,bakal menimbulkan masalah la dan macam-macam lagi.Tapi kenapa sekarang nak diperjuangkan pulak?Adakah kerana sokongan rakyat semakin merosot dan ini adalah untuk menarik sokongan kaum WANITA?Cadangan ni memang ada kebaikannya.Tapi kalau keluar dari PAS,semua tak elok belaka!



Tuesday, February 23, 2010

Janji macam mana ni Datuk Seri????????


Rakyat tentukan nasib BN




Agenda pembangunan jadi keutamaan: Najib

SRI AMAN: Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan nasib Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum akan datang, kerana yakin rakyat boleh membezakan antara politik retorik dan politik realiti.

"Saya menyerah kepada rakyat. Saya tak dabik dada, cakap besar dan mendakwa boleh menang besar. Apa yang penting kita mesti bersikap rendah diri, bukan cakap besar.

Terdahulu, berucap pada majlis sama, Najib berkata beliau mahu menjadi pelengkap kepada agenda pembangunan luar bandar diasaskan oleh Allahyarham ayahnya, Tun Abdul Razak.

"Biarpun penampilan saya dengan arwah berbeza, namun semangat dan misi kami adalah sama, dengan agenda pembangunan luar bandar amat dekat di hati.

"Biarlah waktu saya jadi Perdana Menteri ini, kita selesaikan agenda pembangunan luar bandar termasuk untuk Sarawak dan Sabah, dua negeri yang penting bagi kita, sebab kedua-dua negeri ini saya anggap sebagai 'fixed deposit' (simpanan tetap) untuk Barisan Nasional (BN), selain ia cerminan gagasan 1Malaysia," katanya.


Kami kata:-Cantik ucapan dan azam DS Najib ni.Menyatakan tentang keinginan untuk memajukan luar bandar seperti Arwah ayahnya dahulu.Sarawak mungkin jadi tempat yang bagus untuk bermula.Tapi kenapa negeri sendiri belum settle?Nak buat pembangunan di Sarawak tu bukan tak boleh.Tapi di Pahang ni macam mana?Di DUN TAHAN ni sendiri pun belum selesai lagi.Janji jalan raya yang akan dibina sekiranya menang telah lama berkumandang.Tapi sampai hari ni belum boleh settle juga.Sibuk nak bangun negeri orang.Ye lah kan,kera dihutan disusukan,anak di rumah mati tak makan!mana dia jalan raya dari KUALA TAHAN ke dalam sana,Kg Pagi,Kg Bantal,Kg Bukit Mat Daling,Kg Gusai?Saja nak tunggu PILIHANRAYA akan datang ke baru nak buat JANJI lain pulak?Kalau macam tu,memang tak boleh pakai la kenyataan PEMIMPIN-PEMIMPIN BN dan UMNO ni!Poooorrrraaahhhhh!!!!

Saturday, February 20, 2010

SEMBANG!!!!!!!

Biar mahkamah tentukan Anwar bersalah atau tidak – Muhyiddin


PUTRAJAYA 19 Feb. – Proses perundangan yang sedang dilalui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berhubung kes pertuduhan liwat yang dihadapinya akan diteruskan kerana Malaysia mengamalkan sistem menghormati undang-undang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dalam soal sebegini, kita tidak boleh menghukum mengatakan Anwar bersalah atau tidak, kerana mahkamah yang akan memutuskannya,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai saranan pakatan pembangkang agar sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat terhadap Anwar.

Muhyiddin berkata, beliau hairan dengan cadangan itu kerana ia dibuat oleh mereka yang kononnya tahu tentang amalan demokrasi di negara ini.

Beliau berkata, kes itu telah berada di peringkat mahkamah (kehakiman/judisial) dan ia bidang kuasa yang berbeza daripada legislatif.

"Perkara itu sudah sampai di peringkat mahkamah, dan biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya dan kita perlu menghormatinya.

"Kita juga jangan menjatuhkan hukuman awal-awal, seolah-olah orang itu sudah bersalah atau tidak bersalah. Saya fikir Ahli-Ahli Parlimen tahu di mana peranan Ahli Parlimen dan di mana peranan hakim dan mahkamah.

"Kenapa perlu dicampuradukkan kerana ia akan membawa kekeliruan kepada negara,” katanya. – Bernama


Kami kata:-HHeeemmm,sedap sangat kata kalau kena kat orang!Kalau dia?...........

1.Sebelum Anwar dijatuhkan hukuman tahun 1998 dulu,kenapa tindakan diambil sebelum mahkamah memberi keputusan?Siapa yang ambil tindakan pecat dan buang?

2.Sebelum MB Haram Perak menang di Mahkamah,kenapa rampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat?Siapa yang buat tindakan tu?

3.Sebelum ada apa-apa keputusan Mahkamah tentang ROYALTI MINYAK Terengganu,kenapa ia di tarik balik semasa PAS memerintah negeri Terengganu?Siapa punya kerja tu?

Siapa itu(Nada Lagu Tan Sri P.Ramlee!!!)

MACC to reveal more on Minister's aide's arrest


PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will issue a statement tomorrow on the progress of its investigation into the arrest of a former political secretary to a senior minister, Hasbie Satar, caught with RM2 million at his apartment in Teluk Air Tawar, Butterworth, last week.

MACC deputy chief commissioner (Operations) Datuk Mohd Shukri Abdull told The Malay Mail this via a text message.

However, he declined to confirm nor deny when asked if the minister would also be questioned.

We also learnt that the minister in the Prime Minister's Department is most likely to be interviewed by the commission "in the next few days" as a routine procedure for investigators probing graft cases.

Meanwhile, another aide to the minister concern told The Paper That Cares there was no indication that the minister will be called up by MACC anytime soon.

It was reported on Monday that Hasbie Satar, the political secretary to the Minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop had tendered his resignation effective Sunday.

The one-paragraph statement did not state the reason for the resignation. He was made political secretary shortly after the 2008 general elections.

It was also reported yesterday that MACC officers had raided an apartment in Teluk Air Tawar, Butterworth, at 3.30pm last Thursday and detained the political secretary.

The raiding team seized cash in bundles of RM5, RM10, RM50 and RM100 notes totalling about RM2 million.

Two luxury cars were also seized in the raid while the political secretary’s bank accounts have been frozen. It was also reported that investigators had identified several other people linked to the case and would also be calling them soon to assist in investigations.

The political secretary is alleged to have amassed a fortune for acting as a middleman for arranging the approval of projects for certain individuals.

Kami Kata:-Breach Of Trust?Bukan kecik punya makan ni.Besar yang AMAT!Itu belum jadi Menteri lagi.Baru Setiausaha Menteri.Kalau S/U Menteri banyak tu,MENTERI banyak mana agaknya?Entah-entah BERLIPAT,LIPAT,LIPAT,LIPAT KALI GANDA!!!!

Apa tunggu lagi????????????


Kartika sedih sebatan belum dilaksana

IPOH: Ibu dua anak yang disabitkan dengan kesalahan meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, sedih kerana hukuman sebat terhadapnya belum dilaksanakan hingga terpaksa menangguhkan hasratnya menunaikan umrah yang dirancang Mac ini.

Kartika Sari berkata, berita mengenai hukuman sebat dijalani tiga wanita di Penjara Wanita Kajang membuatkannya sedih kerana sepatutnya beliau sudah menjalani hukuman serupa seperti dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Katanya, perkembangan itu menyebabkan beliau tertekan kerana seolah-olah 'dipermainkan' pihak tertentu.

Kartika Sari berkata, beliau belum mendapat pengesahan hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) atau Penjara Wanita Kajang berhubung pelaksanaan hukuman sebatnya.

"Difahamkan peguam saya sudah menghantar surat untuk menghadap Sultan Pahang baru-baru ini dan kami masih menunggu jawapan istana," katanya.
Ditanya mengenai surat memohon perkenan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, beliau berkata, urusan itu diserahkan kepada peguamnya.

Kami kata:-cerita pasal hukuman ni dah lama bermain di laman web dan di dada akhbar.keputusan telah dibuat di mahkamah tetapi masih belum dilaksanakan. Adakah ini tidak dikira sebagai MENGHINA MAHKAMAH?sebabnya keputusan dah ada,tapi belum dilaksanakan.Nak tunggu apa lagi?Tunggu tukang sebat turun dari langit?pesalah dah mengaku dia bersalah,mahkamah dah nyatakan dia bersalah.Lagi lama dibiarkan,lagi teruk tekanan pada pesalah ni.Adakah pihak berKUASA(di sini maksudnya PIHAK YANG ADA KUASA!) TAK KUASA nak buat?Bukankah negeri Pahang ada pihak yang BIJAK PANDAI dan MAHIR dalam hukum ini?Tunggu apa lagi?

Wednesday, February 17, 2010

Cakap banyak!!!!!!!


Desakan bukan atas dasar keadilan - Ezam



KUALA LUMPUR 16 Feb. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor (gambar) yakin desakan 50 ahli Parlimen Australia supaya pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim digugur tidak berasaskan prinsip keadilan.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu jelas bermotifkan kepentingan politik mereka untuk memberi gambaran buruk terhadap Malaysia.

"Kenyataan mereka bukannya berasaskan prinsip keadilan sebaliknya berbaur kepentingan politik semata-mata.

"Jika mahu bercakap tentang keadilan, kenapa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi apabila ribuan nyawa tidak berdosa di bunuh di Gaza sebagaimana Parlimen Malaysia yang membuat sesi khas mengutuk kekejaman itu," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan 50 ahli Parlimen Australia supaya kerajaan menggugurkan pertuduhan kes liwat Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

"Di negara asing seperti Australia memang sentiasa ada segelintir kecil bekas rakyat Malaysia yang mempunyai prasangka buruk dan mengambil peluang dalam kes yang boleh memburukkan imej negara termasuklah kes liwat Anwar.

"Malah kalau dikaji komen-komen melampau dalam blog-blog anti Malaysia kebanyakannya dibuat oleh golongan ini," katanya.

Kami kata:-Ezam oh Ezam.Senyap sekejap bunyi balik,senyap seketika,bunyi semula.Kenapa mempertikaikan tindakan orang lain?kenapa persoalkan hal orang lain?Bukankah kamu dulu salah seorang ORANG KUAT DSAI?Tapi kenapa berpaling muka?Kenapa bertukar arah?Adakah sudah tidak percaya?Kalau imej yang dijaga,apa buktinya?Mana hilang DOKUMEN-DOKUMEN RAHSIA 6 KOTAK dulu?Kenapa tak buka dan nyatakan?Adakah ada udang di sebalik batu?Kalau dari awal dulu dah salah kenapa,kenapa kamu ikut juga? Jangan2 ada benda lain?Rrrrrrraapat,rrrraaaapaaat!Ada rahsia tentang kerajaan yang kamu belum tahu.Sumpah KKKKkeeerrraaaamat kita buktikan!Mana dia???????

Saturday, February 13, 2010

Ye ke ni??????

Pembangkang Perak tak wajar kenakan syarat

Tindakan sukarkan kerajaan laksana program majukan negeri

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak wajar mengenakan sebarang syarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak kerana ia bakal menimbulkan kesulitan kepada kerajaan membangunkan rakyat dan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang sepatutnya menunjukkan keikhlasan memberi sumbangan dalam memperjuangkan agenda pembangunan rakyat.

Beliau berkata, Perak tidak mungkin boleh maju jika hanya satu pihak terbabit kerana wakil rakyat sama ada pembangkang atau kerajaan mempunyai peranan penting untuk terus memperkasakan pembangunan negeri.

Kelmarin, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dibenar menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk aktiviti, selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input untuk kepentingan rakyat Perak.

Di samping itu, pembangkang mahu peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat mereka untuk memudahkan pihak berkenaan menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata apa juga dasar yang baik wajar mendapat sokongan pembangkang kerana mereka tidak boleh membuat perkara yang boleh merugikan rakyat.

Justeru, beliau mengharapkan kerjasama yang hendak diberikan wakil rakyat pembangkang adalah perubahan yang baik, sekali gus mengurangkan `politiking' dan menumpukan terhadap usaha membela rakyat Perak.


Kami kata:-permintaan-permintaan ini pada kami adalah berpatutan dan masuk akal.Sebab,apa guna jadi ADUN kalau kemudahan yang ada tak boleh digunakan.Kalau mereka nak berjumpa dengan rakyat,kenapa perlu ada sekatan seperti penggunaan dewan dan kemudahan lain.Adakah kerajaan tidak ikhlas?Satu lagi tentang peruntukan yang SEPATUTNYA diberi kepada ADUN2 dari pembangkang.Kenapa perlu ada pilih kasih.Kami kata demikian kerana DUN N9 TAHAN pernah dimenangi oleh ADUN dari PAS.Tetapi semasa beliau berkhidmat, peruntukan tidak disalurkan terus ke PEJABATNYA tetapi diberi kepada orang lain untuk diuruskan.Kenapa terjadi hal begini?Ini akan melambatkan bantuan kepada rakyat terbanyak. Adakah KERAjaan tidak mengambil berat tentang kebajikan masyarakat sedangkan mereka masih ramai yang susah?Jangan cuma TANAM TEBU DIPINGGIR BIBIR!Buktikan dengan perbuatan anda!Jangan jadi PENGECUT!

Thursday, February 11, 2010

Tertipu?Menipu?Ditipu?

Dr. M ulas isu MV Agusta

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Selepas hampir empat tahun, isu penjualan 57.75 peratus pegangan saham Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam MV Agusta Motor Spa (MV Agusta) pada harga 1 euro (RM4) sekali lagi dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Isu itu timbul rentetan laporan edisi terbaru Robb Report iaitu sebuah majalah untuk golongan kaya dan ternama mengenai kedudukan semasa MV Agusta selepas ia dibeli oleh pengeluar motosikal Harley Davidson.

Dalam entri bertajuk MV Agusta Again yang disiarkan dalam laman blognya, www.chedet.co.cc, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton memetik laporan di bawah seksyen "Front Runners" majalah tersebut yang berbunyi:

"MV Agusta baru yang terus hidup dengan sempurna... Sejak mendapatkan MV Agusta pada harga lebih AS$100 juta (RM340 juta) pada 2008, Harley Davidson telah membantu mencergaskan semula jenama Itali yang berusia 65 tahun itu. MV Agusta baru 2010 (www.mvagustausa.com) membuat penampilan pertama pada November..."

Mengulas mengenainya, Dr. Mahathir berkata, rakyat mungkin masih mengingati Proton menjual pegangan sahamnya pada harga RM4 kepada syarikat Itali yang tidak dikenali yang kemudiannya menjual sebahagian daripada saham itu kepada Harley Davidson pada harga lebih RM340 juta.

Katanya, rakyat juga masih ingat bahawa baki saham itu dijual kepada BMW dengan harga yang hampir sama.

"Jadi kita menjual sesuatu dengan harga RM4 kepada pembeli misteri dari Itali yang menjualnya semula pada harga melebihi RM680 juta.

"Kita juga mungkin tahu Proton (sebelum itu) membeli sebahagian daripada MV Agusta pada harga kira-kira RM560 juta," katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, pengurusan Proton terdahulu mendakwa penjualan pada harga RM4 itu bertujuan menyelamatkan jutaan ringgit aset syarikat pengeluar kereta nasional itu.

"Saya dilantik sebagai Penasihat Proton tetapi sewaktu era pengurusan terdahulu, merekalah yang menasihatkan saya bahawa penjualan telah dibuat.

"Nyata sekali tugas penasihat ialah menerima nasihat dan bukannya memberi nasihat," katanya sinis.

Ulasan:-Sekali orang lama berbunyi,mesti ada yang tak senang duduk.Macam perkara di atas,memang nampak KEBODOHAN pengurusan syarikat PROTON dalam menangani permasalahan tentang MV AGUSTA.Sampaikan harga beli adalah JAUH LEBIH TINGGI dari harga jualan.Kenapa sampai begitu rendah tahap pemikiran pihak pengurusan.Sekiranya MV disimpan dan dipulihkan,keuntungan akan jadi berlipat kali ganda.Kalau itu adalah perkara mustahil,kenapa syarikat lain boleh untung?Kita sibuk melaungkan MALAYSIA BOLEH tetapi pada hakikatnya tidak.Yang paling kami heran,di mana tahap pemikiran dan perancangan pihak syarikat.Adakah pihak ini setakat kelulusan DARJAH 3 sahaja?Kenapa kerajaan tidak memantau perkara ini?Kenapa semua seolah-olah lepas tangan sahaja?

sumber dari http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

Siasat segera!!!!!!!!

Status YBK diragui: Azan

KUANTAN – Pakatan Rakyat negeri ini meragui status Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Pahang yang dikatakan tidak aktif sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, Kerajaan Negeri seharusnya menyatakan status terkini yayasan itu kepada rakyat di negeri ini agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

Menurutnya, YBK Pahang merupakan sebuah organisasi di bawah Akta Pertubuhan Koperasi serta mempunyai aset-aset tertentu yang bernilai tinggi.

“Kita minta Kerajaan Negeri isytiharkan status terkini YBK Pahang sama ada ia masih aktif, dibubarkan atau dibatalkan operasinya.:

“Malah kita juga hairan mengapa tiada sebarang catatan mengenai yayasan itu dalam Buku Laporan Ketua Audit Negara,” katanya kepada media selepas upacara memasang tanglung di sekitar Jalan Air Putih, di sini semalam.

Beliau berkata, peranan YBK cukup penting kepada rakyat terutamanya merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Menurutnya, sekiranya yayasan itu sudah tidak aktif atau dibubarkan, bagaimana pula masalah kemiskinan rakyat di negeri ini dapat diatasi dalam jangka masa yang singkat.

“Isu YBK ini sudah mendapat perhatian umum terutamanya YBK Selangor untuk membasmi kemiskinan dan Pakatan Rakyat Pahang mendesak Kerajaan Negeri segera menyatakan statusnya,” katanya.

Sementara itu, Bekas Pengerusi YBK Pahang, Datuk Abdul Jabbar Ibrahim berkata, yayasan itu sudah tidak aktif sejak empat tahun lalu dan kini dalam proses mendapatkan perintah mahkamah untuk membubarkannya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Besar berkata, keputusan untuk membubarkan yayasan itu dibuat dalam satu mesyuarat exco beberapa tahun lalu.

“Keputusan itu dibuat kerana sudah ada beberapa yayasan lain di negeri ini yang fungsinya sama seperti YBK dan langkah pembubaran itu tidak menjejaskan hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan agenda membasmi kemiskinan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.


Kami kata:-Kalau mengata ke orang,memang sedap sangat.Ini laporan dah ada,berita pun dah keluar dalam media.Kenapa hal ini tidak disiasat?Kenapa pihak yang bertanggungjawab masih mendiamkan diri?Tidak adakah pihak berkuasa yang ingin sekurang-kurangnya memberi penjelasan tentang keadaan atau status YBK di PAHANG ni?Adakah mereka akan buat PEKAK sahaja dalam menangani aduan dan rungutan orang ramai seperti dalam kes ini? Hal-hal macam ni mesti ada terlibat dengan KEWANGAN atau WANG kerajaan.Jadi apa lagi yang ditunggu oleh kerajaan negeri?Siasat dan dedahkan bukti-bukti tentang YBK ni.Buktikan tiada apa yang diselewengkan.Barulah rakyat akan percaya.Atau ada perkara yang cuba disembunyikan?

Apa nak buat,nasib badan!!!!!!!!!!

Peluang pemimpin BN tingkat keyakinan rakyat

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah wajar dilihat sebagai peluang kepada kepemimpinan negeri meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pemerhati politik sependapat bahawa peluang yang terbentang itu wajar digunakan sebaik mungkin oleh Zambry untuk manfaat semua, bukan saja rakyat Perak.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustapa Ishak, berkata ruang yang diberikan selepas kira-kira dua tahun membazir masa dengan pelbagai tuntutan perundangan menyebabkan aspek pembangunan negeri dan rakyatnya terjejas wajar digunakan sepenuhnya.

"Zambry perlu buktikan beliau mampu memikul tugas berat ini dengan meneruskan kerja pembangunan, mendekati rakyat serta menangani masalah persepsi.

"Bagaimanapun beliau perlu berhati-hati kerana perbezaan kerusi antara BN dan pembangkang hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana macam-macam boleh berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, mahkamah memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan beliau yang dibuat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Kami kata:-Memang dalam adat bertanding,ada yang menang,ada yang kalah.Tapi tengoklah cara menang macam mana.Kalau banyak halangan atau helah untuk menang,cara itu bukan 'gentleman'.Tetapi sebagai rakyat yang mengikut undang-undang,kita kena teruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan dari pelbagai bidang.Masa dah banyak habis,jangan nak buang masa lagi.PRU13 dah dekat.Lebih baik kita tumpukan perhatian untuk merampas MALAYSIA secara keseluruhannya. Kerja baik kita akan dinilai dari gerak kerja kita yang berkesan atau efektif.Banyak buat daftar pengundi,tambah lagi keahlian kita.Kalau usaha bagus,insyaallah tuhan akan beri balasan setimpal.

Wednesday, February 10, 2010

Siasat dan ambik tindakan!

Polis selesai siasatan kes Nasir

MELAKA: Polis negeri ini dijangka menyerahkan kertas siasatan kes membabitkan bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan, selewat-lewatnya hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang mengesahkan perkembangan itu berkata, pasukan penyiasat yang dilantik mengendalikan kes itu selesai melakukan tugasan termasuk mendapatkan keterangan Nasir.

“Penyiasat sudah mendapatkan keterangan berhubung kes ini daripada Nasir di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

“Kini dokumen siasatan dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada saya pada Jumaat ini,” katanya, semalam.

Tindakan untuk menyiasat Nasir susulan kenyataannya pada Program Rapat 1Malaysia anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 2 Februari lalu didakwa berbaur perkauman.

Polis dilaporkan menerima 45 aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu itu sejak hari kejadian, membabitkan 13 dari Perak, sembilan (Melaka), lima (Kedah), empat (Pulau Pinang, Pahang dan Selangor) dan masing-masing tiga dari Negeri Sembilan dan Johor.

Difahamkan juga sekurang-kurangnya 30 saksi dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan wartawan.

Nasir, 61, yang meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri sehari selepas kejadian berkenaan, disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Kami kata:-Perkara ini mungkin tak berapa nampak kalau tidak diperhati.Ucapan yang berbaur perkauman ini sebenarnya boleh mengakibatkan pelbagai tindakan ataupun penyusulan yang mungkin jadi ekstrem atau melampau.Contoh seperti rusuhan kaum,perbalahan dan hina-menghina.Kita tak perlu nak tolak kewujudan bangsa lain selain MELAYU di tanah Malaysia ni.Sebab apa kata macam tu?Sebab orang-orang yang telah meluluskan dan menjalankan JUS SOLI adalah datang dari satu PARTI dengan PERDANA MENTERI sekarang.Jadi perkara ini tidak boleh ditarik semula.Tak perlu keluar ayat seperti'HANTAR MEREKA PULANG KE TONGSAN'atau 'BASAHKAN KERIS DENGAN DARAH CINA'.Sebab apa?Sebab takut esok orang lain yang beria bercakap,orang lain yang kena tangkap!Tapi Nasir ni pergi ke situ atas kapasiti apa?Kalau cuma membaca ucapan,TOLONG SIASAT PENULIS UCAPAN dan mereka yang terlibat dengan UCAPAN itu.UCAPAN SIAPA?WAKIL SIAPA?ARAHAN SIAPA?

Sunday, February 7, 2010

Banyak sangat dalihnya!!!!!!!!!!!!!!

'Atasi segera masalah dalaman'


MUHYIDDIN bersama Ahmad Bashah berbual dengan pengantin anak Ketua Wanita Umno Kodiang, Azmil Fahri Ahmad dan Intan Safarinaz Sabian di Kodiang, semalam.

Muhyiddin gesa parti komponen selesai kemelut untuk perkukuh BN

JERLUN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengarahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bermasalah menyelesaikan segera kemelut parti masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan BN.

Timbalan Perdana Menteri, berkata BN tidak mahu masalah dalaman parti komponen membawa kesan negatif sehingga menjejaskan sokongan rakyat.

"Kita sedar mengenai perkara ini dan sudah beritahu MCA serta parti komponen lain supaya segera menyelesaikan masalah mereka kerana kita tidak mahu ia membawa kesan negatif kepada BN dan menjejaskan sokongan rakyat.

"Mereka mesti ambil langkah segera dan soal parti dibereskan.

Muhyiddin berkata demikian mengulas beberapa parti komponen BN, termasuk MCA dan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang belum menyelesaikan pergolakan mereka.


Kami kata:-Laaaa,Tan Sri!belum selesai lagi ke?Ingat dah settle lama dah,rupanya dalam senyap macam API DALAM SEKAM!Patut lah dua,tiga hari ni media duk fokus ke PR je.Rupanya nak tutup masalah dalam BN.Kalau dah berjuang setakat nak cari kepentingan,memang kehendak dan keperluan ramai tidak akan dipeduli!Sebab tu lah bergaduh je tak berenti-renti.Lepas tu nak cover masalah dalam BN,hala media ke hubungan dalam PR.Duk kata tak sekata la,tak sependapat la.UMNO dan BN ni sependapat sangat ke?

Tuesday, February 2, 2010

UMNO Kelantan tiada kuasa

JELI 31 Jan. - Badan Perhubungan UMNO Kelantan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakannya yang bertentangan dengan dasar parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam hal ini hanya Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mempunyai kuasa untuk mengambil apa juga tindakan ke atas mana-mana pemimpin yang terlibat.

Sehubungan itu katanya, UMNO Kelantan tidak akan mengambil apa-apa tindakan sebaliknya membiarkan MT UMNO untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

"Kita tidak ada apa-apa kuasa untuk mengambil tindakan. Terserah kepada MT UMNO kalau mahu mengambil tindakan (ke atas Tengku Razaleigh)," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Razaleigh selepas menyertai Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu Khamis lalu untuk mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Pada majlis itu juga, Tengku Razaleigh sekali lagi menegaskan bahawa sebagai individu yang terlibat dengan penubuhan Petronas, beliau tahu kerajaan negeri mempunyai hak menerima royalti berdasarkan Akta Petroleum 1974.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu mendakwa, royalti itu masih tetap milik Kelantan walaupun pada kawasan yang bertindih dengan Thailand dan ini bertentangan dengan pendirian Kerajaan Pusat yang menetapkan Kelantan hanya layak menerima wang ihsan.

Sementara itu Mustapa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh jika berpeluang untuk membincangkan hal tersebut.

"Sebelum beliau berucap kami dah jumpa banyak kali dan bercakap mengenai perkara ini.

"Oleh itu kalau ada peluang kami akan berjumpa lagi untuk menjadikan perkara ini lebih jelas," ujar beliau.

Kami kata:-Orang melayu ni biasanya akan mula bercakap tentang perpaduan apabila mereka atau kumpulan mereka dilanda masalah.Macam selepas PRU12 yang lepas dimana BN hanya menang majoriti sikit berbanding PR.Jadi terdengar bunyi2 yang inginkan perpaduan,inginkan penyatuan.tetapi itu semua pada pendapat kami hanyalah ketika sesuatu perkara yang dilaungkan semasa tersepit.Pada pendapat kami sekiranya Ku LI ingin bersama dengan rakyat Kelantan menuntut ROYALTI bukan IHSAN,biarkan dia.Ini adalah untuk membangunkan rakyat dan negeri Kelantan yang majoritinya orang MELAYU!Kalau kaum lain boleh duduk semeja membincangkan kepentingan bersama,kenapa kita tidak boleh?Berbeza sangatkah kita?meLAYU sangatkah kita?

TANGKAP MEREKA!!!!!!!!!!!

Lebih ramai penulis blog hina Raja akan ditahan

JOHOR BAHRU: Lebih ramai penulis blog yang didapati menghina institusi beraja dan menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini, akan ditahan jika pihak berkuasa mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web terbabit.

Selain itu, katanya, pihak KDN akan terus bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar undang-undang hasutan serta menghina Raja.

"Kita akan menghukum mereka yang bersalah dan memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia tidak berleluasa dan merebak serta menyentuh emosi yang akhirnya apabila rakyat dibakar emosi, negara kita huru hara dan waktu itu sudah terlewat, " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini, semalam.

"Saya percaya tindakan kita menunjukkan kita serius, kita bawa sesiapa saja... anak polis dan ahli politik, jika didapati bersalah dan cukup bukti kita akan ambil tindakan di mahkamah.


P/S :-Kami bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri ni.Jadi kalau boleh siasat semua individu atau makhluk yang mempermainkan kebesaran Sultan dan Raja-raja Melayu di Malaysia ni.Dakwa mereka,hukum mereka.Kalau boleh bukan setakat penulis blog.Penulis dalam suratkhabar,penulis dalam majalah dan bermacam penulis lagi.KIta tengok balik dalam sejarah,siapa yang pernah hina Sultan atau Raja,kita tangkap semua.Mungkin boleh mula di Kelantan,dimana mereka-mereka yang pernah menghina sultan Kelantan dan juga di Terengganu yang pernah menghina Yang Dipertuan Agong.Tangkap mereka!

Petikan dari http://www.pemudajerantut.blogspot.com/