Seperti yang telah lama kita tahu,UMNO yang terkenal dengan perjuangan ‘ALIF, BA TA’ nya telah memegang tampuk pemerintahan Negara sejak sebelum merdeka lagi.
Begitu juga keadaan yang telah DITAKDIRKAN berlaku di JERANTUT.Parlimen Jerantut sejak dulu tidak pernah dimenangi oleh Parti lain selain UMNO dan BN.Cuma 2 DUN dalam Parlimen Jerantut pernah ditembusi PEMBANGKANG iaitu PULAU TAWAR(S46) dan TAHAN(PAS).
Kali ini saya ingin focus kepada Jerantut dan system pendidikan.’BA’ disini adalah merujuk kepada bangsa atau kaum Melayu itu sendiri(mengikut UMNO dan ALIF,BA,TA nya itu!)
Setelah agak lama berada di Jerantut dan kawasan Parlimen ini,saya tidak Nampak adanya KELEBIHAN dari segi pendidikan.LIPIS ada MRSM dan Maktab Perguruan.Temerloh ada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI),Jengka (YANG LEBIH BARU DAN KECIL DARI JERANTUT!)ada UiTM dan SEK. MEN. TEKNIK. Jerantut ada apa? Sekolah Asrama Melimpah(bukan ASRAMA PENUH!),Pusat SERENTI(IPT orang MUDA MELAYU)dan Sekolah Pemulihan Akhlak(dulu ada perempuan,sekarang tinggal lelaki sahaja).
Dengarnya dulu,MRSM LIPIS tu patut dapat ke kita.Tapi apa dah jadi?Mungkin LIPIS pemimpinnya lebih kuat!Bukan macam Jerantut,lembab serba-serbi!
Cuba bayangkan sekiranya ada Intitusi Pendidikan yang tersohor ni kat Jerantut?Bukankah anak tempatan bakal mendapat keuntungannya?(bukan setakat PROJEK dan ALI BABA sahaja!)banyak mana peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan?Biarpun setakat Tukang Sapu dan Budak Pejabat,masih ada peluang untuk orang setempat.Takkan nak ambik ORANG LUAR kerja disini.Itu kerja GILA!
Peluang anak tempatan untuk masuk ke ASRAMA PENUH juga adalah lebih.Bukankah itu dapat membantu mereka dalam masa depan mereka?Bukankah peluang itu yang patut diberi untuk menaikkan taraf hidup orang tempatan?
Jadi dimana PIMPINAN PARLIMEN JERANTUT?Kita pernah ada beberapa orang TIMBALAN MENTERI.Kita pernah ada beberapa orang EXCO NEGERI PAHANG.Kita juga ada EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.Tapi apa usaha mereka?Cukupkah setakat MENGGOMOLI dan MENGGAULI TANAH DAN HARTA SEKITAR PARLIMEN JERANTUT SAHAJA?Baguskah mereka kalau setakat MEMBINA EMPAYAR dan KEKAYAAN DIRI SENDIRI sedangkan orang TEMPATAN terus SUSAH dan MEREMPAT?Mana janji dan kata-kata PEMIMPIN SEKARANG DAN MASA DEPAN INI?Kalau sembang,ORANG BUTA PUN BOLEH!Jadi jangan berbohong dan mendabik dada bahawa kamulah pejuang AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR!
2 comments:
SAUDARA N9 TAHAN'
Saya mendengar banyak sungutan orang ramai mengenai pembangunan diDaerah Jerantut. Hari ini saudara secara berani menyuarakan pandangan saudara yang ikhlas itu. Sebagai rakyat yang tidak upaya saya mengakui bahawa kita masih jauh kekurangan dalam semua segi dan amat bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk membawa pembangunan kekawasan kita.
2. Baru-baru ini dalam menentukan plan struktur perancangan Daerah Jerantut telah mengadakan pembentangan draf kepada Ahli2 Majlis Daerah Jerantut. Saya salah seorang ahli yang telah berada dihujung tanduk turut sama memberi pandangan supaya diluluskan oleh Perancangan Bandar dan Desa negeri Pahang. Antara yang kita bincangkan:
1} Dua teras penting pembangunan sosio ekonomi Jerantut a} Pertanian b) Pelancungan. Maka saya tidak berpuas hati kerana dua saja dicadangkan. Saya meminta supaya ditambah lagi satu ia itu menjadikan Jerantut sebagi pusat pendidikan.Alasan saya Di Jerantut ada institusi ikan air tawar diPerlok b)Ada pusat ABC di Bukit Ketupat c). Advance Teknologi Coledge di Temin
d) PPTR, e} Asrama penuh Tahap. Jadi perancang bersetuju dan mencari lokasi yang luas untuk tapak pusat pengajian Beberapa tapak agak luas.
mereka juga bersetuju diadakan isntitusi penyelidikan di Kuala Tahan. Dengan penyediaan plan itu pandai2 lah pemimpin kita mengaturnya.
3.Saya juga mencadangkan supaya jalan dari perlok keMempaga dibina, lengkaran jerantut dua, jalan dari Jerantut- Hulu Terengganu, jalan dari Jerantut- sungai lembing semuanya dipersetujui.
Dulu kita gempar kononnya perancangan itu sudah ada. Bila dibentang sebenarnya masih tiada.
Jadi saudara kemampuan kita terhad setakat bidang kuasa kita yang kecil sahaja. Selebihnya terpulanglah kepada orang yang berkuasa.
Salam Dato'.terima kasih atas perhatian dan pandangan yang telah diberi.Sekiranya perkara ini masih dalam perhatian PIHAK BERKENAAN,maka beruntunglah masyarakat JERANTUT.Tapi jangan tinggal harapan sahaja,sebab harapan ni kadang-kala boleh membunuh.Dan jangan juga seperti KEGEMILANGAN KHIR JOHARI mempertahankan TULISAN JAWINYA....
Post a Comment