Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, May 1, 2010

Rasuah-Bahagian 1

Berikut adalah artikel yang menarik minat yang kami ambil dari http://www.sinarharian.com.my

Memerangi si pemberi rasuah

Oleh - Datuk Ahmad Khusairi Yahaya


Sejauh mana kefahaman masyarakat mengenai perbuatan memberi rasuah sebagai jenayah serius? Jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjarakan dan didenda.

Kebiasaannya, pendakwaan kes-kes rasuah yang dipaparkan media lebih berkisar kepada penerima rasuah, terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dikatakan mempunyai kuasa mengambil atau tidak mengambil sesuatu tindakan yang mana ia memberi manfaat kepada si pemberi rasuah.

Terdapat juga pandangan dan teguran segelintir masyarakat bahawa pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah. Ada juga antaranya tidak mengetahui memberi rasuah itu suatu kesalahan jenayah.

Bermula dari kewujudan Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, jelas memperuntukkan perbuatan memberi suapan rasuah merupakan kesalahan serius. Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.

Jika disabitkan dengan kesalahan ini, seseorang itu akan berhadapan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Rasuah salah di sisi agama, ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah”.

Rasuah tidak akan berlaku seandainya salah satu pihak, sama ada pemberi atau penerima tidak merestuinya. Rasuah akan berjaya dibanteras jika kedua-dua pihak terbabit enggan melakukannya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kami kata:-Seperti yang kita baca diatas,rasuah ini sebenarnya amatlah rosak dan merosakkan.Hukuman yang dikenakan mungkin cukup berat pada sesetengah orang tapi tidak pada yang lain.Kalau setakat RM10,000 mungkin bukan masalah kepada mereka yang berpendapatan lebih RM 30,000 sebulan.Jadi bagaimana ini akan membantu pengurangan RASUAH?Biasanya Pegawai Kecil dari jabatan kerajaan akan diambil tindakan atas kesalahan RASUAH yang kecil jumlahnya.Tapi pernahkan kita terfikir tentang mereka Yang Besar dan yang berpengaruh?Siapa yang akan mengambil tindakan terhadap mereka?Bersambung..........


No comments: