Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, May 1, 2010

Cerita dari Kuala Lumpur......

Polis suraikan perhimpunan tanpa permit di Dataran Merdeka




KUALA LUMPUR: Polis menyuraikan sekumpulan 500 orang yang berkumpul secara haram di Dataran Merdeka di sini bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena Hari Pekerja hari ini.

Tinjauan mendapati kumpulan itu berhimpun di luar pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar sejak awal pagi sebelum menuju ke Dataran Merdeka, manakala satu kumpulan lagi cuba memasuki perkarangan bangunan Parlimen pada 11 pagi.

Kira-kira 300 anggota polis berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Parlimen sejak awal pagi.

Selepas tidak dibenarkan berhimpun di Dataran Merdeka, kumpulan itu kemudian beredar ke perkarangan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor sambil melaungkan slogan serta membawa kain rentang yang membantah pelaksanaan GST.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, yang menyelaras perhimpunan itu berkata, selain membantah GST, perhimpunan itu juga bertujuan menyuarakan beberapa tuntutan pekerja termasuk cuti bersalin 90 hari dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan terhadap mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya, senarai tuntutan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Selepas dua jam berhimpun, kumpulan itu kemudian bersurai tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. - Bernama


Kami kata:-dari cerita yang kita dah maklum,GST ni ditunda perlaksanaannya dan sedang dalam kajian mendalam.Kita kena ingat yang ianya bukan dimansuhkan,cuma ditunda.Sekiranya GST ini dilaksanakan,beban kepada orang yang dikategorikan sebagai MISKIN akan bertambah susah.Ini kerana ianya bukan setakat cukai barangan,malahan cukai perkhidmatan akan turut NAIK.Jadi ternyata ianya tidak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang yang agak buruk.Kami bimbang bahawa rakyat telah mula leka dengan hal lain,ianya akan dijalankan tanpa sebarang pengumuman.Dan rakyat tidak akan sedar dengan kenaikan ini.Dan seterusnya rakyat akan terus ditindas dan menderita.Tahniah kepada pimpinan yang bijak dan berkaliber!

No comments: