Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, May 1, 2010

Rasuah-Bahagian 2

Usaha memerangi rasuah bukan mudah. Berasaskan perangkaan SPRM, bagi tempoh 10 tahun, iaitu 2000 hingga Februari 2010, 878 orang ditangkap atas kesalahan cuba menyogok penjawat awam. Secara puratanya seramai 88 ditangkap setiap tahun atas jenayah ini. Dari 878 tangkapan tersebut, hampir 90 peratus melibatkan cubaan menyogok anggota penguat kuasa pelbagai agensi.

Cubaan menyogok ini pula mempunyai kaitan dengan usaha pemberi rasuah untuk mengelakkan dari tindakan atas kesalahan jenayah berat lain seperti dadah, penyeludupan, judi, pelacuran, pendatang asing, kesalahan jalan raya dan sebagainya.

Kes dua anggota polis Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd Tarmazi yang ditawarkan rasuah RM500,000 daripada penyeludup dadah yang membawa 978 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM280 juta wajar dijadikan teladan. Atas kesedaran dan tahap integriti yang tinggi kedua-dua anggota ini telah menolak tawaran rasuah tersebut dan seterusnya menangkap pengedar dadah tersebut.

Justeru sempena Hari Pekerja tahun ini, SPRM akan melancarkan kempen kesedaran besar-besaran kepada semua penjawat awam khasnya dan anggota masyarakat untuk menghentikan perbuatan menyogok penjawat awam.

Di pihak penjawat awam, kempen kesedaran berhubung kewajipan melaporkan apa jua sogokan di bawah seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 akan ditekankan dalam kempen-kempen yang telah dirancang menerusi media.

Akhir sekali masyarakat perlu melihat implikasi jenayah rasuah terhadap politik, ekonomi, sosial dan keharmonian negara dan tidak memandang remeh hanya kerana nilainya kecil atau pelakunya bukan orang kenamaan. Kesedaran itu amat penting!

Kami kata:-Nyatalah bahawa usaha memerangi rasuah ini telah lama dikuatkuasakan.Tapi persoalannya,kenapa ianya tidak nampak pengurangan dan penurunan?Rasuah dalam artikel lebih menumpukan kepada yang dilakukan oleh PENJAWAT AWAM.Bagaimana pula dengan rasuah yang melibatkan Orang Besar dan Berpengaruh?adakah mereka ini tidak termasuk dalam pemberi dan penerima rasuah.Bukankah jumlah RASUAH atau SAGUHATI dari mereka atau untuk mereka ini lebih besar jumlahnya?Setiap kali pemilihan dalam PARTI,akan ada golongan yang MEMBERI dan MENERIMA.Jadi apa yang patut dilakukan kepada mereka ini?Adakah patut diam dan membisu sahaja?Kualiti kepimpinan akan terjejas dengan berleluasanya masalah ini.Ada kawan menceritakan satu kisah di negeri INDERAPURA.Semasa pertandingan KETUA SAYAP PARTI,Penyandang bertanya kepada pencabar"Awak nak lawan saya?Berapa guni duit awak ada?"Apa agaknya maksud soalan tersebut?Dan kemana tujuannya soalan tersebut?KARAM KAPAL melaporkan untuk BULETIN N9 TAHAN!

1 comment:

SPU said...

salam, makin hebat buletin n9 tahan, dh ada 'karam kapal 'sink' paria' membuat lapporan, bagusssss teruskan