Hit Counter
Thursday, May 6, 2010
Busuk macam ***????
Komen dari PEMBACA.....
Tahukah N9 bahawa kerajaan telah meluluskan 2500 ekar tanah di Ulu Tembeling untuk rancangan Felcra. Felcra telah melantik para pegawai/pengurus Felcra Ulu Tembeling ditempatkan sementara di felcra Tembeling Tengah. Apabila felcra hendak membangunkan hasil kajian tidak sesuai utk ladang sawit kerana tanah berbukit. Oleh itu felcra mohon kpd exco tukar syarat sawit kpd getah. Sebelum mesyuarat exco seorang adun yg sgt suka berbalak turun naik ke pjbt hutan negeri pahang. Tujuannya utk mempastikan kaawasan itu ada balak; tapi tidak ada balak dikawasan itu. Semasa mesyuarat exco, tukar syarat itu telah ditolak oleh exco alasannya kawasan itu termasuk kawasan hutan simpan Taman Negara. Taklimat mesyuarat tanah jerantut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak ada kena mengena dgn hutan taman negara kerana ianya diseberang sini sungai bukan sebelah taman negara. Oleh itu mesyuarat tanah meletakkan supaya kawasan asalm dikekailkan. Adun tersebut telah menyediakan satu kawasan yg penuh balak dikawasan bukan di ulu tembeling lagi.
Oleh kerana banyak sangat songel, felcra membatalkan felcra utk org ulu tembeling. Adun ini sanggup menjual kepentingan rakyat jelata dan pengundinya utk mendpt laba balak. balak lagi penting dari pengundi.
Kami kata:-Di atas ini adalah komen dari pembaca mengenai posting kami bertarikh 23 APRIL 2010.Dari maklumat sumber,ada mengatakan bahawa FELCRA di kawasan ULU TEMBELING telah dibatalkan atas beberapa permasalahan yang dihadapi.
Antara yang menjadi masalah besar dalam kewujudan FELCRA di kawasan ini pada kami adalah karenah BIROKRASI yang nyata belum ada penghujungnya. Memandangkan ada Yang Boroi ingin mengambil kesempatan diatas pengwujudan FELCRA di kawasan ini,maka rancangan untuk pembukaan felcra telah dibatalkan. Nyatalah bahawa ORANG BESAR di kawasan tidak mengambil berat tentang kehendak Orang Tempatan(Orang Dalam DUN TAHAN).Mereka lebih mngutamakan keuntungan dan LABA yang akan diperolehi sekiranya ini akan berlaku.
Telah diketahui oleh ramai bahawa Yang Besar di kawasan ini sangat suka berniaga dan mencari keuntungan.Dia juga dikatakan ada membuat permohonan tanah di banyak KAWASAN seperti di Kg Sempadan,Durian Hijau,Bukit Dinding dan berbagai tempat lagi.Jadi nyatalah Yang Besar seorang ini amat suka mencari HARTA dan keuntungan untuk SYARIKATNYA.Tetapi adakah ini salah Yang Besar ini secara bersendirian?Pada kami orang ramai juga bersalah kerana telah menaikkan dan memenangkan dia dalam PILIHANRAYA dan APA JUA PILIHAN atau PERTANDINGAN setakat ini.Jadi sebenarnya ramai yang terlibat,termasuklah KONCO-KONCO dan SAHABAT HANDAI Yang Besar ini.Ini termasuklah KAKITANGAN KERAJAAN yang menyokong dia dalam PEMILIHAN UMNO di mana dia telah MENEWASKAN PENCABARNYA.Ada kalangan Kakitangan Kerajaan mempunyai KELULUSAN yang lebih TINGGI dari dia ni.Itu tak penting agaknya.Yang penting FULUS MASYUK! Tiada lagi rasa tanggungjawab atas apa yang berlaku.Cuma yang penting adanya keuntungan DIA dan OKU(Orang Kuat UMNO) di bawah telunjuk dan ketiaknya.Apa yang orang luar boleh buat?Bukan dikira HIJAU atau MERAHnya individu.Lebih baik tengok apa yang DILAKUKAN OLEH INDIVIDU tersebut.Janganlah menyanjung terlampau tinggi orang yang berpangkat,kalau perutnya BUSUK macam ****!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Cantek!!!
sangat bersimpati pada yg tidak sedar diri dan sangat bergembira atas penderitaan bangsanya sendiri. Agaknya dia ingat dia akan terhindar dari pembalasan di kemudian hari....
Salam N9 Tahan, saudara menyampaikan berita half truth. Memang pada mulanya EXCO Pahang membatalkan Felcra Hulu Tembeling, tapi akhirnya MB mengubah keputusan kepada LULUS. Tak perlu saya cerita lebih lanjut kenapa MB reverse keputusan. Saudara perlu melakukan kajian mendalam dan dapatkan info tentang KPI ADUN Tahan. Kalau tidak saudara tidak berlaku adil dan bias.
Salam dan terima kasih atas kunjungan anda. Maaf, lambat reply sbb connection area saya tak berapa elok.Terima kasih atas maklumat anda.Tapi adakah penafian dibuat atas maklumat dari pembaca.Kalau ada barulah syok sikit nak dengar.Kalau tak ada, memang benarlah ianya telah dilakukan cuma keputusannya agak berbeza.Maaf....
Post a Comment