Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Tuesday, July 6, 2010

PM datang ke Jerantut.....

Salam 1 Malaysia(heheheheh!)



Minggu lepas Pemimpin besar UMNO telah turun berjumpa rakyat jelata di Jerantut ni.Tapi kira kali ni BELIAU betul-betul turun sebagai PEMIMPIN,PRESIDEN atau KETUA UMNO sahaja.Sebab apa?Sebab pada pemerhatian saya,tidak ada satu pun LAMBANG atau BENDERA BARISAN NASIONAL atau lambang PARTI KOMPONEN BN yang lain BERKIBAR di sekitar bandar Jerantut ni.Jadi ini menunjukkan bahawa PM kita sekarang tidak dihormati oleh PARTI KOMPONEN BN yang lain,yang mana ada di Jerantut ni lah!Jangan duk kira lah Parti hak tak pernah jejak ke sini.

Apa makna semua ini?Adakah sikap HORMAT dan SETIAKAWAN dalam BN telah berkurangan? Ataupun memang telah dibuktikan memang ada yang tak kena dengan BN dalam Jerantut ni?Ini pandangan orang luar macam saya ni.Orang yang duk dalam BN tak tau lah macam mana cerita demenya!

Kalau nak kata pemimpin yang datang tidak SEBESAR dan SEHEBAT dunia,siapa lagi yang lebih besar dari PM MERANGKAP Pengerusi BN dan Presiden UMNO selaku parti yang menjadi KEPALA dalam BN?Saya rasa pelik juga!Atau orang Jerantut dah tak mahu pada BN lagi?Macam tak masuk akal rasanya?Tapi entahlah!Kita bukan tahu sangat!

Dan banyak cerita yang didengar samada sebelum mesyuarat,semasa mesyuarat,dan juga selepas mesyuarat.Macam-macam cerita weh!Tapi itu kita cerita lain kali.Karang orang kata memandai-mandai pulak!

Dan akhir sekali,tahniah kepada PIMPINAN UMNO Jerantut!Anda telah membuktikan bahawa memang ada SESUMPAH dan macam-macam lagi dalam UMNO Jerantut ni.Kalau dah Presiden sendiri dah tegur'direct' macam tu,takkan tak paham lagi kut?Takkan itu pun nak kena ada SIJIL LUAR NEGARA baru nak faham!

Wednesday, June 30, 2010

Apa cerita???

Penduduk tuntut janji pilihan raya

FELDA SUNGAI RETANG – Penduduk Felda Sungai Retang menuntut janji diberikan untuk pembinaan sebuah dewan orang ramai jenis A dan sebuah gelanggang futsal, seperti diluluskan pada 2007 iaitu sebelum pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Retang, Suran Jaffar berkata, dewan orang ramai jenis A dengan kos RM600,00 dibina di sebuah Felda berdekatan, manakala gelanggang futsal dengan kos RM400,000 yang seharusnya dibina di Sungai Retang, juga dibina di Felda berdekatan itu.

Menurutnya, tidak diketahui mengapa kelulusan dan janji diberikan terdahulu tidak ditunaikan, menyebabkan kemudahan yang sepatutnya diterima penduduk Sungai Retang, yang turut boleh dikongsi oleh sembilan kampung tradisional berdekatan lainnya, gagal diperoleh.

“Saya kecewa dan dukacita apabila dimaklumkan kedua-dua kemudahan itu dibina bukan di Felda Sungai Retang, sedangkan Sungai Retang turut meminta dan ada hak kepada kemudahan berkenaan untuk manfaat bukan sahaja warga Feldanya, malahan kampung tradisi berhampiran.

“Apa yang berlaku juga menyebabkan penduduk mula hilang percaya kepada kepimpinan, kerana janji diberikan tidak ditunaikan menyebabkan harapan penduduk untuk mendapat kemudahan itu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Suran yang juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Retang berkata, kini keluhan penduduk terhadap keperluan kemudahan itu sering diutarakan dengan kepimpinan kampung juga telah mengusulkan permohonan kedua kepada Perdana Menteri sendiri iaitu pada 17 Februari 2010 lalu.

“Justeru, tuntutan semula penyediaan dua kemudahan iaitu dewan jenis A dan gelanggang futsal itu bernilai RM1.8 juta yang amat dinantikan penduduk untuk ia dibina sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Felda Sungai Retang juga antara lokasi peti undi yang baik, namun apabila kemudahan yang sepatutnya diterima tidak disediakan seperti sepatutnya, menyebabkan akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati, ”katanya.

Beliau berkata, dua kemudahan itu antara yang dinantikan penduduk dan generasi muda di Felda serta kampung tradisi berdekatan, yang perlu diberi perhatian serius pihak yang berkenaan untuk manfaat semua.

Kami kata:-kami rasa kami tahu sebab apa FELDA Sg Retang tak dapat semua yang dimohon.Macam Padang Piol,peti undi kat situ kan PAS yang menang.Jadi keutamaan akan diberi untuk menarik undi di Padang Piol.Sebab itulah Sg retang tak dapat.Jadi kami nak cadang kat sini,bagi je undi tu pada PAS pada PRU yang akan datang.Insyaallah,Masa akan datang banyaklah Projek dapat ke Sg Retang.Macam diPerak lah.Bila MB Zambry bagi kelebihan pada ADUN LOMPAT,kan ramai yang tak setuju!Amacam?Tunggu apa lagi?


Cerita orang FELDA....

Peneroka tuntut baki bayaran

FELDA SUNGAI RETANG – Seorang peneroka yang melakukan tanam sendiri kelapa sawitnya kecewa apabila Felda sehingga kini masih lagi tidak memulangkan baki bayaran setelah tanam semula dilakukan.

Peneroka terbabit, Salamun Latip, 60, berkata, tanam semula kelapa sawit itu dilakukan pada 2002, dengan sejumlah RM16,201 telah dipotong Felda melalui sistem tabung peneroka selama ini.

“Setelah melakukan tanaman semula secara sendiri, Felda memulangkan wang tabung berjumlah RM8,100.50,” katanya.

Menurutnya, terdapat baki berjumlah RM8,100.50 lagi tidak dipulangkan dan dikatakan akan diberikan dalam bentuk input pertanian.

“Bermula 2002 saya tidak mendapat bantuan baja. Kesannya, saya mengalami kerugian apabila pokok kepala sawit tidak dapat mengeluarkan hasil dengan baik.

“Saya sudah memaklumkan Felda untuk menolak menerima input pertanian seperti baja, racun mahu pun anak pokok, sebaliknya mahukan ia diberi dalam bentuk tunai, kerana terdapat peneroka lain yang menerima penuh duit tersebut tanpa input pertanian,” katanya.

Salamun berkata, duit tunai itu diperlukan untuk membolehkan dia membeli sendiri input pertanian tanpa bergantung kepada Felda, kerana beza harga input pertanian yang dibeli sendiri jauh lebih murah berbanding disediakan Felda.

Menurutnya, terbaru dia membeli baja 50 beg dengan 50 kilogram setiap satu, pada harga RM65 dengan jumlah keseluruhan adalah RM650.Pembelian di kedai luar itu adalah kali ketiga dilakukan menggunakan wang sendiri.

“Saya kesal apabila dikatakan baja dari kedai luar tidak sama dengan kualiti dibekalkan Felda, sedangkan jenama yang dibekalkan Felda dan kedai luar itu adalah sama. Cuma bezanya harga Felda jauh lebih tinggi berbanding kedai luar.

“Beza harga ini juga menyebabkan peneroka menanggung kerugian, ditambah bekalan baja juga tidak dihantar ke ladang kelapa sawit sebaliknya memerlukan peneroka mengambil sendiri di Pejabat Felda,” katanya.

Salamun berkata, berhubungan dengan tuntutan wang dan masalah berkaitan, dia kini telah memfailkan tuntutan pada 27 Mei 2010 lalu supaya Felda membayar semula baki wangnya.

Menurutnya, ia adalah notis kali kedua yang menuntut Felda membayar kerugian kepadanya sepanjang tempoh dia melakukan tanam semua sendiri, iaitu berjumlah RM12,837.00.

“Saya membuat tuntutan baki bayaran dan kerugian kepada Felda dan bersedia untuk mengadakan perbicaraan di mahkamah, jika masalah hak peneroka ini tidak diatasi seperti sepatutnya,” katanya.

Kami kata:-Rupanya masih ada masalah yang belum selesai!Kalau ikut kata Pengerusi dan Ahli Pengarah yang lain,Felda memang telah menjalankan kerja yang cekap.Tapi kenapa perkara ini masih berlaku?Adakah ianya hanya seperti menanam tebu dipinggir bibir?Ceh!Rasa macam filem zaman Hang Tuah pulak!

Monday, June 21, 2010

Dengar yang meningkatnya,jangan lupa yang menurunnya!

Nilai aset Felda meningkat RM6.2b menjadi RM15.4b



KUALA LUMPUR 21 Jun – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, nilai aset semasa dan tetap Felda antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion, walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion dalam tempoh yang sama.


Beliau berkata, pada tahun 2004, Felda mencatatkan nilai pemilikan aset berjumlah RM9.17 bilion, manakala pada 2009, meningkat kepada RM15.37 bilion.


"Bagaimanapun kedudukan rizab tunai Felda sedikit merosot iaitu sebanyak RM2.73 bilion bagi tempoh yang sama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini sebagai mengulas laporan sebuah akhbar pembangkang hari ini bahawa rizab tunai Felda telah jatuh merudum.


Ahmad berkata, rizab tunai Felda merosot ekoran pelbagai perbelanjaan seperti RM2.41 bilion yang digunakan untuk pembangunan sosioekonomi. – Bernama


Kami kata:Kalau dinilai pada aset yang ada dalam FELDA,memang masuk akallah kalau aset itu meningkat harga.Macam rumah la juga.Bukan ada yang turun harga.(kecuali beberapa tempat yang sangat teruk kawasannya)Tapi yang orang pertikai tu pasal duit yang telah digunakan.Pembangunan sosioekonomi yang macam mana?Untuk siapa?Atas keputusan siapa?Atau pun cuma diguna tanpa perbincangan,cukup sekadar kuasa VETO dalam FELDA?Kenapa jadi macam tu?

Wednesday, June 16, 2010

Apa yang kami baca dalam akhbar hari ini........

Cerita 1
ADUN Malim Nawar keluar DAP



SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan


Cerita 2
Pembubaran 17 cawangan UMNO Jelutong kekal


PULAU PINANG 14 Jun - Badan Perhubungan UMNO negeri hari ini menafikan dakwaan bahawa 17 cawangan dalam UMNO Bahagian Jelutong yang dibubarkan dua tahun lalu telah diaktifkan semula.

Setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, status kesemua 17 cawangan yang dibubarkan itu masih kekal dan ahli-ahlinya juga telah diserap ke dalam 25 cawangan lain dalam UMNO bahagian terbabit.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu sebelum ini.

''Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam telah membuat keputusan bahawa 17 cawangan tersebut kekal tutup dan tidak akan dibuka semula.

''Justeru, saya rasa tidak timbul soal ada cawangan yang diaktifkan semula dan sebagainya kerana keputusan mengenainya telah pun dibuat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Kami kata:kedua-dua berita kalau dikira tidak ada kaitan dengan PAS.Tapi kami ada rasa nak tergelak apabila selesai membaca kedua-dua berita ini.Nak tahu apa yang LUCU sangat?Nak terang pun susah.Baca dan fikir sendiri!Pembaca kan semua dah bijak bestari??!!!