SUARA KECIL,suara besar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kadar rasuah turun
KUANTAN - Kadar jenayah rasuah di negeri ini menunjukkan penurunan tahun lalu apabila 197 laporan diterima sehingga April tahun ini berbanding 553 laporan sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 10 kes membabitkan penjawat awam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang (SPRM).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, kadar jenayah rasuah di negeri ini masih terkawal termasuk dalam kalangan penjawat awam.
“Bagaimanapun, kesedaran dalam masyarakat masih perlu dipupuk kerana jenayah rasuah harus ditangani dengan komited.
“Saya mahu penjawat awam menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat dalam pelbagai aspek sebagai anggota perkhidmatan awam,” katanya selepas perasmian Kempen Perangi Pemberi Rasuah anjuran SPRM dan Kerajaan Negeri Pahang, di Taman Budaya di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsudin Yusof; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Norzan Ahmad dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zarai Alias.
Pada majlis itu, Muhammad Safian turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 16 pegawai berintegriti agensi penguatkuasaan selain lima orang awam yang terdiri daripada Orang Asli.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap jenayah rasuah juga menunjukkan tahap membanggakan.
“Mereka akan menjadi contoh dalam kempen ini kerana wajar diketengahkan dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap jenayah pemberi rasuah,” katanya.
Sementara itu, Moh Samsudin Yusof berkata, walaupun kadar jenayah rasuah menunjukkan penurunan namun usaha membanteras jenayah itu terus dilaksanakan secara berterusan.
“Berdasarkan kepada statistik, SPRM menerima laporan maklumat 197 manakala 28 kes dibuka untuk siasatan, manakala 14 tangkapan dibuat dan enam pertuduhan turut dikemukakan serta enam laporan tatatertib diterima.
“Namun begitu, orang ramai masih belum mempunyai kesedaran berhubung pemberi berbanding penerima kerana kebanyakan kes lebih banyak bertumpu kepada penerima rasuah,” katanya.
Kami kata:-Masalah rasuah ini adalah masalah yang ssssaaaannngggaaattt serius dan perlu diambil tindakan drastik.Kami ada mendengar masalah pemilikan tanah dikalangan KAKITANGAN AWAM di daerah JERANTUT.Setelah ada sepasukan pihak SPRM datang untuk menyiasat,mereka-mereka ini sibuk mencari pembeli bagi membeli tanah yang mereka miliki atas kuasa mereka dalam hal tanah dan galian ni.Dengar ceritanya ramai antara mereka ingin menjual tanah-tanah tersebut dengan harga murah.Ada juga cerita dimana seorang YANG BOROI telah memperolehi tanah disekitar KG KELOLA dan DURIAN HIJAU ke.Tapi tanah ini dimiliki dengan menggunakan sepenuhnya KUASA sebagai YANG BOROI.Ramai orang komplen, tapi suara orang kecil ni tak berapa dengar dek orang ramai.Dan juga biasanya penerima sahaja yang dikenakan tindakan,tangkapan atau apa sahaja.Kenapa PEMBERI jarang sekali dikenakan tindakan? adakah mereka MENGATASI undang-undang atau mereka itulah UNDANG-UNDANG?Entahlah............
11 comments:
Terima kasih saudara. Tulis lah banyak sikit pasal DUN Tahan, nama pun N9
Salam. Soalnya pemimpin mcm ni jugak yg kita undi. Nak buat mcm mana sebab kita yg merelakan perkara tersebut
sri tribuana,insyaalah.sebenarnya cerita kat atas ni memang ada kaitan dengan DUN TAHAN pun.cuba cari dan selidik maklumat tu.hehehehe
menyegar,sapa yang rela?saya tak!menyegar kut?jangan marah,gurau jer(dalam maksud tu!)
Salam N9.Sebenornya koi ni tak maroh ke dema pun.Tapi koi memanglah tak mengundi pemimpin yg gini dulu.koi rela bagi undi koi ke org sebeloh senun.sebab tu koi marah kat pengundi bila masih pilih dia jugek.Bukanlah sebabnya koi tak suka ke yang bulat tu secara peribadi.Tapi koi tau mmg dia tak layok jadi pemimpin. tak kanlah koi nak undi dia jugek sedangkan koi tau dia tak layak?.Tapi yelah dlm UMNO ni masa pemilihan dulu sapa yg hulo kat perwakilan dia dptlah undi. kalau tak hulo tak dapt lah undi yek. nak buat gemana. dah itulah pun cara hidup UMNO
Salam kembali menyegar.Terima kasih sbb rajin singgah dan memberi sokongan.Jadi memang benarlah apa yang diperkatakan orang yang UMNO Jerantut(dan Mungkin UMNO seluruhnya)adalah rosak disebabkan rasuah yang berlanjutan.Oleh itu perubahan itu adalah perlu!
Siapa yg x layak tetap tak layak, duit bergantang ke tidak tak kira, saudara mara tak kira, dlm hal mcm ni saya tidak assabiyah. UMNO akan runtuh kalau pemimpin sebegini kekal.
STB, menyegar
jangan n9,spu,stb dll kena kautien seperti syed azidi sudahlah,tiba2 pusing 360 digree jangan main-main dgn duit ni. orang mati pun pakai duit ha ha ha
Sesetengah orang yang ada harga diri tidak akan berpaling kearah lain walau tawaran datang menggunung.Insyaallah!Tapi kalau latar belakang dan amalan dah begitu,tidak hairan kalau perkara ini akan berlaku.Renungkanlah!
Salam dato' koi cakap menda yang betoi aje.Tak ada pun unsur unsur memfitnah.
Salam N9, 'abang besar' nampak blog dh tambah laris ni, teruskan menulis, ini pun satu perjuangan
Salm kembali Abg Besar.TUNJUK AJAR dan ILMU akan dapat membantu ILHAM!TQ.
Post a Comment