Pages

Hit Counter

hans holger albrecht

Saturday, April 24, 2010

Beginilah cara mereka bekerja...............

Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin



HULU SELANGOR 24 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan lagi usaha untuk membantu masyarakat luar bandar khususnya yang miskin dan daif walaupun kerajaan telah berjaya membantu memperbaiki taraf hidup mereka sejak merdeka lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan negara mencapai Wawasan 2020, tidak akan sekali-kali mengabaikan masyarakat luar bandar yang miskin dan daif.

"Kita akan teruskan dan tingkat usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Komitmen kita untuk membela rakyat miskin tidak akan terhenti. Kita tidak mahu lagi melihat rakyat terikat dengan putaran kemiskinan.

"Salah satu sasaran pimpinan negara ialah mengatasi masalah kemiskinan. Kita telah berjaya setakat ini. Ketika kita (negara) merdeka 53 tahun lalu, paras kemiskinan negara pada tahap 60 peratus daripada penduduk tapi kini ianya hanya 3.5 peratus.

"Ini kemungkinan besar satu rekod dunia...iaitu mengurangkan kadar kemiskinan begitu banyak dalam masa yang singkat. Tetapi ada juga orang di luar bandar yang tidak bersyukur...pembelaan yang sekian lama tidak diingat,” kata ketika berucap di majlis mesra bersama rakyat dan peserta Felcra Bhd. di Ampang Pecah di sini, hari ini. - Bernama


Kami kata:-Huih!Semangat betul TPM kita yang ini dalam memperjuangkan bangsa dan tanahair!Bukan dia ni ke dulu yang jual TANAH di JOHOR pada SINGAPURA?Cakap memang murah!(TALK IS CHEAP)Kenapa masalah ditempat sendiri belum selesai,masalah tempat orang lain nak ambik tahu?Johor tu dah tak ada orang susah ke?Atau semua dah ada tanah dan BANGLO sorang sebuah?Jangan jadi macam di sini!Tanah depan CIMB pun lepas ke tangan bangsa lain!Kata nak nak memperjuangkan bangsa dan tanah air?Tanah dapat ke orang lain,air lepas dapat SUBSIDI kerajaan NEGERI jadi BERTAMBAH MAHAL!!!Tu bukan berjuang untuk orang ramai,itu untuk PERUT ORANG TAK RAMAI!Kalau susah orang tak ambik tahu,kalau senang dia buat senyap je!Agak-agak lah kan,sapa yang dapat untung dengan bertukar miliknya tanah bekas Taman depan CIMB JERANTUT tu?Orang kampung ke?Pembangkang ke?

2 comments:

SPU said...

Teruskan menulis, blog ini semakin dikenali dn semakin ramai pembaca, usaha labih tekun lagi, saya sentiasa ada dibelakang, tp bkn mcm DS Anu-arr tu, huhu

one one no belen said...

Baguih posting nih. Aku sokong ngko.mmg tebeat pemimpin melayu mcm ni. ckp aje utk membela bangsa sebenarnya membela mengkolok sendiri aje